ISLAM hadir dengan penuh penghormatan dan kasih sayang kepada wanita. Tatkala Arab jahiliah menganggap anak perempuan sebagai nasib buruk kepada keluarga, Islam mengangkat darjat wanita dengan memberi hak sama rata dan peranan tersendiri tidak hanya dalam institusi kekeluargaan tetapi juga dari segi sumbangan kepada masyarakat.
"Dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan berharga, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." (Riwayat Muslim, sahih)
Berlandaskan kesedaran mengenai pentingnya melahirkan lebih ramai wanita berilmu dan solehah, Mercy Mission, sebuah organisasi NGO Islam antarabangsa berteraskan ilmu dan amal, terus aktif menggiatkan lagi usaha mendidik dan memperkasa wanita dengan ilmu pengetahuan Islam untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Dianjurkan selama empat tahun berturut-turut Konferens Antarabangsa Being ME, bertemakan Love, Aisha bakal berlangsung pada tarikh 13 Jun 2015, bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.
Love, Aisha adalah simbol dedikasi dan peninggalan penuh kasih sayang daripada isteri tercinta junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ‘Aisyah RA kepada umat Baginda SAW terutamanya wanita.
Pemilihan Aisyah sebagai role model juga adalah sejajar dengan sumbangan besarnya kepada bidang ilmu hadis dan keperibadian mulianya yang seiring dengan ciri Muslimah yang disyariatkan dalam Islam. Beliau juga adalah antara wanita terulung dan contoh rujukan yang sebenar dalam sejarah Islam.
Sejajar dengan kata-kata 'hanya wanita memahami wanita', tema tahun ini menekankan peri pentingnya mempelajari dan memahami fitrah wanita melalui sunnah kehidupan wanita yang sering didampingi dan dididik Rasulullah SAW.
Persidangan eksklusif hanya untuk wanita, Being ME adalah sebuah konferens yang memiliki keunikannya tersendiri. Pemilihan topik pembentangan terperinci khusus untuk menjawab isu dan permasalahan wanita masa kini yang berdepan begitu banyak cabaran dunia moden. Topik relevan yang diperbincangkan seiring dengan pengajaran dan iktibar daripada kisah kehidupan Ummul Mukminin, ‘Aisyah.
Sementara itu, terdapat juga ruang istimewa yang disediakan khusus bagi menyediakan variasi aktiviti buat peserta.
Buat ibu yang hadir bersama si kecil, terdapat ruang selesa Mothers Room dengan skrin siaran langsung dari Dewan Utama. Ruang kanak-kanak Play and Pray menyediakan program pembelajaran Islamik yang menyeronokkan buat anak-anak berusia tujuh hingga 11 tahun.
Terdapat juga ruang Sisters Corner yang menyediakan perkhidmatan kecantikan wanita seperti henna, dandanan rambut dan sebagainya. Lain program yang menarik di Being ME tahun ini termasuklah Muslimah Attire Show, Workshops, Health Zone dan juga persembahan khas yang menghiburkan dan bermesej.
Di samping itu juga, Being ME – Love, Aisha menampilkan tokoh ilmuwan terkemuka yang mahir dalam bidang ilmu masing-masing dari dalam dan luar negara. Antaranya adalah Sheikhah Wafaa Mohd. Hussain Yee, Sis Zohra Sarwari, Prof Dr Muhaya Mohamad, Sheikh Daood Butt, Umm Imtiaz, Sheikh Dr Tawfique Chowdhury, Sheikh Alaa Elsayed dan ramai lagi.
Butiran lanjut mengenai Konferens Being ME 2015 – Love, Aisha boleh didapati di laman web www.being-me.org/malaysia. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diemailkan kepada malaysia@being-me.org atau hubungi 03-61515953.

0 Komentar untuk " Fitrah wanita dari kaca mata isteri Rasulullah "