RM15 juta dana usahawan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

RM15 juta dana usahawan

BAGI menggalakkan penyertaan usahawan Bumiputera di Sarawak, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) menyalurkan dana RM15 juta kepada Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera Sarawak.

Menurut kenyataan media dikeluarkan Teraju, RM15 juta tersebut akan diletakkan di bawah Skim Dana Pembangunan Usahawan bagi usahawan Bumiputera di sana.

Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Datuk Husni Salleh berkata, dana itu akan digunakan membangunkan kapasiti usahawan dan usaha prasarana di Sarawak.

“Pembangunan kapasiti dan infrastruktur berkhidmat sebagai bidang utama dalam usaha menjana dan memupuk perniagaan dan usahawan baharu selain mewujudkan daya saing di kalangan usahawan Bumiputera Sarawak.

“Melalui skim ini, kami menyasarkan membantu lebih daripada 47,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sarawak dalam membolehkan mereka mencapai peningkatan daya maju perniagaan,” katanya.

Menurut Husni, RM14 juta akan digunakan memperhebatkan tumpuan membina infrastruktur usahawan Bumiputera di Sarawak.

“Di bawah inisiatif ini, usahawan Bumiputera di Sarawak akan memperoleh peningkatan akses peningkatan perniagaan dan peruncitan.

“Selain itu, usahawan tempatan juga boleh memanfaatkan program inkubasi perniagaan melalui ruang niaga strategik serta kawasan komersial pada kadar berpatutan,” katanya.

Ini termasuk pembukaan hub Halal baharu serta kios bergerak di Lundu, Lawas dan Mukah, manakala Anjung Usahawan di pejabat kerajaan akan dibuka di Miri, Bintulu dan Betong.

Husni berkata, baki RM1 juta dari dana tersebut akan digunakan untuk latihan kemahiran jangka panjang dan latihan industri.

0 Komentar untuk " RM15 juta dana usahawan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ