PENULIS cukup teruja dengan semangat penyokong-penyokong pasukan bola sepak Kelantan atau The Red Warriors (TRW) yang hadir beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA menentang pasukan daripada Singapura Lions XII.
Penulis yang turut hadir dengan anak lelaki Ammar dan Affan berada di tengah-tengah lautan manusia yang dianggarkan 87,000 orang memenuhi stadium. Daripada jumlah ini penulis anggarkan hampir 85,000 merupakan penyokong Kelantan.
Ada yang penulis temui menyatakan mereka sudah berkampung di stadium seawal malam sebelum. Malah stadium hampir penuh seawal pukul 5 petang sedangkan perlawanan hanya bermula pukul 8.45 malam.
Walaupun perlawanan berakhir dengan kekalahan pasukan Kelantan kepada pasukan The Lions 1-3, namun semangat kesukanan dan kenegerian yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong The Red Warriors sememangnya amat mengagumkan.
Tiada langsung insiden ganas mahupun aksi tidak bertamadun yang ditunjukkan oleh para penyokong walaupun kekecewaan jelas terpancar di setiap wajah mereka. Semangat kesukanan inilah yang perlu diteruskan sebagaimana kata-kata Arab yang masyhur: “Akal yang sihat sejahtera berada pada tubuh badan yang sihat sejahtera”.
Anak-anak saya yang masih kecil sendiri kadangkala sukar menerima erti kekalahan. Apatah lagi apabila melihat persiapan dan sokongan yang begitu gah. Seolah-olah semuanya tiada makna apabila tewas di pertarungan sebenar.
Di sinilah pentingnya kita mencanai nilai-nilai yang betul akan makna kemenangan mahupun kekalahan. Sesungguhnya menang, kalah, jatuh dan bangun itu sudah menjadi adat resam kehidupan. Al-Quran sendiri mencatatkan perihal kemenangan dan kekalahan yang menjadi perkara biasa dan saling bergilir antara manusia seperti firmanNya dalam ayat 140 Surah Ali-Imran. “..Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkannya antara manusia (supaya menjadi pengajaran)..”. Surah Ali Imran, ayat 140.
Apa yang lebih penting dalam hidup ini bukan sangat soal kemenangan mahupun kekalahan. Tetapi yang diperkirakan adalah usaha dan semangat. Selain merancang strategi dan berusaha, umat Islam tidak boleh lupa untuk bergantung kepada ALLAH dan memohon pertolonganNya untuk mencapai kemenangan.
Umat Islam tidak boleh hanya mengharapkan usaha semata-mata atau hanya bergantung harap kepada ALLAH untuk memberikan kemenangan tanpa berusaha. Umat Islam juga tidak boleh bersikap lemah dalam berjuang. Namun setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dan kejayaan, jika mendapat kekalahan, maka pasrahlah dengan ketentuan ALLAH yang mempunyai seribu satu hikmah di sebalik setiap kekalahan itu.
Bahkan kadangkala kekalahan itu ada baiknya untuk mencetuskan kesedaran bahawa hidup ini tidak semestinya sentiasa lancar dan sempurna. Ada kalanya kita rebah tetapi tidak bermakna tewas selama-lamanya. Kita mesti punya semangat untuk terus melakar kecemerlangan dalam hidup dengan berusaha bersungguh-sungguh maju ke hadapan.
Seperkara yang juga positif daripada perlawanan akhir bola sepak baru-baru ini ialah melihatkan rakyat tidak mengira pelbagai fahaman politik dapat bersatu dan mengeratkan silaturahim. Semuanya senada mengalunkan lagu-lagu semangat dan tempikan sokongan kepada pasukan negeri tercinta sehingga mengetepikan perbezaan dan perselisihan yang wujud selama ini.
Ada juga suara sinis yang berbisik kepada saya seolah-olah bola sepak lebih berjaya berbanding agama dalam menyatupadukan umat. Pandangan sebegini mungkin ada benarnya kalau diukur hanya dalam satu aspek. Namun kita juga harus memahami bahawa bola sepak hanyalah satu bentuk permainan dan wahana bersukan yang tidak mengenal warna ideologi mahupun fahaman yang pelbagai.
Sedangkan agama lebih kompleks untuk memahaminya, bahkan amat mudah untuk disalah tafsir mahupun disalahgunakan demi matlamat manusiawi yang kadangkala lebih bertuhankan hawa nafsu yang tidak pernah kenal erti puas.
Apa yang mustahak ialah untuk kita sentiasa berpegang teguh kepada prinsip agama dalam apa jua lapangan termasuk bersukan.
Ini kerana akhirnya matlamat agama hanyalah untuk mengabdikan diri bagi mencapai keredaan ALLAH semata-mata. Justeru jika sukan boleh dijadikan alat penyatu umat yang ampuh maka itu juga boleh diiktiraf sebagai sebahagian daripada tuntutan agama.
Jika falsafah ini difahami maka hakikatnya pemain dan penyokong TRW sudah berjaya dalam perjuangan tempoh hari. Tiada isitlah kecewa atas kekalahan atas padang, tapi kemenangan hakiki telah dikecap oleh setiap penyokong yang kekal sabar beradab dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi tanpa mencetuskan sebarang onar.
Inilah yang kita inginkan agar masyarakat Malaysia terus berpegang dengan asas-asas agama walaupun dalam bersukan.
* Penulis Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

0 Komentar untuk " TRW menang dalam kalah "