PENGALAMAN ditipu ketika bekerja dengan beberapa syarikat produk pemakanan kesihatan terkenal menyebabkan pengasas Nutra Living, Ahmad Azuddin Md Zan, 43 tekad mencipta produknya sendiri.
Dia yang lebih mesra disapa dengan panggilan Cik Din berkata, produk diberi nama Nutrafemme yang diilhamkan dua tahun lalu, kini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.
“Saya pernah menjadi konsultan untuk beberapa syarikat produk pemakanan kesihatan sehingga produk mereka dikenali. Tetapi, setelah berjaya, saya ditipu dengan tidak dibayar perkhidmatan dan syarikat memecat saya,” katanya.
Kecewa dengan tindakan syarikat tersebut, Cik Din akhirnya mengambil inisiatif melakukan penyelidikan dan mengkaji kehendak pasaran sebelum mengeluarkan produk pemakanan kesihatan sendiri.
“Apa yang anda lihat pada sekotak Nutrafemme ini adalah hasil luahan hati dan jiwa saya sepenuhnya. Rekaan kotak ,tulisan hinggalah kepada penghasilan formulasi Nutraplex21 yang dihasilkan dengan kerjasama pihak penyelidik dan pembangunan produk yang terdiri daripada pakar herba dan ahli perubatan.
“Syukur masyarakat khususnya pengguna wanita menerima Nutrafemme dengan baik. Pengguna bukan Melayu juga mula menerima produk saya kerana menurut mereka, rekaan pembungkusan yang menarik meyakinkan mereka untuk mencuba,” katanya.
Kata Cik Din, sebelum menjual produk dan menawarkan khidmat konsultan kepada syarikat, dia bermula dengan membuka sebuah salun kecantikan di Kuala Lumpur.
Namun, usahanya itu tidak lama apabila perniagaannya kecundang di tengah jalan.
“Dugaan banyak dihadapi malah pernah rumah sendiri terpaksa dilelong. Namun, semua itu dihadapi tanpa mahu menyalahkan sesiapa. Itulah dugaan yang memberi saya kekuatan,” katanya.
Mulakan perniagaan dengan modal minima
Kata Cik Din, idea untuk mencipta produk tersebut telah difikirkan lama dahulu sebelum ia menjadi kenyataan dan berada secara rasmi di pasaran pada November 2014.
“Saya tahu apa yang hendak saya keluarkan, banyak kos penyelidikan dapat dijimatkan. Malah, jangka masa proses penghasilan juga banyak disingkatkan.
“Ramai juga yang hairan bagaimana saya boleh mempunyai pengetahuan sebegini mendalam untuk menghasilkan produk kesihatan wanita. Jawapannya, pengalaman dan pembacaan banyak membantu,” katanya.
Kata Cik Din, sehingga kini produknya dijual hampir 130 cawangan di seluruh negara.
“Nutrafemme dikhaskan kepada golongan wanita yang berumur 30 hingga 50 tahun dan produk ini adalah produk kecantikan lengkap untuk rambut, kulit dan tubuh selain khasiatnya menyeimbangkan hormon wanita.
“Dalam jangka masa panjang pula, saya akan mengeluarkan pula produk penjagaan kulit,” katanya.
Katanya, hasil pendapatan syarikatnya kini sudah mampu mengaji pekerja membabitkan seramai 40 kakitangan terdiri dalam bidang pengilangan, pembungkusan, operasi dan pemasaran.
Produk dipandang sebelah mata
Kata Cik Din, pada awal pemasaran, produknya hanya dipandang sebelah mata.
“Terdapat kedai yang tidak mempercayai produk saya. Mereka suruh saya letakkan dahulu di kedai dan apabila sudah terjual, baharulah akan bayar. Mereka juga tidak yakin kerana saya seorang lelaki dan menjual produk wanita,” katanya.
Namun kini, produknya terjual lebih 35,000 kotak seluruh negara termasuk Brunei dan menembusi pasaran Timur Tengah dan Cape Town, Afrika Selatan.
“Saya pernah merasai kesusahan. Saya tahu bagaimana rasanya hendak berniaga tetapi tiada modal. Saya rasa bertanggungjawab untuk membantu ramai di luar sana yang ingin berniaga tetapi terkekang masalah modal. Mereka boleh mula berniaga dengan modal serendah RM430 sahaja.
Menggunakan internet sebagai medium pemasaran utama, Nutra Living kini mempunyai 75 pengedar utama seluruh negara.
Usahawan baharu perlu berani ‘jatuh’
“Siapa yang nak berniaga, hati kena kuat,” Pepatah itu dipegang Cik Din sehingga produknya mampu berdiri kukuh hanya dalam masa singkat.
“Apa yang nak kita buat perlulah ada minat. Apabila kita meminati sesuatu yang diusahakan, kita tidak akan lemah jika dijentik dengan sesuatu dugaan. Hasilnya apa yang diusahakan itu akan berjaya dan mampu pergi lebih jauh.
“Orang yang kita tengok kaya, tidak terus kaya sebaliknya mereka pernah jatuh terduduk, baharulah mereka berjaya,” katanya.

0 Komentar untuk " Pengalaman ditipu cekalkan Cik Din "