RAMAI yang menggemari makanan yang mudah, cepat dan paling penting boleh dapat di mana-mana sahaja. Makanan-makanan seperti laksa, cendol, burger dan pelbagai lagi sangat popular kerana ia ada di mana-mana, yang penting sedap.
Maka tidak hairan jika ada peniaga yang memilih lokasi strategik membuka payung, meletakkan kerusi dan meja untuk membuka perniagaan.
Tetapi apa yang lebih mengagumkan adalah apabila wujudnya lori atau van kecil, dihias stiker produk yang menarik di parkir di hadapan pejabat atau di tepi jalan lokasi tumpuan orang ramai.
Dikenali dengan nama Food Truck, ia membawa kelainan kepada pelanggan kerana konsepnya menarik dan unik sehingga menjadi trend masa kini.
Pelbagai jenis Food Truck dilihat muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan, ada yang menjual burger bakar, minuman berjus, makanan Barat dan pelbagai lagi yang mana keunikannya tidak ada di kedai makanan biasa.
Bagi peniaga Food Truck Dr Mark Rony Burger Grilled (Dr Mark Rony), Rony Hassan, kewujudan Food Truck yang makin banyak tidak menjejaskan perniagaannya, malah pelanggannya bertambah.
"Saya mula berniaga menggunakan trak pada 2012, memandangkan ia memudahkan kami untuk bergerak ke mana sahaja tempat strategik berniaga selain tidak perlu membayar sewa kedai yang mahal.
"Kalau mula dahulu memang jarang nak lihat Food Truck.
"Bila kami buka perniagaan berkonsepkan Food Truck, sambutan amat menggalakkan dan sekarang apabila ia popular, pelanggan kami makin bertambah memandangkan konsep kami berlainan," katanya.
Dr Mark Rony yang terkenal dengan burger daging yang mempunyai patty tebal mampu dijual 80 hingga 100 biji sehari di Jalan Dungun, Damansara pada waktu bekerja dan Isnin hingga Khamis dan Presint 3, Putrajaya di sebelah malam pada Jumaat hingga Ahad.
Rony memberitahu, daging burger dibuat sendiri menggunakan resipinya, selain roti burger yang dihasilkan oleh saudaranya.
"Bermula dari kami berniaga tiga tahun lalu sehingga sekarang harga burger kami masih lagi kekal sama di mana untuk burger daging dengan patty seberat 120 gram hanya RM7.50 dan RM10 bagi set bersama kentang goreng," katanya.
Pilih trak yang bersih
Kebanyakan pengguna yang ditemui menyatakan kewujudan Food Truck membawa kelainan kepada industri makanan negara selain menasihati pengguna memilih Food Truck yang menjaga kebersihan.
Bagi Ahmad Firdaus Husni, 25, kewujudan Food Truck dengan rekaan unik menarik minatnya untuk mencuba makanan yang dijual oleh mereka.
“Saya lebih menggemari Food Truck yang berkonsepkan makanan Barat kerana menawarkan pelbagai jenis makanan dengan rasa enak dan dari segi harga pula, amat berpatutan,” katanya.
Ahmad Firdaus, yang turut meminati Food Truck Little Fat Duck di Subang Jaya juga menasihati supaya memilih Food Truck yang menjaga kebersihan untuk mengelak masalah kesihatan.
Berlainan pula bagi Nurreyni Martiza Muhammad Ali, dia tidak memilih dalam membeli makanan atau minuman di mana-mana Food Truck yang ditemuinya asalkan peniaga tersebut menjaga kebersihan trak dan juga menyediakan makanan halal.
“Bagi saya konsep Food Truck yang santai adalah lebih baik kerana ia memberi ketenangan sambil menikmati makanan yang dijual di samping menikmati suasana alam dan melihat ragam manusia sekeliling.
“Selagi ia dijamin halal, kenderaannya bersih dan tidak memudaratkan kesihatan pengguna, saya tiada masalah bagi pelanggan menikmati hidangan yang dijual oleh kenderaan bergerak itu,” katanya.
Ameerah Idros, 23, berkata, Food Truck membawa kelainan dalam industri makanan negara yang sebelum ini lebih tertumpu kepada gerai dan restoran.
“Dengan rekaan unik mengikut jenis makanan yang dijual peniaga Food Truck ia merupakan sesuatu yang tidak patut dilepaskan semua,” katanya.
Ameerah meminati Food Truck CP Cooks memberitahu, trend Food Truck di kalangan remaja dalam negara amat bagus kerana menggalakkan lagi rakyat Malaysia terutamanya remaja untuk menceburi bidang perniagaan.

0 Komentar untuk " Food Truck bawa kelainan "