SEBUT sahaja pasar karat, pasti terbayang suasana pasar dengan hiruk-pikuk peniaga dan pembeli sibuk tawar-menawar barangan antik mahupun klasik yang sukar diperoleh masa kini.
Apa yang menarik, pasar karat ini hanya diadakan seminggu sekali dengan tempoh masa terhad antara dua hingga empat jam.
Namun, kini konsep pasar karat tidak hanya tertumpu di kawasan tapak pasar sahaja, malah ia diperluaskan lagi ke dalam bangunan.
Selain pasar karat, ia juga turut dikenali dengan nama Car Boot Sale, Flea Market, Bazarena dan Garage Sale.
Apapun namanya, pasar karat merupakan lubuk pencarian bagi peniaga barangan antik dan bundle.
Tidak ketinggalan, mereka yang menjual makanan dan minuman. Dari segi pengunjung, pasar karat sentiasa menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur. Benarkah pasar karat kini menjadi medium menambah pendapatan bagi peniaga separuh masa?
Jualan barang antik menguntungkan
BAGI Yusri Razali, biarpun hanya menjual barangan lama, antik dan lusuh secara sambilan, namun ia menjanjikan pulangan lumayan.
Katanya, ketika menyewa tapak perniagaan di Garage Sale Anggerik Mall pada 2012, dia bermula dengan hanya menjual pokok-pokok hutan.
“Selepas dua minggu berniaga, saya nampak potensi jual barangan antik ini. Kebetulan, saya ada rakan sekerja yang memang pengumpul barangan lama.
“Daripada situ saya mula minat dengan barangan antik ini dan mengumpul dan menjualnya. Alhamdulillah, saya tidak sangka sambutannya agak baik dan pulangannya pun bagus,” katanya.
Walaupun gajinya cukup menyara keluarga, namun kerana minat yang mendalam terhadap barangan lama yang disifatkannya mempunyai nilai sentimental, Yusri tetap berniaga barangan antik sehingga kini.
“Saya paling suka kumpul berkenaan keratan akhbar atau poster yang menceritakan tentang sejarah Malaysia,” katanya.
Mengumpamakan pekerjaan sampingannya membantu dia menambah pendapatan, Yusri berkata, kini dia mampu membeli susu untuk anaknya setiap minggu.
"Alhamdulillah, keluarga saya terjaga dengan baik.
"Kebanyakan stok barangan yang dijual, saya akan ambil dari kawasan kitar semula, dapat daripada kenalan atau membelinya daripada orang ramai," katanya.
Hobi jadi sumber pendapatan
BERMULA dengan hobi mengumpul barangan lama, Zainab Zainuddin tidak menyangka ia menjadi sumber pendapatannya.
Zainab yang berniaga di Garage Sale Anggerik Mall berkata, pada asalnya dia hanya gemar mengumpul barangan lama dan menyimpannya di rumah.
“Lama-kelamaan, barang-barang lama dalam rumah saya semakin penuh dan kebetulan saya ternampak banner mengalu-alukan sesiapa hendak berniaga barangan lama.
“Pada 2012, saya mula berniaga barangan lama dan antik. Kemudian, saya mula beli sebuah stor berhampiran rumah untuk simpan stok barangan antik untuk jualan,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan stok barangan antik yang dijualnya seperti dulang, jam antik, termos, almari dan lampu diperoleh daripada kenalan dan saudara-ara.
Beri rezeki pada peniaga
PASAR karat merupakan perniagaan yang dapat memberi rezeki kepada peniaga dan pada waktu sama, pembeli dapat membeli barangan dengan harga ekonomi serta berjimat.
Demikian pandangan dilontarkan peniaga muda, Norfazira Huda Zoraini yang berniaga hampir lapan tahun di Bazarena, Shah Alam.
Menurutnya, pada awal perniagaan menjual pakaian terpakai (bundle), gerainya kurang dikenali memandangkan orang ramai tidak tahu beliau menjual pakaian bundle Gred A.
“Kemudian sedikit demi sedikit mereka mula mengetahui baju bundle yang kami jual berkualiti dan datang dari luar negara sampaikan ada pelanggan tetap," katanya.
Ditanya perbezaan pasar karat dari awal perniagaan sehingga hari ini, Norfariza berkata, ia tidak banyak berbeza malah pengunjung semakin bertambah setiap hari.
“Dulu, pasar karat dikenali sebagai tempat orang jual barang antik, bundle dan barang-barang yang sukar dicari.
“Tetapi hari ini pasar karat ada pelbagai barang baik yang lama mahupun baru serta ada makanan dan minuman juga, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung,” katanya.
Selain berniaga di Bazarena Shah Alam, beliau turut berniaga di pasar tani Setiawangsa pada Sabtu dari 7 pagi sampi 12 tengah hari dan pasar karat Jalan Tengah (Jalan Raja Chulan) pada hari Jumaat dari 10 pagi hingga 2 petang.
Mampu peroleh pendapatan RM100 sehari
MEMULAKAN perniagaan secara suka-suka berkonsepkan Car Boot Sale di Mid Town Semarak, Kuala Lumpur, Jalil Ismail mampu memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM100 sehari.
“Saya mula berniaga di sini enam bulan lalu dengan sewa tapak hanya RM15 sahaja dan bagi saya ia berpatutan dan membantu peniaga baharu seperti saya yang menjual pakaian kanak-kanak dari animasi Frozen, dulang tahan karat dan barangan terpakai.
“Keuntungan pula bergantung kepada kehadiran orang, kalau ramai Insya-ALLAH untungnya lebih sedikit,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut mencuba nasib berniaga di Kota Damansara dengan menggunakan konsep sama iaitu Car Boot Sale.
“Di Kota Damansara sambutan diterima sangat menggalakkan dan ramai berkunjung ke situ, cuma masa saya sedikit terhad untuk menyertainya setiap minggu.
“Saya jalankan perniagaan ini sebagai kerja separuh masa sahaja memandangkan saya mempunyai pekerjaan tetap. Kalau ada masa terluang barulah saya akan sertai,” katanya.

0 Komentar untuk " Pasar karat lubuk pendapatan "