BENARLAH kata orang, jika kehendak melampaui keperluan, ia akan membinasakan. Itu yang terjadi kepada Sandra (bukan nama sebenar), apabila terjerat dengan hutang yang di'cari'nya sendiri.
Sandra mengakui perkara itu berpunca daripada sikapnya yang mengikut perasaan dan mahu menunjuk-nunjuk kepada keluarga kehidupannya mewah.
Sandra membelanjakan wang untuk apa jua yang diinginkan; pakaian, kasut, barang kemas, makanan yang mahal serta mengamalkan cara hidup mewah seolah-olah pendapatannya sebulan sangat lumayan.
Ibu tunggal kepada seorang anak ini berkata, keruntuhan rumah tangga disebabkan sikapnya yang tidak boleh ditegur apabila sering bertengkar dengan bekas suaminya.
Setelah bercerai, Sandra berhenti kerja sebagai pembantu peribadi kepada seorang pengarah urusan syarikat multinasional terkemuka dan memilih untuk melibatkan diri sepenuh masa dalam pemasaran multi level dan beranggapan akan memperoleh keuntungan lebih besar.
Dalam masa sama, dia masih berbelanja secara berlebih-lebihan tanpa mengawal penggunaan wangnya.
Dalam diam, sudah 10 tahun Sandra menanggung hutang lima kad kreditnya dan kini jumlahnya melebihi RM70,000.
Menyedari hakikat dirinya terperangkap dalam krisis kewangan, Sandra cuba untuk mengambil jalan pintas. Kerana tidak mahu dibelenggu masalah kewangan yang teruk, dia cuba membunuh diri tetapi gagal dan akhirnya menerima rawatan di hospital.
Sandra tidak pernah mengetahui tentang AKPK sehingga diberitahu adik perempuannya kerana pada masa itu dia menemui jalan buntu.
Dengan bantuan program pengurusan kewangan dari AKPK, Sandra mula membuat bayaran ansuran bulanan kad kreditnya serta turut belajar untuk mengawal perbelanjaan dan mula menyimpan untuk kegunaan masa hadapan.
Sandra mengakui amat sukar untuk dia membina semula keyakinan untuk meneruskan hidup. Dia juga turut menasihatkan mereka yang menghadapi masalah hutang yang agak membimbangkan agar mendapatkan bantuan daripada AKPK dengan segera.
Kini, Sandra hanya membelanjakan wang mengikut kemampuan dan keperluan sahaja.
Dia tidak lagi membeli barang-barang yang tidak diperlukan.
Sandra juga kini bekerja dalam bidang jualan dan pemasaran dan cuba untuk menyimpan wang untuk kegunaan di waktu kecemasan.
Walaupun tidak banyak, sekurang-kurangnya dia mempunyai wang simpanan. Dia turut melabur sebahagian daripada wang itu ke dalam unit amanah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dia percaya pengurusan kewangan yang bijak akan menjamin masa hadapan yang cerah dan keluarga yang bahagia.
“Ukurlah baju di badan sendiri. Amalkan pengurusan kewangan berhemat sebagai budaya hidup anda”

0 Komentar untuk " Akibat suka menunjuk-nunjuk "