MINGGU lalu saya dijemput Gabungan NGO Prihatin dalam bercakap pada program Bicara Negarawan bersama Tun Mahathir (Tun M). Jemputan dibuat kerana pihak penganjur mahu orang akademik bercakap kerana mereka sudah muak dengan orang politik. Atas dasar sangka baik, saya menerima jemputan tersebut. Saya diberi peluang untuk bercakap selama 15 minit sebelum Tun M bercakap.
Saya tidak berpihak mana-mana. Inti pati ucapan saya adalah krisis yang berlaku antara Tun M dan PM tidak menguntungkan umat Islam. Sudah tentu ultra kiasu yang untung besar dan mengambil kesempatan. Bincanglah apa yang benar, apa yang salah, bukannya siapa benar, siapa salah. Tidak semestinya saya terikat dengan pandangan Tun, terutama dalam isu hudud. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju, meskipun saya diberitahu supaya bercakap senada dengan Tun.
Tiba-tiba portal ultra kiasu melaporkan saya terlibat menganjurkan program tersebut dan setuju dengan Tun M agar PM meletak jawatan. Bila pula saya berkata demikian. Ini adalah pembohongan. Hati-hati.
Negara ini mesti diselamatkan daripada jatuh ke tangan ultra kiasu dalam krisis Tun-PM. Umat Islam mesti bersatu atas nama kebenaran, tidak kira Umno atau Pas. Kita sudah tidak ada banyak masa. Perbalahan yang tidak menguntungkan mesti dihentikan sebelum terlambat.
Ketika pertikaian antara dua sahabat mulia Nabi, Saidina Ali dan Muawiyah dalam Perang Sifin, umat Islam berpecah dan hati berbelah bahagi. Hati bersama Ali, pedang bersama Muawiyah. Mana satu nak dipilih? Inilah dilema yang dihadapi oleh umat Islam masa kini.
Ali dan Muawiyah, kedua-duanya dijamin syurga. Tidak berani saya untuk jatuhkan hukuman siapa benar, siapa salah. Iktibarnya daripada peristiwa ini adalah, kepentingan umat Islam mesti diutamakan daripada individu. Masa hadapan lebih penting dari masa kini.
Pemimpin datang dan pergi. Tetapi kerajaan, negara dan rakyatnya tetap kekal, sehingga kiamat. Apa pun juga tindakan kita, pastikan tidak merugikan generasi akan datang. Cadangan saya adalah, PM dan seluruh pemimpin tertinggi Umno, serta mereka yang ikhlas, duduklah semeja dan berbincang, apakah jalan terbaik untuk menyelamatkan negara ini.
Berkorbanlah untuk agama, bangsa dan negara. Jika benar kita salah, mengakulah. Jika tidak, teruskanlah. Jangan terus menerus menegakkan benang yang basah. Rakyat sudah muak dengan permainan ini.
Saya tidak boleh bayangkan jika kepemimpinan negara ini jatuh ke tangan ultra kiasu. Paling kurang pun mereka akan minta jawatan timbalan PM. Mereka akan desak sekolah perkauman, rumah ibadat ditambah. Sijil UEC diiktiraf. Tanah-tanah yang diduduki secara haram, diberikan pajakan 999 tahun. Begitu juga dengan ladang khinzir, kilang arak, judi, kelab malam akan bertambah.
Bukanlah kita hendak menidakkan hak golongan minoriti. Tetapi apa yang ada pada hari ini sudah lebih dari mencukupi.
Saya tidak kata, apa yang Umno BN lakukan sehingga kini semuanya betul. Masih banyak yang perlu diperbaiki, terutama dalam aspek integriti. Cuma saya tidak dapat menerima, apabila kita terusan berpecah.
Sekiranya rally bersama Tun diteruskan, umat Islam akan terus bersepai. Sebelum ini, Tun selalu mengingatkan kita, umat Islam akan menjadi semakin lemah jika terus berpecah. Hari ini bukan sahaja sudah berpecah, tetapi retak menanti belah.
Memahami budaya politik Melayu, pengikut masing-masing mudah menjadi fanatik. Lebih malang lagi apabila tidak dapat membezakan mana benar, mana salah. Menyorak dan mengutuk sehingga tidak sedar diri.
Saya tidak nafikan selama 22 tahun Tun menjadi PM, banyak perubahan dan pembangunan yang kita nikmati. Saya setuju dengan kenyataan Tun, kita nampak wang yang ‘hilang’ itu. Namun, lagak Tun menyerang lagak PM, agak menakutkan saya.
Pada satu ketika Tun pernah berkata, tidak akan menyebelahi atau bersama pembangkang meskipun menentang pemimpin Umno BN. Hari ini ceramah Tun rata-rata dipenuhi pembangkang dan bekas pemimpin Umno yang menyertai pembangkang.
Sehingga ada bekas menteri yang menunggu seawal 7 pagi, sebelum Tun sampai pada jam 10 pagi. Bekas menteri tersebut turut menyarankan agar tidak menjemput saya lagi dalam rally akan datang. Pinggan tak retak nasi tak dingin.
Akhirnya, krisis ini langsung tidak menguntungkan umat Islam. Berubahlah sebelum rebah seperti yang PM kata. Jika ada yang dikatakan Tun itu betul, maka perbetulkanlah dengan segera, sebelum parah. Jika ada yang dibangkitkan itu serkap jarang, maka perjelaskanlah.
Dilema antara hati bersama Ali dan senjata bersama Muawiyah mesti diselesaikan. Jangan sampai terperangkap, jika tidak, pasti kita akan menyesal kemudian hari.
* Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA

0 Komentar untuk " Hati Ali, pedang Muawiyah "