KETIKA kebanyakan harga barangan meningkat, masih ada peniaga yang bermurah hati menjual makanan dengan harga murah.
Di Kota Bharu, Kelantan, terdapat beberapa lokasi yang menawarkan hidangan yang sama seperti di tempat lain, tetapi pada harga lebih rendah daripada biasa.
Salah satu daripadanya, gerai nasi berlauk RM2 yang terletak di cabang tiga Panji ke Padang Tembak, di Kampung Beris Lanjut, Panji.
Pemiliknya, Esah Awang, 50, berkata, tidak tergamak untuknya untuknya menaikkan harga kerana pelanggan yang datang ke kedainya kebanyakan adalah pelanggan tetap yang sudah mesra dan biasa dengan masakan di kedai itu.
“Saya mula berniaga di sini lima tahun lalu dan harga makanan yang dijual masih sama sehingga hari ini. Saya tidak menaikkan harga kerana kasihan dengan mereka yang datang makan di sini.
“Setiap sepinggan atau sebungkus nasi akan diletakkan dua senduk nasi dan lauk pula disediakan dalam saiz biasa seperti dijual seperti di gerai lain,” katanya.
Menurut Esah, setiap hidangan nasi termasuk ayam masak merah, ayam goreng, puyuh goreng, daging goreng, gulai ikan masin dan gulai ayam masing-masing dijual dengan harga RM2, manakala nasi lemak pula hanya RM1.50 berserta sambal ikan bilis dan telur rebus.
“Saya jual murah supaya pelanggan seronok apabila mereka makan dan saya pun gembira. Kalau hendak dikira untung tu adalah sikit-sikit, bohonglah kalau tiada untung langsung. Walaupun tidak mewah, tetapi masih mampu membayar gaji empat pekerja,” katanya yang mengambil anak-anaknya sebagai pekerja sendiri.
Selain nasi berlauk, Esah juga menyediakan sup tulang dengan harga RM5 semangkuk. Ada juga gulai itik serati yang dihidangkan bersama sepinggan nasi dengan harga RM3, ia sekali ganda lebih rendah daripada harga semasa RM6 di tempat lain.
Seorang pelanggan tetapnya, Mustapha Ab Rahman, 43, berkata, dia sanggup datang dari tempat tinggalnya di Kemumin, Pengkalan Chepa ke kedai itu untuk menikmati gulai itik serati yang disediakan Esah.
“Saya bekerja syif, jadi saya dapat datang pada hari Selasa sahaja. Pada hujung minggu saya akan datang bersama keluarga,” katanya.
Yulandi Ayub, 36, yang bekerja sebagai pemandu lori berkata jarang dia menemui kedai makanan sedap dan murah.
“Zaman sekarang, jarang ada kedai makan yang murah, tetapi di sini, saya boleh bersarapan dengan nasi lemak yang hanya berharga RM1.50 bersama teh O 50 sen,” katanya.
Esah juga menjual pelbagai jenis kuih-muih dengan harga empat biji RM1 dan air minuman serendah 50 sen bagi Teh O panas, Teh O Ais pula RM1, Teh Ais RM1.20 dan air kelapa berharga RM1.
Esah berharap, perniagaan ini akan terus berkembang walaupun menjual dengan harga murah.
"Saya mahu orang balik dengan perut kenyang," katanya.

0 Komentar untuk " Nasi berlauk cuma RM2 "