Pelangsingan tanpa derita - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pelangsingan tanpa derita

PENGALAMAN suami selama lebih 10 tahun sebagai perunding kecergasan di sebuah kelab kesihatan dan pemakanan mencetus ilham seorang wanita, Sherry Redzuan, 34, untuk membangunkan satu produk makanan kesihatan bagi membantu masyarakat di negara ini mengatasi masalah obesiti.

Menurutnya, semua itu bermula pada 2006, sewaktu suaminya Firdaus Abdul Ghani, 38, aktif di dalam pertandingan bina badan yang memerlukan pemakanan tambahan bagi membantu penyerapan kanji dan karbohidrat.

“Tercetus ilham untuk saya tubuhkan syarikat Protech Nutrition ini, ketika tahun 2006 lalu, suami saya menyertai pertandingan bina badan. Ketika itu, dia terpaksa mengurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi, mi dan kuetiau walaupun pada yang sama keinginan hendak makan tetap ada.

“Melalui kajian, kami dapati ada sejenis makanan iaitu ekstrak semula jadi ‘white kidney bean’ atau dipanggil kacang ginjal putih yang boleh membantu mengurangkan penyerapan kanji tanpa menyekat selera makan.

“Kami mendapati satu produk sahaja berasaskan ekstrak ‘white kidney bean’ yang boleh didapati di sebuah farmasi sahaja di Melaka.  Setelah menggunakan produk tersebut, berat badannya tetap stabil, pada yang sama dia tetap makan nasi. Ini menunjukkan produk ini cukup-cukup berkesan.

“Selepas bersalin anak kedua, berat badan saya naik secara mendadak dan selera makan bertambah. Akhirnya suami mencadangkan supaya saya mengambil makanan tambahan yang digunakan dahulu. Masalah untuk mendapatkan produk tersebut sukar kerana ia diimport.

“Apabila saya makan, berat badan saya semakin berkurangan. Kira-kira dua bulan berat badan saya turun daripada 89 kilogram (kg) kepada 62 kg. Saya semakin teruja dengan keberkesanan produk ini.

Menurut Sherry, beliau pada mulanya tidak merancang untuk membuat perniagaan tersebut kerana mereka menjalankan perniagaan hartanah.

"Bagaimanapun, kami mendapat idea untuk formulasikan produk tersebut di dalam bentuk cecair agar ia cepat dicerna berbanding produk sebelum ini yang berbentuk pil dan terpaksa menunggu untuk dicernakan," katanya.

Menerusi sebuah syarikat yang diwujudkannya sejak Januari tahun ini, Protech Nutrition Sdn Bhd, Sherry berjaya menghasilkan produk yang dinamakan 'Caboless' berfungsi membantu mengurangkan berat badan tanpa menahan selera makan.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Protech Nutrition, Azurah Tongpang berkata, biarpun produk tersebut dianggap masih baharu di pasaran, namun ia mendapat maklum balas yang luar biasa daripada pengguna.

“Sejak lima bulan penubuhan Protech Nutrition, kami menjalankan pelbagai cara pemasaran. Ramai pelanggan cuba dan merasai keberkesanannya. Malah, kami mendapat maklum balas positif daripada mereka yang telah mencubanya.

“Kami mengiklankannya di akhbar Sinar Harian sehingga ramai yang menghubungi kami untuk mengetahui mengenai produk dan mendapatkannya. Apa yang menarik, kebanyakan produk yang ada di pasaran masa kini berkonsep sebagai pembakar lemak sahaja," katanya.

Azurah berkata, ia berlainan dengan produk Caboless yang berfungsi mengurangkan penyerapan kanji atau karbohidrat tanpa menyekat selera makan.

"Setiap sachet Caboless yang diambil, ia membantu menyingkirkan 75 peratus kanji sebelum bertukar menjadi lemak. Ini bermakna, jika sepinggan nasi diambil, anda seolah-olah mengambil 1/4 sahaja makanan tersebut malah tetap berasa kenyang.

“Pada orang yang mahu kekal kurus boleh meneruskan pengambilan produk ini tanpa sebarang masalah.  Kalau berhenti pun tidak akan gemuk semula kerana produk Caboless dihasilkan daripada bahan semula jadi.  Kebiasaannya, orang yang mengambil produk pelangsingan badan selalunya bila berhenti daripada pengambilan akan menjadi gemuk semula, sebab pengambilan produk membabitkan bahan kimia tetapi Caboless tidak," katanya.

Beliau berkata, bagi mereka yang mengambil produk Caboless, dalam seminggu akan merasai keberkesanannya.

"Selalunya, bergantung kepada badan masing-masing kerana menerusi rekod kami, ada pengguna yang turun sebanyak 5 kg dalam masa seminggu.  Yang paling berkesan sekali bagi mereka yang rajin bersukan. Produk Caboless bukan sahaja mudah dibawa malah ia mudah dimakan," katanya.

Beliau berkata, apabila berat badan berkurangan ia boleh membantu meredakan banyak penyakit manakala bagi ahli sukan, Caboless sesuai kerana boleh menambah tenaga.

“Protech Nutrition adalah satu-satunya syarikat tempatan yang menghasilkan produk pelangsingan badan di negara ini dengan cara semula jadi tanpa menyekat selera makan, selari dengan moto kami 'Pelangsingan Tanpa Derita'.

Azurah berkata, Caboless disediakan dalam setiap kotak mengandungi 24 sachet dengan menyasarkan jumlah jualan sebanyak 5,000 kotak sebulan di samping melantik seramai 500 ejen jualan seluruh negara.

“Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk istimewa Caboless bolehlah melayari laman web www.protech-nutrition.com atau hubungi talian telefon 0196309949, 0196309969 atau 06-2825569.

“Orang ramai juga boleh datang terus ke pejabat jualan kami di No 62, jalan BPM2, Taman Bukit Piatu Mutiara, Melaka,” katanya.

0 Komentar untuk " Pelangsingan tanpa derita "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ