HAVANA ialah salah sebuah kota glamor sebelum ia menjadi komunis selepas Fidel Castro merampas Cuba dari cengkaman diktator Fulgencio Batista pada 1 Januari 1959. Itu kira-kira 56 tahun dulu. Untuk itu saya berkunjung ke negara itu pada tahun 2007.
Ketika di sana, saya terkenangkan Godfather II, salah sebuah daripada 10 buah filem yang dianggap terbaik dalam sejarah perfileman. Ia menceritakan bagaimana samseng terkaya AS menjalin kerjasama dengan satu pihak di Cuba untuk menjana kekayaan seterusnya.
Dalam prosesnya ditunjukkan bagaimana pejuang-pejuang revolusi Cuba melawan pemerintahnya. Dalam aspek hiburan dan perjudian, ia mengatasi apa saja yang dipamerkan kini di Las Vegas, Miami, Bangkok, Manila dan Amsterdam. Ketika itu saya tidak mengetahui bahawa jambatan yang paling panjang di dunia - 30 batu atau 50 km - bernama El Predraplan sudah sedia terbina di negara itu sejak 1999. Ini kerana media Barat sengaja menutup pencapaian kejuruteraan Cuba yang begitu besar.
Saya hanya tahu jambatan sepanjang 24 batu atau 35km menghubungi tebing Tasik Pontchartrain dekat New Orleans, Louisiana, AS, sebagai yang terpanjang di dunia. Saya memilih untuk berhenti tidur 15 minit di ‘hentian sebelah’ di atas jambatan itu ketika memandu di situ pada tahun 1992. Jika ingatan saya masih jelas, kebanyakan tumbuh-tumbuhan yang kelihatan di tepi jambatan itu ialah pokok-pokok bakau.
Sesuai dengan ungkapan ‘permusuhan tidak kekal dalam politik; yang kekal ialah kepentingan bersama’, maka tidak berapa lama lagi AS akan memulakan langkah persahabatannya dengan Cuba, selepas lebih 50 tahun terputus. Ia dalam bentuk perkhidmatan feri ulang-alik dari beberapa buah kota di Florida dengan Havana.
Jarak antara dua tempat itu ialah lebih kurang 400km, sejarak Kuala Lumpur dengan Kuala Terengganu, atau Kuala Lumpur dengan Alor Setar. Langkah berbaik semula ini mengingatkan saya kepada kunjungan Presiden Nixon dari AS ke Beijing di mana Mao Tze Tung menjadi tuan rumah pada tahun 1972, setelah bermusuh selama 23 tahun sejak komunis mengambil alih kuasa di sana pada tahun 1949.
Mula-mula diadakan diplomasi ‘pingpong’, iaitu perlawanan persahabatan sukan pingpong. Kini, lebih 40 tahun kemudian, hubungan secara terbuka sudah lama berlaku. Dengan sendirinya negara-negara kecil seperti Malaysia mengikut dari belakang dengan perasaan selamat.
Untuk sekian lama Cuba ialah nama yang sayup di sisi dunia bebas bukan-komunis. Akhbar, TV dan radio amat jarang, kalaupun ada, menyentuhnya baik dalam bentuk berita atau dokumentari. Maka tidaklah aneh jika tidak ramai orang Malaysia mengetahui bahawa Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan Cuba – sehinggalah nahas pesawat MAS yang terhempas di Tanjung Kupang, Johor, dalam tahun 1977. Yang turut terkorban ialah Duta Cuba ke Malaysia.
Dalam tahun-tahun 1950an, saya tertarik dengan sebuah novel bertajuk The Singer Not The Song (Penyanyinya Bukan Lagunya) yang berlatarbelakangkan Cuba. Selepas dijadikan filem (lokasi penggambarannya ialah di Mexico) lagu temanya yang senama dengan tajuk filem itu menjadi minat ramai seluruh dunia. Dalam tahun 2007, status Cuba di mata AS masih lagi suatu musuh.
Dalam permusuhan begitu, Ernest Hemingway, pengarang besar AS yang pernah menjadi pemenang Hadiah Nobel untuk penulisan novel, sangat dekat dengan hati orang Cuba. Sebuah novel nipisnya bertajuk The Old Man and The Sea adalah sempena kejadian di sebuah kampung nelayan di Cuba. Masalah hidup seorang nelayan tua dengan cabaran mencari rezeki di laut, dibandingkan dengan harapan masa depan yang dilambangkan oleh seorang anak muda, adalah satu pemerian kemanusiaan yang halus. Inilah yang tersemat di hati orang Cuba. Sebuah pub (kedai minum-minum arak) di Havana yang popular yang suatu ketika menjadi tempat yang diminati Hemingway menjadi rujukan kebanggaan.
Jika negara-negara gohed gostan Islam (ungkapan humor P Ramlee dalam filemnya) di selatan Rusia yang suatu masa dulu tidak diketahui oleh orang Malaysia, tetapi kini menjadi destinasi kunjungan orang Malaysia, maka begitulah juga prospek Cuba: sebagai destinasi pelancongan. Fantasi Pirates of The Caribbean akan membuka ufuk baru sebagai satu pilihan pembukaan minda.
* Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat

0 Komentar untuk " Ufuk Havana terbuka semula "