SUASANANYA tenang dan mendamaikan, tasik semulajadi Danau Toba yang terletak di Medan, Indonesia pasti menjadi antara lokasi pilihan bulan madu buat pasangan mempelai yang baharu menginjak ke alam perkahwinan.
Saban hari sibuk dengan hingar-bingar di kota, penulis bersama keluarga akhirnya ‘lari’ seketika berkunjung ke lokasi peranginan yang kaya dengan sejarah ini.
Ditemani keluarga tersayang, perjalanan empat jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan ke tasik Danau Toba hampir tidak terasa.
Mana tidaknya, riuh seluruh ahli keluarga penulis teruja bertanyakan itu dan ini mengenai sejarah tasik Danau Toba kepada pemandu pelancong kami, Pak Jamal.
Menurut Pak Jamal, tasik tersebut berkeluasan sehingga 30 kilometer dan berkedalaman lebih dari 500 meter.
Di tengah tasik tersebut, terdapat sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Samosir.
Penulis juga difahamkan bahawa keluasan pulau tersebut lebih besar dari negara jiran, Singapura.
Ternganga dengan penjelasan Pak Jamal, penulis juga diberitahu bahawa pergunungan tasik dan pulau tersebut juga didiami oleh masyarakat asli yang dikenali sebagai suku Batak.
Walaupun tersisih jauh dari arus kemodenan kota, suku ini masih mampu hidup berdikari dengan kekayaan sumber alam di sekeliling mereka.
Menyentuh sejarah di sebalik lokasi peranginan yang indah ini, penulis difahamkan Danau Toba merupakan salah satu gunung berapi purba yang paling aktif suatu ketika masa dahulu.
Menurut sejarah, gunung berapi yang pada masa itu dipanggil Gunung Toba dikatakan pernah meletus kira-kira dua juta tahun dahulu dan ia merupakan letusan gunung berapi purba yang terbesar pernah dilakarkan.
Letusan tersebut menyebarkan campuran gas panas, serpihan batu dan abu setebal enam meter ke seluruh dunia.
Di Danau Toba pula, abu gunung yang terhasil daripada letusan tersebut dikatakan setebal 600 meter pada masa itu.
Letusan yang kuat menyebabkan terhasilnya kaldera di tengah gunung.
Kaldera tersebut mula dipenuhi air dari semasa ke semasa hingga terbentuknya tasik yang kini dipanggil Tasik Danau Toba.
Di tengahnya pula, terdapat Pulau Samosir; pulau peranginan yang punya kelainan berbanding negara lain yang pernah dikunjungi penulis.
Sementara itu, untuk ke Pulau Samosir, penulis dikehendaki menyeberangi Tasik Danau Toba ini dengan menggunakan feri pengangkutan terlebih dahulu.
Dengan memakan belanja Rp 90,000 rupiah (RM 26.01) dan perjalanan feri yang mengambil masa sehingga 45 minit, seluruh ‘trip’ ini dirasakan berbaloi.
Sampai sahaja di jeti Pulau Samosir, penulis dan keluarga dibawa bersiar di sekeliling pulau.
Tidak seperti kebanyakan pulau di Malaysia yang sedikit ‘hangat’, di sini, udaranya dingin, sejuk dan lembab. Seolah-olah berada di Cameron Highlands pula!
Kalau nak tahu apa yang ada di Pulau Samosir, penulis nasihatkan pembaca supaya berkunjung ke sini dan rasai sendiri keistimewaan yang terdapat di sini.
Bagi pasangan mempelai yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga, Danau Toba dan Pulau Samosir merupakan antara lokasi peranginan luar negara yang boleh dikunjungi untuk trip bulan madu anda!

0 Komentar untuk " Danau Toba pusat peranginan bulan madu "