Tidur berkualiti pengaruhi kuantiti kerja - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Tidur berkualiti pengaruhi kuantiti kerja

MENERUSI rancangan Ibrah kali ini, Ustaz Syaari Abdul Rahman, membincangkan orang beriman meyakini tidur adalah cara Allah SWT mematikan seketika hidupnya. Ulama dan saintis Islam percaya kualiti waktu tidur menghasilkan kuantiti kerja yang berkesan. Justeru, bagi memastikan setiap pekerjaan berkualiti dan tidur diredai, hayatilah cara tidur pejuang Nabi dan Rasul Allah SWT. Orang yang benar-benar mengetahui bahawa kualiti hidup ini adalah bersandarkan kepada waktu tidurnya tentu tidak mensia-siakan lenanya. Masa yang digunakan untuk tidur adalah waktu yang berkualiti dan memenuhi ciri lena seorang pejuang. Pada Isnin lalu, perbincangan rancangan Ibrah di IKIMfm bersama Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman, dimulakan dengan mengungkapkan sajak menceritakan perihal Nabi Isa. Isa ibnu Maryam, Ketika engkau hadir dengan pelbagai mukjizat daripada Tuhan, Yahudi memilih untuk mengkufurimu dan membuat sesuatu keputusan, Membunuhmu suatu penyelesaian, Demi sebuah kesombongan dan ketaksuban. Isa ibnu Maryam, Sejahteralah engkau dalam ketenangan, Bersama Hawariyyun yang terus beriman, Kau menanti detik sebuah perpisahan, Demi menegakkan sebuah tujuan, Membuktikan kerasulan di akhir zaman. Isa ibnu Maryam, Perjuanganmu seperti nabi pada masa silam, Menyantuni manusia agar menyembah Tuhan, Namun manusia memilih menyembah syaitan. Isa ibnu Maryam, Tenanglah engkau di alam sana, Mendapat rezeki daripada Yang Maha Esa, Bertemankan Yahya dan penduduk langit yang kedua, Menanti detik untuk perintah seterusnya pulang ke dunia, Membunuh dajjal dan menyeru manusia, Menyembah Allah yang Maha Esa. Sajak itu adalah kesimpulan kisah Nabi Isa melayari perjalanan dakwahnya. Nabi Isa telah diwafatkan oleh Allah SWT dan diangkat ke langit dalam keadaan tidur. Firman Allah SWT bermaksud: "(Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu daripada orang kafir, dan juga akan menjadikan orang yang mengikutmu mengatasi orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) mengenai apa yang kamu perselisihkan." (Surah Ali-Imran, ayat 55) Tidur lena beri 80 peratus kelebihan Memahami konsep tidur sebagai pejuang, Dr Hamzah Al-Hamzawi, dalam artikelnya berjudul Seni Tidur menyatakan tidur berkualiti itu dipilih bermula dari jam 10 malam hingga 1 pagi. Katanya, kajian mendapati tidur lena pada waktu itu memberikan 80 peratus kelebihan berbanding waktu tidur yang lain. Pejuang yang menggunakan waktu tidurnya dengan berkualiti dapat menghasilkan cas tenaga bekerja berkualiti. Firman Allah SWT bermaksud: "Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan." (Surah al-An'am, ayat 60) Manfaat waktu tidur Manusia merancang tidur yang berkualiti, Allah SWT mendidik hamba-Nya untuk memanfaatkan masa tidurnya. Dalam sejarah, Allah SWT pernah menidurkan pemuda Ashabul Kahfi yang dianggap sebagai tidur kemenangan. Firman-Nya yang bermaksud: "Allah (Yang Menguasai segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)." (Surah az-Zumar, ayat 42) Orang beriman meyakini tidur itu adalah cara Allah SWT mematikan seketika hidupnya. Ulama dan saintis Islam juga percaya kualiti waktu tidur menghasilkan kuantiti kerja yang berkesan. Justeru, bagi memastikan setiap pekerjaan berkualiti dan tidur kita diredai, hayatilah cara tidur pejuang Nabi dan Rasul Allah SWT.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/57454
0 Komentar untuk " Tidur berkualiti pengaruhi kuantiti kerja "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ