ADA beberapa isu di negara ini tidak putus-putus menjadi polemik. Tak perlu dihuraikan satu persatu. Semua orang sudah tahu.
Saya mahu timbulkan satu isu sahaja kali ini, iaitu cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang jadi perdebatan banyak pihak.
Sejak mula diuar-uarkan lebih setahun lalu, hinggalah selepas dikuatkuasakan pada 1 April lepas, GST terus dibahaskan, dalam media elektronik, media cetak dan laman. Di kedai-kedai kopi tidak payah cerita lagilah.
Reaksinya pelbagai; suka, kecewa, marah, sindiran, teguran, cemuhan, pujian dan bangkangan. Macam-macam.
Pada masa sama, soalan seperti perlukah kita laksanakan GST di negara ini dan apakah manfaat yang disumbangkan kepada rakyat melalui GST terus dikemukakan.
Persoalan begini ketara timbul dari beberapa pihak, antaranya mereka yang memang tidak faham mengenainya, mereka yang sengaja mahu mencari salah kerajaan untuk apa sahaja kepentingan serta mereka yang benar-benar ragu dengan pelaksanaannya disebabkan pengalaman.
Lebih menjadi kemusykilan dan kekeliruan apabila kita mendengar penjelasan hanya daripada orang-orang sekeliling kita yang barangkali tidak mempunyai maklumat yang betul dan tepat.
Bagaimanapun, kita tidak boleh tolak tentang adanya pihak yang mempersoalkan GST kerana tidak mahu rakyat, terutama yang susah, menjadi mangsa keadaan disebabkan ketirisan dan penyelewengan yang tidak mustahil berlaku jika dibiarkan.
Kesimpulannya, mungkin ada yang sengaja mahu putar-belit untuk kepentingan politik atau peribadi, tetapi kita perlu terima banyak juga pihak berniat baik.
Satu perkara yang patut dilihat adalah kalau lebih 150 negara sudah laksanakan GST sekian lama, tentulah ada baiknya. Dari segi itu, kita mungkin mahu bertanya kenapa Malaysia hanya melaksanakannya sekarang.
Tentunya bukan kerajaan baru terfikir kepentingan pelaksanaannya kerana difahamkan sudah lama dibincangkan oleh pihak berkaitan. Apakah kerajaan tidak mempunyai keberanian atau kemahuan melaksanakannya di masa lalu?
Mungkin kalau ia dilaksanakan pada ketika hasil minyak kita banyak dan harga barang belum naik, di masa cerita mengenai ketirisan dan penyelewengan tidak ketara, kesan dari penguatkuasaan GST tidak terasa sangat. Wallahualam.
Dalam keadaan di mana skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), One Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beberapa langkah kerajaan dipersoalkan, keraguan terhadap pelaksanaan GST perlu dimaafkan.
Dari sudut positif, GST memang wajar dikenakan kepada yang berbelanja sebab buat masa ini kita cuma ada dua juta pembayar cukai yang menampung kos di negara yang mempunyai lebih 28 juta penduduk.
Tidak cukup itu, ada pihak yang membuat mencari helah untuk tidak atau mengurangkan beban cukai mereka.
Ramai juga yang berniaga sendiri tanpa mempunyai syarikat dan tidak membayar cukai. Apakah ini patut berterusan?
Pihak kastam sudah membuat persiapan untuk melaksanakannya sebaik mungkin.
Maka tentunya tidak adil untuk ia dikritik sekiranya tidak mampu menjawab semua soalan memandangkan GST baru bermula.
Masa perlu diberi kepada kastam dan pihak berkuasa lain untuk membuktikan GST dilaksanakan dengan baik tanpa kekaburan, penyelewengan dan ketirisan.
Pihak penganalisis bertegas bahawa GST memang antara punca hasil ekonomi yang terbaik. Ia diperlukan dalam apa sahaja keadaan, sama ada ketika harga minyak naik atau tidak. Tidak boleh dinafikan GST sesuai untuk kutip cukai jangka panjang.
Kita tahu berbilion ringgit akan dikumpulkan melalui GST setiap tahun. Ke mana wang itu akan dibelanjakan? Itu yang menjadi persoalan.
Justeru, kerajaan perlulah tentukan secara lebih telus bagaimana kutipan GST digunakan, sementara pihak berkuasa perlu bekerja sebagi mungkin untuk atasi masalah berbangkit dapat diselesaikan.
Mari kita pantau dan bantu kerajaan supaya GST dilaksanakan dengan berkesan; tiada ketirisan, tiada penyelewengan. Rakyat tidak patut keliru. Tanya jika tidak tahu dan bijak berbelanja jika mahu berjimat.
Yang perlu kita semua tentukan adalah hasil cukai dibelanjakan dengan sebaiknya untuk negara dan rakyat, bukan untuk pihak yang tamak dan berkepentingan.
Kalau ada yang ragu, tidak boleh dipersalahkan juga kerana masalah ketirisan dan penyelewengan kerap sangat kita dengar.
Laporan Audit Negara terbaharu menunjukkan lagi kelemahan sistem agihan wang BR1M hingga membuat RM2.6 juta terlebih bayar. Ada penerima dapat dua kali dan entah berapa ramai yang patut terima, tetapi terpaksa menggigit jari.

0 Komentar untuk " Tak mahu ketirisan dan penyelewengan "