SEPANJANG Ramadan, ramai mengambil peluang untuk iftar bersama keluarga atau secara berjemaah. Kebanyakan mereka tertarik menikmati bufet Ramadan kerana promosi dan ajakan rakan, keluarga ataupun syarikat tempat mereka bekerja.
Kakitangan swasta, Fatimah Md Saleh mengakui, tawaran bufet Ramadan di hotel mahupun restoran mempunyai tarikan tersendiri sehingga menggamit untuk menikmati hidangan di situ.
Namun, dek harganya yang disifatkan mahal, membuatkan Fatimah tidak memilih untuk berbuka di luar. Untuk pergi sendiri ke bufet Ramadan, mungkin tidak. Tetapi kalau syarikat tempat saya bekerja menganjurkan bufet Ramadan di hotel, barulah saya pergi.
“Makanan yang disajikan dalam bufet Ramadan memang sedap dan saya berpuas hati, cuma tidak mampu hendak merasa semua makanan,” katanya.
Banyak pilihan makanan
Seorang guru, Nafsiri Abdul Hamid berkata, pilihan makanan yang banyak dengan harga berpatutan antara tawaran menarik minatnya untuk berbuka di restoran eksklusif.
“Berbanding hotel, saya lebih gemarkan suasana di restoran eksklusif kerana tidak ramai pelanggan.
“Sebelum buat keputusan untuk mencuba bufet Ramadan di suatu tempat, saya akan selidik tahap kebersihan premis, harga berpatutan dan paling penting ada kemudahan surau,” katanya.
Bagi konsultan, Edzwan Effendi Mohd Abd Rahman, dia lebih gemar menikmati bufet Ramadan di restoran biasa seperti restoran nasi Arab kerana hidangannya lebih enak dan lazat.
“Makanan di hotel memang banyak, tetapi adakala rasanya tidak menepati citarasa saya. Harga pula mahal.
“Tetapi, memikirkan saya makan bersama keluarga, tiada salahnya sesekali ke hotel bagi meraikan mereka. Itu pun atas ajakan isteri saya,” katanya.
Tidak berbaloi dengan harga bufet
Bagi pelajar, Nurul Huda Najwa Mohd Nasir, makanan yang dimakan ketika bufet Ramadan tidak berbaloi dengan harga dibayar.
“Saya pernah cuba makan bufet Ramadan di Damansara, Petaling Jaya pada Ramadan tahun lalu atas ajakan rakan yang mengatakan makanan di situ sedap.
“Bayaran dikenakan RM50 untuk satu kepala. Memang tidak dinafikan makanannya sedap, tetapi sayangnya saya hanya mampu menjamah satu hidangan saja kerana sudah kenyang,” katanya.
Dia turut mencadangkan supaya pihak restoran mahupun hotel mengenakan bayaran mengikut makanan yang dimakan pengunjung bagi mengelakkan pelanggan berasa rugi tidak dapat menikmati semua hidangan yang disajikan.
Pendapat sama turut dikongsikan Zuraida Muhammad. Katanya, harga makanan bufet Ramadan mahal, tetapi tidak larat hendak makan banyak.
"Saya akan ke bufet jika ada jemputan. Lebih baik kita masak sendiri hidangan yang kita hendak makan. Saya hanya akan ke bufet Ramadan bila ada jemputan kerana suami saya lebih gemar saya memasak sendiri hidangan berbuka,” katanya.
Elak jadi mangsa manipulasi harga
Pengguna perlu bijak memilih hotel atau restoran yang menawarkan hidangan bufet sepanjang Ramadan bagi mengelak menjadi mangsa manipulasi harga.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, ketika ini, banyak premis yang membuat tawaran beraneka jenis hidangan menyelerakan pada harga yang berlainan.
“Masalah pengguna pula ialah berkaitan harga. Makanan yang dimakan tidak setimpal dengan harga yang dimakan sebab had kemampuan makan yang terbatas.
“Jadi, pengguna perlu pilih hotel atau restoran yang benar-benar menawarkan harga yang berpatutan. Kadang kala, berlaku kes nilai wang dibayar tidak setimpal dengan apa yang dimakan mungkin kerana dia perlu membayar keselesaan di suatu tempat,” katanya.
Beliau berkata, masalah harga bufet yang tinggi itu boleh diatasi jika pengguna bijak menggunakan kuasa mereka.
"Kalau pengguna mengelak ke bufet Ramadan di restoran dan hotel yang menawarkan pada harga yang mahal, pengusaha premis perniagaan itu sudah pasti akan langkah pengurangan harga untuk menggalakkan permintaan," katanya.
Pada masa sama, Mohd Yusof turut mengingatkan orang ramai supaya memberi perhatian terhadap logo halal yang digunakan bufet Ramadan.

0 Komentar untuk " Bufet bukan pilihan utama "