LEMBARAN sejarah mencatatkan betapa umat Islam diuji dengan pelbagai jenis fitnah, krisis dan kekeliruan pemikiran yang dahsyat. Agama Islam yang suci dicemari dengan unsur kesesatan, khurafat dan bidaah. Kemurnian al-Quran dinodai dengan penyelewengan dan pengeliruan.
As-Sunnah pula terpaksa berhadapan dengan jenayah pemalsuan dan kejahatan mereka yang mengingkarinya. Ini adalah gambaran kepada fitnah dan bencana yang buruk terhadap agama Islam.
Namun, agama ini tetap dipelihara ALLAH SWT, kerana itulah janji-Nya. Andaikan tidak, maka cukup sekadar satu sahaja fitnah dan bencana yang melanda, ia cukup membuatkan agama Islam menjadi porak-peranda. Dasarnya dicela. Panduannya dinodai. Malah, mungkin sampai tahap dilenyapkan begitu sahaja, tanpa ada bekas tersisa.
Tetapi, syukur pada Yang Maha Berkuasa kerana ini semua tidak menjadi nyata. Agama Islam sentiasa terpelihara. Tidak akan ada sedikit ruang pun bagi musuh agama bermaharajalela dengan menabur fitnah dan kata nista, memutar belit fakta dan angka, menokok tambah sesuatu yang tidak ada; kecuali akan bangkit dan muncul mereka yang berjuang dan membela. Jika tidak, sudah pasti jalan agama yang suci ini berlumuran dengan najis kesesatan dan penyelewengan sebagaimana berlaku kepada agama Yahudi dan Nasrani.
Kita menyaksikan amanah menyebarkan risalah agung ini disempurnakan junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW. Selepas kewafatan Baginda SAW, amanah itu dipikul generasi sahabat yang adil. Mereka menunaikannya dengan penuh amanah. Tidak dikurangkan atau ditambah, kecuali semuanya bertepatan dengan sunnah.
Kemudian, tugas ini terus disambung generasi tabiin dan generasi selepas mereka. Ketika ini, daerah Islam mula bercambah. Jumlah Muslimin semakin bertambah. Ajaran Islam merentasi sempadan bangsa dan negara hatta kepada Rom dan Parsi, dua kuasa besar dunia. Kesannya, Islam bercampur-baur dengan anasir luar yang bukan daripada ajaran Islam. Perkara ini berlaku sama ada dengan sengaja atau pun kebetulan saja.
Lantas bangkit ulama pejuang agama. Kesucian al-Quran dan as-Sunnah terus dibela dan dipelihara, walaupun kadang-kadang ada sesetengah daripada mereka yang terpaksa menghadapi tentangan, tohmahan musuh durjana dan kezaliman sang penguasa. Namun, berkat juang ulama yang ikhlas, ajaran Islam tetap kekal suci dan murni. Terus tersebar ke serata pelosok dunia dan negeri.
Panji perjuangan ulama yang ikhlas dahulu terus diwarisi oleh generasi kini. Lihatlah, masih ada segolongan manusia yang dibangkitkan untuk terus menjadi benteng kepada agama yang suci. Inilah janji Ilahi dan sabda Nabi SAW.
Oleh itu, tidak akan ada ruang walau pun seinci dalam agama untuk sebarang bentuk penyelewengan, pengubahan, tokok tambah dan pecah belah. Jika ada, pasti ada juga yang akan bangun menjelaskan kembali ajaran al-Quran dan sunnah yang asli.
Hakikatnya, dalam keadaan dunia semakin berubah, zaman bertambah mewah, serangan terhadap Islam juga semakin bertambah. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi bagi memastikan keaslian Islam tetap terjaga rapi. Ada tentangan daripada musuh Islam yang ternyata penuh dengan hasad dengki dan iri hati. Mereka ingin melihat Islam ini terus terkubur sepi.
Ada juga kekeliruan dan perpecahan yang berpunca daripada orang Islam sendiri. Mereka bercakap perihal Islam dengan nada ingin membela, tetapi sebenarnya merekalah yang menghancurkannya. Mereka berbicara dengan hujah untuk berdakwah, tetapi sebenarnya merekalah yang menyebarkan dakyah. Mereka berdiskusi dengan alasan untuk memartabatkan al-Quran dan sunnah, sebenarnya pemikiran mereka yang telah punah ranah. Satu persatu pakaian asal Islam dikoyak rabak, ingin diganti dengan pemikiran mereka yang rosak.
Bagi menghadapi penyakit fitnah yang semakin bernanah ini, umat Islam mestilah berusaha untuk melahirkan kader pejuang agama seperti generasi agung dahulu; golongan salaf al-soleh yang disifatkan sebagai generasi al-Quran yang unik. Satu generasi yang berpaksikan kepada manhaj (methodology) yang menjamin keutuhan, kemenangan dan keunggulan. Benarlah kata Imam Malik: "Tidak akan baik urusan umat ini, melainkan dengan apa yang telah menjadikan baik generasi pertama daripada umat
ini."
Tiada cara lain yang lebih meyakinkan bagi memastikan umat ini terus mulia dan agama terus terpelihara, melainkan kita perlu kembali kepada asal. Kembali memahami dan menghayati kehidupan beragama dari segi akidah, syariat, akhlak dan manhajnya seperti yang dikehendaki ALLAH dan rasul-Nya. Generasi awal dahulu sudah pun membuktikannya. Mengapa kita masih lagi tertanya-tanya?
Dalam buku Kaifa Dakhala al-Arab al-Tarikh, Maulana Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi menggambar sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab hidup dalam keadaan terpencil daripada pentas sejarah. Walaupun mereka memiliki sifat dan akhlak yang baik. Berani dan berkemahiran bermain senjata serta menunggang kuda. Mempunyai bahasa yang indah dan tinggi nilainya. Namun, semua itu tidak mampu membawa Arab berada di persada sejarah yang gemilang.
Tetapi, Arab berjaya berdiri di atas pentas sejarah apabila mereka menjadi pendukung kepada risalah dan hidayah. Maulana al-Nadwi menyatakan: "Hendaklah orang Arab ketahui mereka tidak memasuki (pentas) sejarah kecuali dengan jalan risalah Islam dan dakwah Islamiyyah.
ALLAH tidak menumbuhkan kecintaan (orang lain) kepada mereka dalam jiwa dan hati, tidak tersebar bahasa mereka dengan sebegini luas, ia tidak kekal dan abadi, tidak ditulis dengannya ilmu yang banyak, tidak terbentuk dengannya perpustakaan yang begitu besar yang mana ulama bukan Arab mendapat habuannya lebih dari orang Arab sendiri, kecuali dengan sebab kelebihan al-Quran dan syariat Islam. Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan mereka yang awal dan tidak akan memasuki (pentas) sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya."
Khazanah emas sejarah kegemilangan Islam perlu dibongkar dan digembar-gemburkan kepada generasi sekarang. Anak muda perlu diikat dengan tali kemuliaan Islam. Biar terserlah kebanggaan mereka menjadi pemuda Islam. Cukup dan berpada-padalah anak muda kita disajikan dengan hiburan. Hiburan semata-mata tidak akan menjadikan umat ini kembali hebat. Sekali pun hiburan yang dihidangkan tampil dengan wajah agama. Hiburan tetap hiburan.
Teras kekuatan umat ialah ilmu, bukannya hiburan dan lawak jenaka. Sekiranya kita ingin menyaksikan masa depan negara dan umat lebih baik daripada apa yang dialami sekarang, sediakan generasi yang berilmu. Ilmu yang sahih dipagari pula dengan nilai ketakwaan dan kecantikan akhlak warisan sunnah Rasulullah SAW, pasti masa depan akan berubah. Ketika itu, jika berlawak jenaka pun, penuh terselit hikmah daripada panduan al-Quran dan sunnah.
Jawapannya ada. Perhatikan apa yang diungkapkan Umar bin al-Khattab ketika beliau ditegur pimpinan tentera kerana berpakaian serba sederhana, khuatir penampilan tersebut menjejaskan personalitinya di hadapan tentera. Umar berkata: "Kita dahulunya adalah kaum yang hina, ALLAH memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang ALLAH muliakan kita dengannya kita akan dihina ALLAH." (Disahihkan al-Hakim dan disokong al-Zahabi. Lihat: Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut)
Generasi apa yang kita mahu bina? Generasi yang bagaimana kita ingin harapkan bagi terus menjadi pejuang pembela agama dan mengangkat martabat umat ke persada dunia? Adakah generasi yang hanya pandai berlawak jenaka dan bersembang perkara yang remeh temeh sahaja? Atau generasi yang rendah nilai diri dan akhlak mereka? Atau kita ingin melihat generasi yang berjiwa besar, jelas matlamat, sedar peranannya sebagai seorang hamba dan khalifah, menjadi pejuang agama dan pembela umat yang bermaruah.
ABD RAZAK MUTHALIB
(Penulis adalah bekas pensyarah Fakulti Sains Sosial, Kolej Islam Antarabangsa. Berkelulusan sarjana dan ijazah sarjana dalam bidang Ilmu Wahyu, UIA)

0 Komentar untuk " Generasi ulama atau pelawak? "