TUNTUTAN supaya dihidupkan semula sekolah Inggeris makin kedengaran dan meningkat. Nasihat Sultan Johor, Tuanku Ibrahim Sultan Iskandar, baru-baru ini agar kita dan 'bangsa Johor' mempunyai minda terbuka tentang pendidikan single- stream, iaitu seperti pendidikan nasional Singapura - bahasa pengantarnya Inggeris.
Kejayaan Singapura antara sebabnya ialah pendidikan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya terus wujud. Sekolah aliran bahasa lain telah lama ditutup. Kejayaan Singapura dalam pendidikan - nombor satu dalam dunia -seperti sukses dalam bidang lain amat hebat.
Sebelum awal 1970-an, English College di Johor Bahru dan Muar High School bahasa pengantarnya Inggeris, begitu juga di MCKK, Kolej Tunku Kurshiah, Victoria Institution, Penang Free School, St Georges Girls School, Sekolah Convent dan banyak lagi.
Bekas pelajar sekolah Inggeris medium ini termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad (Sultan Abdul Hamid College), Tun Musa Hitam (English College), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (St. John’s Institution), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Muar High School), penulis sendiri (MCKK), Tengku Razaleigh Hamzah (Sultan Ismail College dan Anderson School/ MCKK) dan ramai lagi.
Tokoh baharu dan muda seperti Rafizi Ramli (MCKK) serta Khairy Jamaluddin (Sekolah Antarabangsa) semua bi-lingual iaitu dwi bahasa dan mereka tidak pun lupa asal-usul.
Saya tidak nampak ruginya ada sekolah Inggeris dulu, sekarang dan akan datang pun. Kini pun sekolah swasta dan antarabangsa menggunakan bahasa Inggeris seratus peratus banyak di seluruh negara, hatta ada di Kota Bharu pun, antara sekolah antarabangsa yang paling terkecil di negara ini.
Banyak sekolah swasta dipunyai dan dipimpin oleh rakyat kita sendiri, apatah lagi sekolah antarabangsa dan sekolah twin programmes tumbuh seperti cendawan- ini saya kira menyumbang kepada kepelbagaian pendidikan.
Ada antara sekolah ini, yuran tahunannya bermula dari RM6,000 hingga RM90,000. Pilihlah yang terbaik mengikut kemampuan dan cita-cita terpendam anda dan ke mana destinasi pendidikan universiti anak dan cucu kita.
Apakah boleh kita mencapai- taraf negara pendidikan tinggi dan negara pendapatan tinggi- dalam lima tahun lagi? Waktu itu yuran pendidikan akan melonjak lebih tinggi lagi, persaingan untuk mendapat tempat di sekolah eksklusif ini akan lebih sukar dan lebih teruji.
Di sekolah ini kemampuan dan taraf ekonomi ibu bapa tidak diambil kira sangat, terpenting adalah bakat dan potensi bakal pelajar. Mereka terpaksa menduduki peperiksaan kemasukan dan diikuti dengan temu duga pula.
Ironinya, selepas 58 tahun merdeka, masyarakat Malaysia- juga Melayu Islam- makin, tegas Speaking: “more rarefied" atau luar biasa yakni masyarakat kita lebih berkasta dan berdarjat walaupun bukan mengikut keturunan, tetapi pencapaian pendidikan dan potensi pekerjaan yang mereka akan miliki kelak.
Ada yang sudah lama berkedudukan elit, kini menjadi lebih elit lagi, kerana mereka terus menghantar anak dan cucu ke sekolah asrama penuh di United Kingdom tatkala berumur antara lapan dan 13 tahun; memasuki sekolah yang dikategorikan sebagai berbintang enam, lima, empat, tiga atau dua. Yuran tahunan sekolah ini serendah-rendahnya 20,000 hingga 50,000 Pound Sterling.
Menurut Pengerusi PAGE Malaysia, Datin Noor Azimah Abdul Rahim, iaitu satu pelobi pendidikan mahu mengembalikan bahasa Inggeris sebagai pengantar di sesetengah sekolah pilihan; 200 buah bas saban hari membawa pelajar dari Johor ke Singapura kerana ibu bapa mereka mahu anak-anak dididik di sekolah one-stream English medium schools in Singapore (The Edge 18 Mei).
Pelajar Melayu, Cina dan India mesti mengambil bahasa ibunda masing-masing, maka sekali gus mereka bi-lingual. Ibu bapa sanggup bangun waktu subuh lagi menyediakan anak cucu menyeberang Causeway demi ingin masa depan yang cemerlang bagi mereka.
Suka-duka, sekolah Inggeris seperti dahulu, kini pun dianggap lebih berkualiti dari sekolah aliran lain. Kehadiran sekolah Inggeris - saya percaya- akan membawa pendidikan kita ke tahap baharu yang diidam-idamkan.
Oleh kerana ramai graduan kita tidak mahir menulis dan fasih bertutur dalam bahasa Inggeris, sejumlah 160,000 dari jumlah besar 400,000 menganggur; mungkin juga mereka unemployable.
Keadaan ini amat tragik dan tidak boleh dibenarkan berterusan. Dari jumlah yang bekerja, majoriti adalah dalam perkhidmatan awam, agensi dan badan berkanun kerajaan. Anak dan cucu kita tidak boleh disalahkan - mereka mangsa dasar pendidikan yang tidak melihat pada masa jangka panjang.
Seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya membentang Rancangan Malaysia ke-11 di Parlimen pagi Khamis- muda-mudi kita mesti menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan fasih serta mahir dalam bahasa ibunda.
Menguasai bahasa Inggeris tidak akan merosakkan identiti dan jati diri kita sebagai satu bangsa yang berdaulat. Sebaliknya menguasai dwi bahasa memperkukuhkan lagi jati diri dan identiti kita.
Saya tidak mahu semua sekolah kebangsaan ditukar menjadikan sekolah Inggeris - mungkin antara 10 dan 20 peratus dari jumlah sekolah kebangsaan memadai. Sekolah terpilih akan menjadi kader dan perintis kepada pendidikan berkualiti dan cemerlang pada era alam maya.
Suka-duka, bahasa Inggeris sekarang adalah bahasa utama bagi 54 negara dan 27 wilayah di seluruh alam. Bahasa Melayu/Indonesia hanya digunakan di beberapa negara dan wilayah. Seramai 800.6 juta manusia guna bahasa Inggeris dalam komunikasi mereka di internet.
Hanya seramai 75.5 juta manusia guna bahasa Melayu/Indonesia di internet atau 2.7 peratus daripada pengguna internet. Dari jumlah populasi internet yang dianggar 2.8 bilion- lebih separuh daripada populasi seluruh alam- guna internet.
Berkenaan tajuk buku pula, dua negara - Amerika Syarikat dan United Kingdom- mengeluarkan buku baharu semua genre berjumlah lebih 500,000 judul dan kita hanya 18,000 setiap tahun.
Pokoknya, kunci bagi pendidikan berkualiti bergantung besar kepada pengajaran berkualiti, selain daripada bahasa pengantar. Kita sekarang di tangga ke-52 dari 76 negara mengikut ranking global oleh Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD).
Sungguhpun kita sekali lagi di atas kumpulan ketiga, tetapi kita masih dalam kumpulan terbawah. Pelajar pintar kita bisa, mengikut OECD, bertanding dengan pelajar cerdik antarabangsa tetapi mereka yang dari disadvantaged families tidak boleh, bahkan jauh di belakang mereka yang serupa keadaannya di negara lain.
Kategori yang tidak bernasib baik ini perlu lebih membaca, lebih pintar guna informasi pelbagai bentuk dan jenis. Sayangnya tidak banyak kemudahan itu didapati dalam bahasa Melayu.
Jika ini berterusan kapasiti negara kita dan sistem pendidikan kita untuk melahirkan modal insan yang pintar dan kontemporari seperti dianjurkan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya di Parlimen akan tinggal harapan sahaja. Kita akan terus tidak berjaya menjadi penyumbang penting melahirkan modal insan kepada dunia kelas pertama.
Pandangan Sultan Johor yang bernas dan berani itu diharap akan mendapat sokongan dan tuntutan daripada pelbagai pihak agar tidak lama lagi sekolah Inggeris dihidupkan kembali. Sekolah Inggeris tidak merosakkan jati diri, sahsiah dan identiti kita.
Menguasai bahasa Inggeris akan menjadikan kita lebih terkenal dan lebih memanfaatkan. Bagilah rakyat kita pilihan seperti dalam pilihan raya. Sekolah jenis mana atau stream mana mereka mahu anak atau cucu dididik, asalkan semua rakyat Malaysia wajib, tanpa kompromi, menduduki peperiksaan bahasa Melayu dan tanpa lulus mereka tidak akan dapat Sijil Peperiksaan Malaysia.
Saya harap momentum desakan agar sekolah Inggeris dihidupkan semula akan menjadi lebih kuat sehinggalah harapan Tuanku dan majoriti rakyat terlaksana. Kerajaan boleh memulakan satu projek perintis atau pilot skim. Kita akan lihat sokongan yang kuat akan datang daripada orang Cina, India dan Melayu. Masakan kita tidak boleh tukar 620 buah sekolah dari jumlah 6,200 sekolah nasional ke sekolah aliran Inggeris?
Kini kita membawa masuk ramai guru native speakers (bahasa Inggeris) dengan gaji sebanyak RM18,000 sebulan. Saya tidak membangkang kerana kita perlu guru native speakers. Ini kerana guru Malaysia yang fasih bahasa Inggeris - graduan Universiti Malaya, Kirkby College, Brinsford Lodge dan Maktab Perguruan Penang tiada lagi.
Kalaupun ada sudah lanjut usia walaupun masih mampu mengajar. Mungkin mereka lebih suka bermanja-manja dengan anak, cucu dan cicit semasa sisa umur mereka.
Noor Azimah menggesa Raja-raja Melayu lain bersepakat dengan Sultan Johor agar sekolah Inggeris dihidupkan kembali. Ibu bapa hanya mahu mengikut contoh pemimpin dan orang besar negara agar mereka juga boleh memilih aliran sekolah. Majoriti pembesar kita memilih sekolah swasta dan antarabangsa.
Kalau ini tidak difikir dengan secara serius, jangan terperanjat nanti jika standard pendidikan kita akan menjadi setaraf dengan standard bola sepak Malaysia. Kembalilah kecemerlangan sukan, bola sepak, hoki, badminton dan pendidikan bermutu tinggi serta guru yang berkualiti lagi dedikasi yang Malaya dan Malaysia amat terkenal dalam era 1910-an hingga awal 1970-an.

0 Komentar untuk " Sekolah Inggeris relevan "