MENJADI penjual daging dan pemandu lori adalah momen indah yang tidak mungkin dilupakan Pengarah Urusan Food Artists, Sabrie Salleh yang kini menjadi usahawan berjaya bidang pemakanan dan menerajui burger bakar di negara ini.
Sebut sahaja Burger Bakar Abang Burn, pastinya kita akan mengingati fenomena orang beratur untuk membeli burger kerana popularitinya.
Sabrie berkata, melibatkan diri dalam bidang penghasilan daging burger bukanlah cita- citanya tetapi ia secara kebetulan apabila terlibat dalam perniagaan daging sejak lima tahun lalu.
Jual daging dari kedai ke kedai
Mengimbas kembali detik mula terlibat dalam perniagaan daging, Sabrie berkata, beliau terlibat secara langsung dalam perniagaan daging di Saujana Impian, Kajang, Selangor.
“Ketika itu, umur saya baru mencecah 24 tahun dan segala-galanya bermula apabila saya memasuki kedai steak di Saujana Impian, Kajang dan melihat daging yang dijual mahal. Saya melihat perniagaan tersebut mempunyai pasaran yang tersendiri,” katanya.
Tambahnya, kedai tersebut memerlukan seseorang yang tahu menguruskan perniagaannya tetapi tidak ada model perniagaan dan pembekal yang terbaik.
“Saya memohon kepadanya untuk menguruskan kedai tersebut dan menjadi rakan perkongsian dalam perniagaan itu. Alhamdulillah, saya berjaya dan selepas beberapa bulan menguruskannya, saya mempelajari sesuatu.
“Dalam perniagaan runcit, lokasi sangat penting. Lokasi kedai tersebut terlalu jauh daripada orang ramai menyebabkan ia tidak mendapat sambutan,” katanya.
Ceburi Burger Bakar Abang Burn
Sabrie berkata, melihat kepada trend burger bakar, beliau mengorak langkah menceburi perniagaan burger bakar di Dagang Avenue Food Court, Ampang.
“Perniagaan ini dijalankan bersama rakan kongsi, Khairul Anwar Azhari. Kami tidak mempunyai modal yang mencukupi dan terpaksa menggunakan duit simpanan untuk perkahwinan kami.
“Duit tersebut digunakan untuk menggaji pekerja dan membeli bahan mentah menyediakan burger bakar. Alhamdulillah, sambutan yang diterima di luar jangkaan kami dan kami berjaya menyelesaikan hutang lama dalam masa dua bulan,” katanya.
Menurutnya, jualan burger bakar naik secara drastik dan dalam masa setahun beliau memperoleh RM900,000 tahun pertama, RM7 juta tahun kedua dan RM10 juta bagi tahun ketiga.
Sabrie berkata, pengalaman berniaga daging dan membuka restoran dijadikan ilmu yang bermanfaat kepadanya untuk meneruskan perniagaan Burger Bakar Abang Burn yang kini mempunyai 15 cawangan yang terlibat dalam francais.
Jangan berputus asa
Sabrie berkata, beliau masih ingat hari pertama menjual burger bakar, hanya lima sahaja yang berjaya dijual dan pada hari kedua sebanyak 10 burger bakar berjaya dijual.
“Tidak sampai sebulan, ia semakin bertambah dari hari ke hari. Terkini, Burger Bakar Abang Burn di Ampang berjaya dijual sebanyak 200 burger dan beberapa lagi pilihan menu lain,” katanya.
Tambahnya, sekarang Burger Bakar Abang Burn mempunyai 15 gerai antaranya di Taman Melati, Ampang, Pemaisuri; Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang dan Kajang; Selangor, Melaka, Nilai dan Seremban; Negeri Sembilan dan Johor Bahru, Pasir Gudang; Johor dan Kemaman, Terengganu.
Sabrie berkata, prinsip hidupnya ialah jangan mudah berputus asa dan berjuang hingga ke akhir.
“Kita tidak gagal selagi belum berhenti bernafas. Alhamdulillah, setiap apa yang dilakukan mendapat sokongan isteri, Nadiah Abdul Hamid,” katanya.

0 Komentar untuk " Manfaat ilmu berniaga daging "