WAJARKAH seorang murid mengatakan apa yang diajarkan gurunya adalah salah jika murid itu tidak faham di dalam kelas?
Sama juga jika kita mengatakan sesebuah sistem itu gagal kerana peringkat pelaksanaannya mengalami masalah.
Sebelum itu, adakah kita merujuk kepada pelan asal sesuatu sistem itu? Secara teorinya, sesuatu pelan itu dibuat pasti dikatakan terbaik oleh perekanya. Inilah yang saya perhatikan tentang pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam bukunya berjudul Doktor Umum, muka surat 396 yang menyebut perihal sesuatu sistem atau idea itu perlu mengambil masa yang lama untuk seseorang mengatakan sistem itu berjaya atau tidak. Tempoh yang dikatakan lama itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun.
Berbalik kepada GST dan merujuk kenyataan Tun Mahathir dalam bukunya itu, adakah sistem percukaian ini boleh dikatakan gagal hanya kerana mencetus kekecohan ditambah pula pelaksanaannya masih baharu?
Saya boleh mengakui penerangan GST kepada rakyat agak kurang berjaya. Malah, pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) sendiri pun ada yang gagal memberi kefahaman yang sewajarnya.
Hal ini saya katakan mengikut pengalaman mengikuti ceramah-ceramah berkaitan GST yang disampaikan.
Secara peribadi, saya cuba mencari kefahaman itu sendiri dan ternyata saya akur dengan GST. Maaf, saya juga mungkin tidak mampu memberikan kefahaman yang baik kepada pembaca atas kelemahan diri sendiri.
Apa yang boleh saya katakan adalah sistem percukaian baharu ini telah dikaji dan dibincangkan dalam tempoh yang lama sehingga ianya dikatakan sudah diperhalusi ketika zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri.
Hanya ketika zaman Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, sistem itu sudah sedia untuk dilaksanakan setelah bertahun-tahun melalui proses kajian.
Membantah GST tidak menjadikan harga barang akan turun. Kita sebagai rakyat perlu belajar dari ayat popular 'Turun Harga Minyak, Harga Barang Turun' oleh pemimpin politik yang ternyata palsu apabila harga barang tidak turun walaupun harga minyak turun berbanding sebelumnya.
Hal ini bermakna, anggapan bahawa harga barangan akan turun jika GST dibatalkan besar kemungkinan juga adalah palsu.
GST secara teori tidak menaikkan harga kebanyakan barang jika peniaga tidak menaikkan harga asal barangan tersebut. Buktinya banyak juga pasaraya dan kedai yang menyerap GST ke dalam kos mereka dan pelanggan membayar dengan amaun yang sama sebelum GST!
Teori juga menyebut cukai sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diganti dengan GST, bukannya ditambah. Sepatutnya harga kekal sama. Bukankah begitu?
Jika ada peniaga yang boleh menyerap GST ke dalam harga barangan mereka, tidakkah kita terfikir bahawa konflik harga barangan adalah disebabkan permainan peniaga dan bukannya disebabkan kerajaan?
Oleh sebab GST menjadi sensasi dan menimbulkan persepsi negatif, maka bolehlah peniaga tamak mengalihkan kesalahan menaikkan harga barangan itu kepada kerajaan dan rakyat pun marah dengan kerajaan.
Saya fikir, kerajaan tidaklah terlalu bodoh untuk sengaja mencari peluru bagi rakyat menjatuhkan mereka. Keputusan membatalkan GST akan menyebabkan kerugian kepada negara dan rakyat dari segi perolehan kewangan.
Tanpa kewangan yang kukuh, banyak program kerajaan tidak dapat dijayakan. Bagi saya, keputusan yang dibuat kerajaan ini adalah tepat cuma kurang popular. Perkataan cukai jarang disukai kerana itulah ramai yang mahu lari daripadanya.
Mengikut pengalaman negara-negara lain yang telah melaksanakan GST, rakyat dan kerajaan akan mengalami kejutan budaya serta ada kekecohan termasuk inflasi. Namun, ianya akan kembali stabil apabila sistem itu berjaya disesuaikan dalam tempoh tertentu bergantung kepada situasi negara berkenaan.
Inilah cabaran terbesar kerajaan untuk menyelesaikan kekecohan dan kemarahan yang terjadi. Malaysia ketika ini sedang dalam tempoh ‘kekecohan’ itu.
Contohnya institusi perkahwinan. Kahwin menggambarkan sesuatu yang indah, bahagia dan dituntut syarak. Namun selepas perkahwinan sesetengah pasangan mengalami masalah rumah tangga.
Jika sebuah perkahwinan itu gagal, adakah institusi perkahwinan yang dituntut syarak dan kehidupan itu sesuatu yang tidak bagus dan perlu dibatalkan? Fikir dan perbaikilah kerana asasnya ia bagus.

0 Komentar untuk " GST: Gagal faham, bukan bererti sistem gagal "