U for Life Insurans Internet pertama - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

U for Life Insurans Internet pertama

U for Life Sdn Bhd (U for Life) memperkenalkan insurans internet pertama di Malaysia menawarkan penyelesaian insurans nyawa secara menyeluruh menerusi laman web https://uforlife.com.my.

Dalam satu kenyataan medianya, U for Life Sdn Bhd berkata, insurans tersebut direka dengan memberi perhatian kepada keperluan pengguna, U for Life komited membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan insurans dengan menawarkan cara mudah, pantas dan murah untuk membeli insurans nyawa secara talian.

Polisi ditawarkan U for Life disediakan Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd, ahli kepada Tokio Marine Holdings, Inc yang merupakan salah satu kumpulan insurans terbesar di Jepun.

Pengurus Besar U for Life Sdn. Bhd., Iskandar Ezzahuddin berkata, satu kajian yang dilakukan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) baru-baru ini mendapati secara umumnya rakyat Malaysia kurang dilindungi insurans berbanding rakyat di negara-negara jiran seperti Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun.

“Memang wujud keperluan meningkatkan kadar penembusan perlindungan insurans nyawa di negara ini. Saya yakin platform insurans dalam talian kami dapat menyumbang ke arah merealisasikan objektif itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif  Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd, Toi See Jong berkata, melalui platform itu, pelanggan boleh mendapatkan banyak maklumat mengenai insurans nyawa secara dalam talian, membeli pelan perlindungan asas dan akan diberi e-polisi secara serta-merta.

0 Komentar untuk " U for Life Insurans Internet pertama "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ