UMNO ditubuhkan untuk memartabatkan bangsa Melayu, agama Islam, bahasa, adat istiadat resam dan kebudayaan Melayu dan memperjuangkan kemerdekaan serta kesejahteraan rakyat.
Pas pula, lima tahun kemudian; direstui pemimpin bangsa waktu itu untuk menjuarai Islam menunjukkan menghayati agama suci itu (bukan political Islam) tidak bermakna bangsa Melayu menolak kehidupan moden.
Hampir tujuh dekad kemudian, peranan kedua-dua parti politik terbesar Melayu ini tidak bertukar dan tidak harus berubah. Hanya pendekatan sahaja harus disesuaikan dengan tuntutan zaman.
Apa pun Umno/kerajaan lakukan dan akan buat, seperti kata Tun Razak dan Lee Kuan Yew berkali-kali dalam perbincangan mereka dengan saya (berasingan): “Umno cannot ever hope to outflank Pas concerning Islam” yakni suka-duka, Umno tidak bisa dilihat lebih Islamik daripada Pas! Justeru Umno mesti menerima hakikat ini.
Inilah cara majoriti orang melihat politik Melayu Islam dulu, sekarang dan masa kemuka. Umno dilihat lebih terbuka dan Pas agak terhad, agak tegas (rigid) kalaupun tidak sempit pendekatannya.
Ini bukan kelihatan tetapi kenyataan; ada kemungkinan perubahan besar akan berlaku masa depan - lebih Islamik sungguhpun definisi Islamik belum dirumus dan diterima majoriti lagi. Umno lebih menarik dengan identitinya tersendiri maka jangan cuba meniru walaupun pada style pun!
Ketegasan Presiden Pas, Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang, partinya lebih rela tewas dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya umum daripada menukarkan Islam is for all, sekali gus tidak ada tawar-menawar berkenaan hudud adalah, pada saya, satu kenyataan berani dan tidak mempunyai lebih daripada satu makna saja.
Bak kata mat salih, not ambiguous. Orang Umno dan sekutunya harus berfikir panjang sebelum menyelar, kritik atau memuji Hadi. Orang Pas wajar menjunjung kasih kepada presiden mereka atas komitmen partinya kepada hudud, syariat ALLAH SWT itu.
Tersirat, pada saya, jika ahli Pas benar-benar jujur mahu hudud, mereka tiada pilihan melainkan mesti menolak puak liberalisme dan pluralisme, iaitu kumpulan bermimpi bersama DAP dan PKR mendiami Seri Perdana, Seri Satria dan mahligai-mahligai lain di Putrajaya.
Keinginan Pas mahu tinggal di mahligai-mahligai di Putrajaya lebih cerah bersendirian atau bekerjasama dengan parti lain.
Pada pendapat ramai - tanpa Pas di Putrajaya pun - kehidupan harian di negara pelbagai bangsa ini sudah dilihat dan dirasai makin Islamik - kalau tidak pada batin sekurang-kurangnya lahiriah!
Juga serentak semakin meningkat insiden jenayah, korupsi, ketidakcekapan birokrasi, pembaziran dan ketirisan, menjunamnya kualiti integriti, taraf hidup, pendidikan, alam sekitar, sukan dan rekreasi serta kebahagiaan rakyat jelata.
Puak elit seperti di Timur Tengah siapa pun dan apa pun sistem pemerintahan, mereka tetap hidup luar biasa; mewah, melimpah ruah dan selamat dalam kawasan berpagar dan berkawal ketat. Yang susah terus payah, terus melarat.
Penyakit, kekayaan dan kemiskinan tidak kenal warna kulit, agama, bahasa dan ideologi politik maka semua kumpulan dan faksi wujud dalam semua parti politik. Saya telah lihat semua.
Bezanya, tegas Speaking: “the degree and the level of their decadence. Our civilisation is becoming more decadent and our language and religion... must share in its general collapse.”
Iaitu tamadun kita juga akhlak dan akidah ummah Melayu makin rendah... maka kerosakan kolateral juga ditanggung oleh semua termasuk bahasa dan kesusasteraan kita.
Rompin, Permatang Pauh
Keputusan Pilihan Raya Kecil Rompin dan Permatang Pauh boleh diduga kecuali kejutan besar berlaku. Saya tidak nampak, terutama di Rompin hatta di Permatang Pauh pun sesuatu mendadak akan berlaku.
Di Rompin, Umno sukar dikalahkan. Jika majoriti kemenangan Umno kurang, Umno harus risau. Di Permatang Pauh, jika kena strategi dan taktik pintar, berkesan dan pragmatik wujud, tidak mustahil sesuatu tidak disangka-sangka berlaku.
Kalau majoriti kemenangan PKR kurang dari PRU13 itu satu petanda baik untuk Umno kerana ia menunjuk tahap sokongan pengundi kepada PKR dan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menurun dan mungkin akan menurun lagi dalam PRU14.
Kenapa Melayu Islam terus berpecah-belah?
Kenapa Kesatuan Eropah lemah? Sebabnya Kesatuan Eropah sebuah entiti politik yang tidak natural. Justeru menjadikan Asean seperti Kesatuan Eropah, walaupun satu usaha murni, akan mengambil masa yang lama.
Sama-sama kita lihat satu tanda yang senang saja ke arah satu komuniti sama ada Indonesia, Thailand antaranya bersetuju mewujudkan “waktu Asean” yakni waktu sama seperti kita, Singapura, Filipina dan Brunei.
Hatta China pun mempunyai waktu yang sama dengan kita dan juga Australia Barat. Zaman sebelum merdeka Melayu Islam amat lemah tetapi boleh dikira bersatu-padu kerana keinginan besar mahu kemerdekaan.
Selepas merdeka, baru saja kita kelihatan kuat sedikit, Melayu Islam mulai berpecah-belah dan mengada-ngada! Keputusan PRU pertama (1959) adalah buktinya dan perpecahan antara kita berlarutan serta paling buruk kini.
Sebenarnya orang Melayu Islam pantang berasa kuat sedikit! Mulalah bergolak, riak dan action! Seorang pemuda Melayu Islam bertugas di sebuah syarikat gergasi multinasional berpendapat, kebebasan keterlaluan yang diberi oleh demokrasi berparlimen dan diamalkan dengan bangga oleh Kerajaan kita telah merosakkan kesatuan dan solidariti Melayu Islam.
Saya terkejut kerana pemuda ini dulu seorang liberal demokrat setelah menetap di Barat selama lebih 20 tahun. Kini dia peminat, setelah beberapa tahun berkhidmat di sini dan di Singapura, demokrasi terpimpin.
Dia yakin, amat yakin; hanya demokrasi terpimpin sahaja akan menyelamatkan Melayu Islam di negaranya sendiri dari terus dilamun dan hanyut oleh impian mereka.
Orang kita, tegasnya, cepat dan mudah terpengaruh, percaya dan dikelentong oleh sesuatu yang palsu seperti skim cepat kaya, skim naik haji dan umrah murah, gelaran palsu (akademik, pangkat, bintang dan pingat).
Seorang peguam kelulusan England tidak lama dulu telah menjadi ejen kepada pasaran ijazah PhD palsu dari Amerika, telah menawar saya ijazah kehormat, tetapi saya menolak kerana saya sedar, walaupun universiti itu wujud ia tidak diiktiraf dan tidak terkenal langsung di Amerika Syarikat.
Ia hanya untuk pemasaran PhD tidak beriktiraf, satu industri bernilai bilion ringgit Malaysia tiap-tiap tahun. Dia terus mendampingi saya, lama-kelamaan meminta saya rekomen kepadanya calon yang mahu gelaran Doktor Falsafah dengan bayaran RM10,000 seorang!!
Saya menolak kerana saya tidak mahu jadi ejen untuk memperdayakan masyarakat kita walaupun saya ditawar 10% dari jumlah kutipan. Maka ramailah terdapat di negara kita, Melayu, Cina dan India yang syok sendiri. Jika tidak dibendung keadaan lebih buruk akan berlaku.
Sungguh sedih mengenangkan nasib Melayu Islam masa depan. Kerana mereka rasa mereka kuat, bukan satu realiti hanya impian, mereka mulai mengundi, bertindak mengikut selera hati/politik bukan lagi mendahulukan kepentingan bangsa, agama dan watan; tidak lagi berbicara dalam satu bahasa atau seperti terang Speaking: “they no longer think as a community or speak as one.”
Itulah seringkas boleh kenapa kita tidak sehati sekata lagi. Keadaan ini lebih terang dan jelas jika anda mengembara dan meninjau ke seluruh negara. Kita dapat perhatikan masyarakat Melayu Islam di Kuala Lumpur dan di sekitar Lembah Klang lebih vokal, lebih kuat bersuara dalam semua isu yang tidak relevan pun. Kita harus berwaspada dengan munafik talam dua muka agar umat Islam tidak dihancurkan oleh golongan tertentu ini.
Elit Melayu Islam tidak menghantar anak cucu mereka ke sekolah tempatan, yang taksub dengan peradaban Arab, kelihatan alim menghantar anak cucu mereka ke sekolah agama dan Arab; majoriti Melayu Islam yang monolingua menyerah anak cucu mereka ke sekolah kebangsaan atau sekolah Cina.
Elit Melayu Islam sekarang sudah menjadi seperti elit di Timur Tengah, di Indonesia, Thailand dan Filipina serta beberapa negara AfroAsia dan Latin Amerika makin ramai mendiami sebagai komuniti yang berpagar dan berkawal ketat.
Satu progress. Yang anehnya juga satu ironi pada zaman demokrasi kelihatan mendominasi dunia.

0 Komentar untuk " Tiada pilihan bagi Pas! "