Gaya hidup sihat harmoni sistem imun - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Gaya hidup sihat harmoni sistem imun

“BUAT masa ini tiada sebarang bukti secara saintifik berhubung kaitan langsung antara gaya hidup dan fungsi imun. Namun ia tidak bermakna kesan-kesan gaya hidup ke atas sistem imun tidak menarik dan tidak perlu dikaji.” Pernyataan dipetik daripada artikel "How to Boost Your Immune System" terbitan Harvard Health Publications.

Penulis dapati pernyataan tersebut membuka ruang kepada orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang bersesuaian untuk mencapai keharmonian sistem imun.

Sungguhpun pelbagai kajian telah dijalankan terhadap pengaruh diet, suplemen dan herba terhadap sistem imun namun sesetengah kajian didapati memiliki kelemahan tertentu. Jadi, menurut penulis artikel tersebut, sesetengah hasil kajian tidak boleh diamalkan secara sejagat.

Menurut pandangan penulis daripada golongan perubatan alternatif pula, kesan sesuatu intervensi diperhatikan melalui pengalaman klinikal yang kadang-kadang diperoleh lebih awal berbanding hasil kajian sains.


Pemvaksinan - kekal sihat

Media seluruh dunia mencadangkan orang ramai membenarkan diri mereka disuntik dengan bahan vaksin yang mengandungi bahan pelik termasuk bahan bertoksik seperti merkuri, aluminium dan pengawet seperti formaldehyde.

Sila baca artikel penulis berjudul Kajian Vaksin dan Autisme disembunyikan? berkenaan ketoksikan aluminium yang digunakan sebagai adjuvant dalam vaksin.

Artikel tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk sebahagian penyokong vaksin yang mencemuh penulis sebagai doktor palsu. Untuk pengetahuan pembaca budiman, singkatan MD (AM) di belakang nama penulis merujuk kepada Doctor of Medicine in Alternative Medicine.

Mengkategorikan doktor lulusan sebarang jurusan perubatan alternatif sebagai doktor palsu dipercayai mudah berlaku apabila ia dinilai secara berat sebelah dari perspektif perubatan moden yang sudah tentu memihak kepada penggunaan pangkat Dr. di pangkal nama khusus untuk golongan tersebut sahaja.

Penulis memiliki kredibiliti dan kekuatan tersendiri. Pembaca celik ilmu mudah memahami bahawa gaya/isi tulisan penulis menunjukkan penulis datang daripada golongan perubatan alternatif, bukan perubatan moden. Panduan untuk mengamalkan sesuatu intervensi sudah tentu berbeza.

Pengalaman empiris iaitu pemerhatian ke atas kesan yang dialami oleh orang ramai atau penghidap penyakit tertentu berikutan intervensi misalnya perubahan gaya hidup atau pengambilan ubatan/suplemen tertentu sudah cukup dijadikan bukti untuk membuat kesimpulan sama ada sesuatu amalan itu menyumbang manfaat atau keburukan.

Kajian kecil pada tikus yang menunjukkan reaksi manfaat/keburukan sesuatu intervensi juga diambil kira dan dicadangkan amalannya oleh pengamal perubatan alternatif.

Kesan-kesan sampingan yang dialami orang ramai selepas intervensi tertentu misalnya pemvaksinan seperti dilaporkan dalam VAERS (Vaccine Adverse Event Reporting System) juga diambil kira walau pun tempoh reaksi yang dialami agak lama selepas intervensi pemvaksinan. Sayang sekali sistem seperti ini masih belum wujud di negara ini.

Teriakan whistleblower (orang yang mendedahkan salah laku atau keburukan orang lain) dalam hal keburukan intervensi perubatan moden sering dipandang serong oleh golongan tertentu. Antara whistleblower yang mungkin membuka hati penyokong pemvaksinan walaupun sukar berlaku akibat fanatik ialah Dr William Thompson dari CDC (Center for Disease Control, Amerika Syarikat) yang mengaku pada musim luruh 2014 bahawa badan tersebut telah memalsukan data di mana jika tidak dipalsukan ia benar-benar menunjukkan kaitan jelas antara vaksin MMR dengan autisme.

Sila baca artikel tulisan Mike Adams, PhD berjudul Breaking: CDC Whistleblower Confesses to MMR Vaccine Research Fraud in Historic Public Statement.

Dalam kebanyakan ilmu seperti politik, agama dan bisnes biasanya terdapat dua pandangan atau lebih mengenai sesuatu perkara/isu. Pandangan yang berbeza juga berlaku dalam ilmu perubatan.

Untuk pengetahuan golongan yang biasa dengan info perubatan moden, ketahuilah bahawa terdapat info alternatif misalnya gejala atau keburukan pengamalan sesuatu intervensi yang mungkin anda tidak ketahui.


Tugas jujur

Tugas menyampaikan info alternatif ini dijalankan oleh pakar/pengamal perubatan alternatif seperti penulis atau journalis tertentu. Ia juga dijalankan oleh pakar bidang selain bidang perubatan atau perubatan alternatif. Tujuan utama kami ialah cuba membuka minda orang ramai agar menjadi pengguna perubatan berilmu.

Ramai pakar/pengamal perubatan alternatif, saintis alternatif dan orang ramai yang celik ilmu berkaitan vaksin mencadangkan agar golongan penyokong pemvaksinan tunjuk bukti bahawa setiap jenis vaksin yang diluluskan oleh pihak berautoriti misalnya FDA pernah menjalani kajian double blind, randomized, placebo-ctontolled trial bertaraf gold standard yang biasanya melibatkan jumlah subjek kajian yang besar.

Mike Adams, PhD (nutrisi) iaitu pengasas Naturalnews.com dalam artikelnya Why Flu Shots are the Greatest Medical Fraud in History telah membongkar rahsia di sebalik lampiran vaksin jenama Flulaval. Antara lain lampiran tersebut didapati memaparkan kenyataan ini: There have been no controlled trials adequately demonstrating a decrease in influenza disease after vaccination with Flulaval. Maksudnya dalam Bahasa Melayu: "Tiada sebarang kajian terkawal dijalankan bagi menunjukkan penurunan penyakit influenza selepas pemvaksinan dengan Flulaval."

Ramai pakar berpendapat penurunan paras kematian sejak awal kurun ke 20 di seluruh dunia berpunca daripada tahap gaya hidup termasuk pemakanan yang baik, bukan sebab pemvaksinan di mana orang ramai disogok dengan angka-angka statistik.

Saintis telah sekian lama mendapati golongan yang hidup dalam kemiskinan dan mengalami pemakanan tidak seimbang (malnourished) lebih mudah mengalami penyakit berjangkit. Bagaimanapun, menurut penulis artikel How to Boost Your Immune System sepertimana ramai saintis lain, peningkatan penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan pemakanan masih tidak diketahui.

Sebaliknya, penulis percaya bahawa pemakanan tidak seimbang boleh menyebabkan sistem imun tidak harmoni. Amalan pengambilan diet dengan pemakanan seimbang iaitu makan pelbagai makanan bergizi serta berantioksidan tinggi, di samping kurang/elakkan makanan merapu (karbohidrat terproses, gula tinggi dan pewarna sintetik), jaga kebersihan, kawal stres, bersenam, kurang bergantung kepada ubatan moden secara tegar (kecuali terpaksa) dan keluarga harmoni dipercayai antara kunci utama kepada keharmonian optimum fungsi sistem imun. Gaya hidup sihat juga harus diamalkan oleh wanita sebelum, ketika mengandung dan menyusukan bayi.

Walaupun penulis kurang setuju dengan pakar Harvard penulis artikel How to Boost Your Immune System iaitu kenyataan beliau agar orang ramai mengurangkan pengambilan lemak tepu, namun keseluruhan isi artikel tersebut boleh dijadikan panduan bagi mereka yang prihatin terhadap keharmonian sistem imun.

Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)
Herbalis profesional bertaraf dunia, Juru runding dan pendidik nutrisi holistik.

0 Komentar untuk " Gaya hidup sihat harmoni sistem imun "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ