Sepanjang Ramadan, umat Islam perlu memelihara deria daripada melakukan perkara yang boleh menjejaskan pahala puasa. Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin dalam rancangan Pesona D'Zahra menyarankan menggunakan deria untuk majlis ilmu, membaca al-Quran dan merenung ciptaan Ilahi. Allah SWT menciptakan manusia sempurna dengan deria mata, telinga, hidung, lidah, tangan dan anggota lain sebagai rahmat untuk hamba-Nya. Allah yang Maha Pengasih mencipta anggota badan untuk kemudahan dan kesenangan kita melaksanakan segala urusan di dunia ini. Kita diberikan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, lidah untuk berbicara, tangan untuk memegang, kaki untuk melangkah dan banyak lagi. Mereka yang dikurniakan kesempurnaan tubuh badan dan anugerah deria ini sering terlupa untuk menghargainya.
Apabila nikmat itu ditarik daripada mereka, barulah dapat kita menilai betapa besarnya nikmat deria yang diberikan Allah SWT. Merenung kehebatan segala deria yang dikurniakan itu sewajarnya membuatkan kita menjadi hamba yang bersyukur. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran, penglihatan serta kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan." (Surah Fussilat, ayat 20) Allah SWT menegaskan bagaimana anggota badan manusia akan menjadi saksi atas perbuatan tuannya ketika hidup di dunia. Sepanjang menjalani ibadah puasa pada Ramadan ini, kita perlu sentiasa peka bahawa puasa tidak hanya menahan diri daripada makan, minum dan hubungan suami isteri, tetapi ibadah puasa sewajarnya menjadikan kita berhati-hati menggunakan deria yang dikurniakan Allah SWT.
Mulut orang berpuasa bau kasturi
Daripada Abu Hurairah, Rasululluh SAW bersabda: "Allah Azzawajjalla berfirman: Setiap amal anak adam adalah untuknya kecuali puasa, puasa itu adalah untuk-Ku dan aku akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu puasa, janganlah kamu rosak puasamu dengan mencela, dan menghina orang. Apabila kamu dihina atau dipukul orang. Katakanlah: Aku puasa. Demi Allah yang jiwa Muhammad di tangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah pada Hari Kiamat kelak daripada bau kasturi. Dan bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dan apabila dia menemui Tuhannya (meninggal) dia gembira dengan puasanya." (Sahih Muslim) Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin membuka bicara rancangan Pesona D' Zahra di IKIMfm minggu lalu dengan mengajak kita melihat satu persatu deria dikurniakan Allah SWT seterusnya memahami cara yang betul memeliharanya daripada mengurangkan atau membatalkan ganjaran ibadah puasa. Umat Islam disuruh untuk menjaga pandangan mata, dilarang memandang benda haram, makruh atau najis.
Kita disuruh memandang langit, bintang, lautan, alam yang kehijauan dan wajah ibu serta pasangan dengan pandangan kasih sayang kerana Allah SWT akan memandang mereka dengan pandangan rahmat. Turut menjadi penyejuk mata adalah memandang perkara yang membawa ingatan kepada kekuasaan Allah SWT seperti Kaabah dan al-Quran. Selain menjaga pandangan, umat Islam juga perlu menjaga pendengaran untuk mendengar perkara yang baik seperti ilmu yang disampaikan dalam majlis ilmu atau tazkirah yang diberi ganjaran sebanyak 70,000 malaikat mendoakan keampunan untuk mereka yang mendatangi majlis ilmu. Mendengar bacaan al-Quran adalah antara perkara terbaik kerana ia akan menyuburkan jiwa dan menjadikan jiwa tenang.
Perkara yang perlu dielakkan dan dilarang mendengarnya ialah kisah tidak berfaedah, perkataan membabitkan umpatan, perkara mengaibkan orang lain, fitnah serta perkara melalaikan kerana ia boleh mengeraskan hati. Adalah tidak kurang pentingnya penjagaan hidung dan umat Islam disaran menghias diri, rumah, masjid dengan wangi-wangian. Ketika menjalani ibadah berpuasa, Muhamad mengingatkan kita makruh hukumnya memberus gigi selepas zuhur kerana bau mulut orang berpuasa wangi di sisi Allah SWT. Ketika berpuasa mahupun hari biasa, seorang Muslim hendaklah memelihara mulut daripada kebiasaan untuk menjamah makanan pada siang hari dan mengelak daripada berkata perkara tidak baik atau sia-sia yang akan menjejaskan kualiti puasa mereka. Pastikan kita tidak mengambil atau membuat sesuatu yang dimurkai oleh Allah SWT yang jelas haram hukumnya mahupun makruh atau syubhah bagi mendidik diri sentiasa bersikap jujur pada setiap masa.
Jana akhlak terpuji
Memahami salah satu matlamat difardukan puasa Ramadan adalah untuk menjana akhlak yang terpuji dan seterusnya mencapai kemuncak darjat ketakwaan sebenar kepada Allah SWT. Pentingnya menjaga deria kerana ia membawa kita kepada matlamat puasa iaitu ketakwaan yang sebenar-benarnya. Terpelihara anggota badan menjadikan seseorang hamba itu tenang hatinya, rasional fikirannya serta berhikmah dalam perlakuannya. Ini adalah kata kunci untuk berjaya di dunia dan akhirat. Seandainya anggota ini disalah guna untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT, kita sebenarnya telah gagal untuk bersyukur. Penulis ialah Penyampai dan Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/63012

0 Komentar untuk " Agama: Penting jaga deria elak jejas pahala puasa "