MASIH kuat terasa hiba di hati mengenangkan beberapa kematian yang melibatkan orang yang rapat dengan penulis sepanjang minggu lalu. Bermula dengan Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Allahyarham Datuk Puad Jelani yang meninggal dunia akibat penyakit barah yang dihidapinya. Beliau penulis kenali semenjak bersama-sama berkecimpung di alam aktivisme belia.
Selang empat hari berlaku pula peristiwa tragis kemalangan helikopter yang meragut nyawa enam orang termasuk dua orang yang penulis kenali secara rapat iaitu Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Allahyarham Datuk Seri Azlin Alias Ketua Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri.
Jamaluddin baru sahaja menelefon penulis tiga hari sebelum kejadian. Pelbagai perkara dibincangkan dalam tempoh 45 minit termasuklah kesungguhan beliau untuk menaja program-program dakwah Yadim. Begitu juga Datuk Azlin yang banyak membantu mempermudahkan urusan penulis dalam mengurus Yadim.
Hari Isnin dapat pula berita sedih salah seorang teman penulis yang sama belajar di Universiti Islam Antarabangsa iaitu Allahyarhamah Suzura Mat Sidek yang meninggal dunia akibat barah.
Beberapa siri kematian yang berlaku secara berturut-turut melalui pelbagai cara ini benar-benar menginsafkan penulis betapa setiap kita pasti akan menghadapi saat-saat kematian seperti ini. Ini kerana hakikat kematian adalah pasti cuma caranya sahaja yang berbeza-beza.
Persoalannya, apakah pula kisah penghujung kita nanti? Sudahkah kita bersedia menghadapi kematian setelah menjalani kehidupan yang merupakan pinjaman daripada ALLAH SWT.
Apa yang pasti ALLAH SWT menciptakan manusia dengan pelbagai tujuan dan bukanlah manusia ini diciptakan dengan sia-sia. Tujuan utama ALLAH menciptakan manusia adalah supaya kita benar-benar menjadi hambaNya dan beribadat kepadaNya, sebagaimana firman ALLAH SWT dalam Surah al-Zariyat ayat 56: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku”.
Dengan kehidupan yang bakal berakhir dengan kematian ini juga, ALLAH menguji kita supaya jelas kepadaNya siapa yang terbaik amalannya sebagaimana firman ALLAH dalam Surah al-Mulk ayat 2: “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah yang lebih baik amalnya? Dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)".
Kehidupan selepas kematian adalah kehidupan yang kekal selama-lama. Di alam kubur, manusia bakal disoal oleh malaikat berkenaan ketuhanan, kenabian, al-Quran, kiblat, persaudaraan sesama umat Islam dan sebagainya.
Soalan-soalan ini telah kita ketahui, namun di alam sana, belum tentu kita dapat menjawabnya kerana ilmu, iman dan amal kitalah sebenarnya yang akan menentukan kedudukan kita di sana. Jika kita dapat melepasi alam kubur ini dengan baik, maka perjalanan seterusnya akan lebih mudah. Sebaliknya jika kita tidak dapat melepasinya dengan baik, maka perjalanan seterusnya lebih sukar dan memeritkan. Semua ini bermula dengan kehidupan dunia kita sekarang yang kita sedang melaluinya.
Sabda Rasulullah SAW berkenaan alam kubur: “Sesungguhnya kubur itu adalah salah satu taman dari taman-taman syurga atau salah satu lubang dari lubang-lubang neraka. Hadith Riwayat at-Tirmizi dan at-Tabrani. Dinilai hasan oleh al-Suyuti.
Selepas berlakunya kiamat dan hancurnya alam ini, manusia akan dibangkit dari alam kubur untuk dihisab amalannya di dunia. Mereka akan dikumpulkan di padang mahsyar dan akhirnya akan melalui titian sirat sebelum ditentukan sama ada masuk ke syurga atau dihumban ke neraka. Mereka yang beriman kepada ALLAH walaupun masih membawa dosa akan dimasukkan ke neraka terlebih dahulu sebelum dihapuskan dosa-dosanya dan akhirnya dimasukkan ke dalam neraka. Manakala mereka yang tidak beriman kepada ALLAH akan kekal di neraka selama-lamanya.
Oleh yang demikian, amat rugi orang-orang yang mensia-siakan hidup ini dan menghabiskan masa mereka hanya untuk perkara yang sia-sia dan tiada kaitan dengan kehidupannya di akhirat kelak. Hasan al-Basri pernah berkata: “Sesungguhnya kehidupan kamu di dunia ini hanyalah beberapa hari yang sedikit. Setiap kali berlalu sehari dalam hidupmu, maka berlalulah sebahagian hidupmu”. Apatah lagi jika usia ini dihabiskan hanya untuk membenci antara satu sama lain, membuka aib orang lain, memfitnah dan sebagainya.
Hidup ini sebenarnya amat singkat berbanding perjalanan yang akan dilalui di akhirat. Ambillah peluang untuk berbuat kebaikan dan mendapatkan ganjaran ALLAH dalam apa jua yang kita lakukan di dunia ini. Moga-moga ALLAH kurniakan kita penghujung yang terbaik menjadi hambaNya yang benar-benar beriman dan bertakwa kepadaNya.
* Penulis Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

0 Komentar untuk " Menginsafi hakikat kematian "