BUTIK vendor semakin menjadi trend peniaga yang sebelum ini menjual barang menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram dan blog yang digunakan untuk menjual produk mereka.
Minat mendalam dalam bidang perniagaan, Mohamad Faiz Arman mengambil keputusan membuka butik vendor yang diusahakan bersama abangnya, Shahir Al Farid Arman, 35 iaitu The Cataloque yang beroperasi di TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.
Menurutnya, berkonsepkan butik yang menempatkan lebih 30 peniaga atas talian (online) memberikan tawaran terbaik kepada pengunjung dengan pelbagai barangan antaranya pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak, produk kesihatan dan penjagaan diri, perhiasan diri, selendang, tudung, makanan ringan dan kraftangan.
“Konsep butik vendor ini diusahakan bersama abang saya untuk membantu peniaga online baharu atau sedia ada memasarkan produk mereka menggunakan platform media sosial sebelum ini.
“Peniaga-peniaga ini yang juga adalah rakan kami berminat untuk menjalankan perniagaan tetapi kekangan modal menyebabkan mereka hanya menjalankan perniagaan online sahaja,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Pembukaan The Cataloque, di TTDI Jaya, baru- baru ini.
Mohamad Faiz, 30, berkata, dia memilih menjalankan perniagaan butik kerana melihat potensi tekstil yang diperlukan sepanjang masa dan bukan perniagaan bermusim.
“Kadar sewa hanyalah RM100 sebulan dan produk dijual serendah RM6 sahaja. Untuk memulakan perniagaan bukanlah perkara mudah kerana kita perlu bersedia menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang,” katanya yang mengusahakan TCKL dan mempunyai 15 koleksi pakaian lelaki.
Katanya, butik vendor itu dibuka pada Disember tahun lepas.
“Masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan bagi mempromosikan serta menarik lebih ramai peniaga online untuk bersama-sama kami,” katanya yang menguruskan perniagaan keluarga iaitu Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Faizi, Kota Damansara.
Tambahnya, antara vendor yang menyertai Vendor The Cataloque ialah @cahayatasneem, @wandaraffaofficoal, @benmalique*, @prettybusafiyya, @fari.co, @doverfashion dan @TCKL.
“Sebagai pemilik butik vendor, saya bertanggungjawab dalam banyak perkara antaranya mempromosikan produk- produk vendor di laman sosial, merancang strategi pemasaran dan membuat laporan jualan,” katanya.

0 Komentar untuk " The Cataloque himpun lebih 30 peniaga online "