Pek ekonomi buat pengguna - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pek ekonomi buat pengguna

DITUBUHKAN pada Ogos 2012, XiddiG Cellular Communications Sdn Bhd (XiddiG), merupakan antara syarikat telco baharu yang berada di pasaran tempatan.

Mementingkan penjimatan kepada penggunanya, XiddiG tampil dengan memperkenalkan sim kad pek ekonomi dalam membantu untuk berjimat.

Pengarah Eksekutifnya, Mahmud Mohamed berkata, beliau mengambil langkah berani menceburi perniagaan telco memandangkan melihat peluang luas yang ada di masa hadapan.

“Saya melihat banyak peluang dalam industri telco di mana mengikut pendapat pakar ekonomi dunia perniagaan telco akan berkembang memandangkan pasarannya terbuka luas selain permintaan yang sentiasa ada.

“Oleh itu, saya memilih untuk memperkenalkan sim kad prabayar XiddiG yang selari dengan gaya dan tawaran yang memenuhi kehendak pengguna,” katanya.

Menurut Mahmud, semua pakej yang dikeluarkan XiddiG mementingkan nilai ekonomi yang menjimatkan dan memberi kelebihan kepada pengguna melalui pengurangan kos.

“Misalnya sim kad XiddiG mempunyai tamat tempoh selama 365 hari tidak seperti telco lain yang mempunyai tamat tempoh singkat dan memaksa pengguna menambah nilai dengan cepat.

“Kami juga memberikan pakej bonus sebanyak 10 peratus bagi setiap tambah nilai yang dilakukan oleh pelanggan kami dan ini sekali gus meringankan bebanan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada mereka,” katanya.

Selain bonus tambah nilai, pakej internet yang ditawarkan XiddiG juga merupakan antara yang termurah di pasaran.

Mahmud berkata, pakej internet yang ditawarkan XiddiG bermula daripada kuota 30MB, 150MB, 600MB, 1.2MB dan 2.4MB.

“Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menikmati penjimatan melalui internet tanpa had tanpa perlu membayar caj tambahan apabila kuota yang dibeli melebihi dari jumlah yang ditetapkan,” katanya.

Ditanya dari segi pemasaran dan promosi sim kad prabayar XiddiG, Mahmud berkata pihaknya menggunakan kaedah pemasaran antara komuniti.

“Kami menggunakan kaedah pemasaran melalui sekumpulan manusia seperti badan-badan yang ada dan juga koperasi.

“Kami juga telah melaksanakan perjanjian persefahaman (MoU) bagi membuka peluang kepada usahawan baharu dan sedia ada dalam peruncitan telco menjual sim kad prabayar XiddiG,” katanya.

0 Komentar untuk " Pek ekonomi buat pengguna "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ