Jumlah perolehan syarikat meningkat - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Jumlah perolehan syarikat meningkat

PENGENDALI pusiat cucian AquaNano, Myhomme Group Resources (M) Sdn Bhd (Myhomme Group) melihat pelaksanaan GST memberi impak positif.

Naib Presiden Strategi Korporatnya, Amran Shah Idris berkata, AquaNano menyediakan servis dobi biasa dan layan diri di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, jumlah perolehan syarikatnya dan francaisi lain meningkat berbanding sebelum GST.

“Perolehan dobi layan diri AquaNano meningkat kepada lima hingga 10 peratus. Bagaimanapun dobi biasa belum diperolehi lagi kerana perlu melihat kepada tiga bulan selepas GST,” katanya.

Amrah Shah berkata, sebagai menghargai pelanggan, 20 cawangan dobi layan diri miliknya tidak mengenakan GST atau kenaikan harga.

“AquaNano masih mengekalkan harga sama iaitu RM6 bagi setiap cucian manakala dobi normal pula RM2.50 sekilogram.

“Kami menyerap kos GST supaya pelanggan mendapat keselesaan menggunakan servis kami,” katanya.

Katanya, AquaNano juga tidak terlepas membayar GST kerana membeli mesin yang diimport dan membiayai harga sabun yang digunakan serta menanggung kos 'over head' yang tinggi.

“AquaNano perlu membayar kos enam peratus setiap kali membeli barang baharu dan membuka cawangan baharu,” katanya.

AquaNano akan menambah 20 cawangan layan diri menjelang akhir tahun ini.

Pelanggan beri reaksi positif

Pemilik bengkel kereta di Kelana Jaya, Ah Tan berkata, dia mengenakan GST kepada pelanggannya.

“Saya mengenakan GST kerana ia wajib kepada peniaga yang mempunyai pendapatan berjumlah RM500,000 setahun.

“Saya memang tidak mahu kenakan GST kerana kebanyakan pelanggan adalah tetap yang dikenali lebih 20 tahun lalu. Saya terpaksa juga kerana kebanyakan barang yang dibeli sama ada baru atau lama ada GST,” katanya.

Katanya, pada peringkat permulaan, dia tidak pandai menggunakan sistem GST kerana selama ini hanya merekodkan jumlah pendapatan melalui buku sahaja.

“Saya hampir menutup bisnes kerana saya tidak pandai menggunakan sistem ini tetapi anak banyak membantu untuk memudahkan semua urusan.

“Pelanggan juga memberikan reaksi positif apabila saya mengenakan GST pada setiap resit mereka,” katanya.

Harga tetap sama

Bagi pemilik kedai gunting rambut, Kamal Hasan, harga yang dikenakan adalah sama sebelum dan selepas GST dilaksanakan iaitu RM10 hingga RM35 sahaja.

“Jumlah pelanggan yang datang tetap sama selepas GST. Kebanyakan mereka terkejut apabila saya menjelaskan perlu membayar harga sama.

“Saya tidak mahu menaikkan harga servis walaupun membeli barang seperti gunting, sikat syampu dan sebagainya dengan harga mahal sedikit berbanding sebelum ini,” katanya.

Kamal berkata, ia tidak menjadi masalah kerana barang keperluan yang dibelinya digunakan dalam tempoh masa lama.

“Jika peniaga gunting rambut lain menaikkan harga, itu hak mereka.

"Pada saya, harga tetap sama kerana saya tidak mahu membebankan pelanggan yang berdepan dengan kos sara hidup tinggi,” katanya.

0 Komentar untuk " Jumlah perolehan syarikat meningkat "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ