Beringat sebelum terlewat! - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Beringat sebelum terlewat!

SULAIMAN (bukan nama sebenar) seorang ayah dan suami yang baik serta penyayang. Walaupun bekerja sebagai kerani awam dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,800 , ia cukup memenuhi segala keperluan asas diri dan keluarganya.

Dia sentiasa memastikan keluarganya hidup dalam keadaan bahagia. Keluarganya tidak pernah mengadu tentang kekurangan atau berasa tidak bahagia dengan taraf sosial mereka.

Mereka hidup di dalam kemampuan yang sekadar mencukupi. Malangnya, takdir telah merubah segala-galanya apabila isteri Sulaiman telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Keadaan isterinya yang tenat membuatkan Sulaiman sentiasa  memastikan kesihatan isterinya menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi untuk anak-anaknya.

Apabila rawatan perubatan mahal amat diperlukan, Sulaiman telah menggunakan jalan pintas untuk mencari wang demi kesihatan isterinya.

Apabila kesihatan isterinya semakin merosot, Sulaiman menjadi lebih terdesak dengan mengambil pinjaman peribadi melebihi RM30,000 untuk membiayai kos perubatan isterinya.

Pinjaman ini berterusan selama setahun. Mujurlah majikan Sulaiman telah menghulurkan bantuan dengan membayar segala kos rawatan perubatan isterinya.

Walau bagaimanapun, terlalu lambat untuknya menarik balik segala hutangnya. Oleh kerana tertekan dengan kewangan yang tidak dapat dikawal, Sulaiman akhirnya mendapatkan bantuan dari AKPK.

Selepas melihat segala hutang Sulaiman, AKPK bersetuju untuk menyusun semula pinjaman peribadinya dikawal program pengurusan kredit. AKPK juga mengambil kira Sulaiman yang mempunyai keluarga besar dan pendapatan begitu rendah daripada biasa.

Menerusi rundingan yang dibuat antara Sulaiman dengan pihak bank, dia berjaya mendapatkan pembayaran rendah mengikut kemampuannya.

Ini telah dilakukan untuk memenuhi kemampuannya untuk membayar hutang tersebut tanpa menyentuh perbelanjaan keluarga.

Dengan ini, Sulaiman boleh melangsaikan hutang mengikut kemampuannya dengan tenang sepanjang berada dalam program AKPK tersebut.

0 Komentar untuk " Beringat sebelum terlewat! "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ