BAGI keluarga atau individu yang berhadapan dengan kematian insan tersayang, kadang-kadang jalan terbaik bagi menghadapi situasi tersebut adalah dengan berpura-pura bahawa ia tidak pernah berlaku.
Dikenali sebagai sindrom penafian atau ‘denial syndrom’, sindrom penafian adalah satu mekanisme pertahanan yang diaktifkan tubuh dan otak untuk melindungi seseorang dari realiti atau kenyataan yang boleh menyebabkan tekanan terhadapnya.
Memetik sumber maklumat daripada Pusat Perubatan Harrison Hope, antara gejala seseorang itu berhadapan dengan sindrom itu termasuk beranggapan bahawa kesakitan tidak pernah wujud.
“Individu yang menghidap sindrom ini mempunyai kecenderungan untuk mengabaikan apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia juga akan lupa dan tidak ingat terhadap beberapa perkara penting dan tidak penting yang terjadi pada keadaan persekitarannya.
“Individu seperti ini akan mempunyai masalah yang serius untuk memahami konsep kematian yang tidak dapat dielakkan oleh semua objek hidup,” kata sumber itu.
Sementara itu, menurut pakar perubatan pula, sindrom ini merupakan tindak balas semula jadi bagi individu yang berdepan dengan realiti seperti itu.
Walaupun tidak semua individu berpotensi mengalami sindrom tersebut, rawatan tertentu bagi individu yang mengalami sindrom ini adalah tidak mustahil.
“Rawatan ke atas individu yang mengalami sindrom seperti ini adalah tidak mustahil. Namun ia bergantung ke atas individu tersebut.
“Pada kebiasaannya sukar bagi keluarga atau rakan-rakan membantu individu ini untuk mendapatkan rawatan tepat pada masanya kerana mereka sering berlengah untuk berubat di hospital,” katanya lagi.

0 Komentar untuk " Siapa cenderung hidap 'denial syndrom'? "