SANA-sini memperkatakan tentang ranking, dari peringkat sekolah hinggalah ke universiti. Di negara kita, QS World University menyenaraikan 18 universiti tempatan dari 300 yang terbaik dalam kalangan negara Asia.
Laporan daripada QS World University menyatakan kedudukan universiti terbaik Asia disenaraikan melalui beberapa aspek, antaranya pemilihan sumbangan kertas projek (research), reputasi kecemerlangan akademik, reputasi graduan yang sudah bekerjaya, fakulti dan kemudahan tempat pembelajaran.
Penilaian pemilihan ranking universiti juga berdasarkan komitmen pengajaran, kesan penyelidikan, siswazah dan pandangan antarabangsa.
QS World University Rankings adalah penerbitan kedudukan tahunan universiti seluruh dunia yang diterbitkan The Times Higher Education Supplement (THES) dan Quacquarelli Symonds (QS). Ia mula diterbitkan pada 2004.
Kini QS World University Rankings diterbitkan secara persendirian oleh Quacquarelli Symonds (QS) dengan menyenaraikan kedudukan universiti-universiti dunia bagi rujukan persendirian, yang berpangkalan di London.
Dalam penarafan tersebut, Universiti Malaya (UM) berada di kedudukan teratas, diikuti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Sains Malaysia (USM) di tangga ke tiga.
Memetik laporan itu juga, tiada universiti lain di Malaysia yang tersenarai dalam 300 universiti terbaik selepas Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), menduduki tangga ke-18.
Portal mysumber.com menyatakan, ramai pihak berpendapat kedudukan naik turun senarai ranking itu adalah perkara biasa, dan kedudukan sesebuah universiti tidak seharusnya dilihat dalam tempoh masa tertentu sahaja, sebaliknya perlu diteliti dalam jangka masa sederhana dan panjang. Betul ke pendapat ini?
Mengupas isu ini, ikuti temu bual bersama pensyarah dan pelajar dalam Isu Kampus minggu ini.
(sumber: http://www.topuniversities.com) dan http://www.mysumber.com/ & http://ms.wikipedia.org/

0 Komentar untuk " Apa ada pada ranking? "