SABTU lepas bukanlah hari biasa dan pening yang dialami juga bukanlah berkaitan kesihatan penulis.
Sepertimana minggu-minggu sebelumnya, Sabtu lepas bermula seperti biasa, namun keadaan berubah menjelang lewat hari.
Bersarapan agak lewat di kedai makan yang sering saya kunjungi di Hauz Kaus, penulis kemudiannya kembali ke apartmen di tingkat satu untuk rutin harian iaitu membaca berita Bernama dalam talian serta laman-laman berita lain untuk mengetahui perkembangan berita terkini.
Sambil menikmati oren ketika membaca, tiba-tiba terasa pening, lantas terlintas di fikiran akan kemungkinan oren tersebut menyebabkan kandungan glukos dalam darah penulis meningkat.
Tiba-tiba, pembantu penulis yang berada berdekatan menunjukkan ke arah botol di atas meja berhampiran. Air di dalamnya kelihatan berkocak. Dia kemudian menunjukkan pula ke arah kerusi dan meja kecil yang juga bagaikan terbuai-buai.
PASTI BERLAKU GEMPA BUMI
Barulah penulis sedar bahawa keadaan tersebut berlaku akibat gegaran gempa bumi. Teringat pengalaman sama ketika bertugas di Wisma Bernama di Jalan Tun Razak di mana keadaan serupa dirasai acap kali gempa bumi melanda Sumatra.
Gegaran di Delhi yang berlangsung kira-kira 45 ke 60 saat menyebabkan penulis kebingungan dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Ketika itu juga kedengaran keadaan di luar semakin kecoh, sekali gus menyedarkan bahawa penulis perlu keluar meninggalkan apartmen.
Sebaik keluar melepasi pintu, penulis terkejut melihatkan ramai jiran sedang berdiri memandang ke arah saya sambil menjerit, “encik, encik, gempa bumi”.
Bagaimanapun, naluri sebagai seorang wartawan membuatkan saya kembali ke apartmen untuk mendapatkan kepastian terkini melalui siaran televisyen.
Pada mulanya tidak ada sebarang berita mengenainya untuk kira-kira 5.0 ke 10 minit. Setelah itu, hampir kesemua rangkaian menyiarkan berita mengenai gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang menggegarkan Nepal.
TERKEJUT GEMPA BUMI YANG TERBURUK
Rupa-rupanya gempa bumi yang disangkakan gegaran biasa itu hakikatnya adalah yang paling buruk pernah menggegarkan Nepal sejak lapan dekad. Gegarannya boleh dirasai sehingga di utara India.
Tanpa berlengah lagi, penulis memberitahu meja berita di ibu pejabat di Kuala Lumpur dengan menghantar “sebaris berita”. penulis berasa lega apabila mendapati berita awal yang dihantar itu seiring agensi-agensi berita antarabangsa lain, penulis tidak terlewat.
Kemudian, penulis menghantar pula berita 10 perenggan sebelum menghubungi pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Delhi untuk mendapatkan nombor hubungan Kedutaan Malaysia di Kathmandu.
Terdetik kerisauan apabila laporan awal televisyen menyatakan ibu negara Nepal mengalami kerosakan teruk dan jumlah kematian pula semakin meningkat.
Setelah satu jam, barulah stesen-stesen televisyen dan media tempatan melaporkan jumlah kematian di Kathmandu serta di daerah Bihar, Uttar Pradesh dan Bengal Barat di Utara India.
LEGA KERANA RAKYAT MALAYSIA DI KATHMANDU SELAMAT
Penulis berjaya menghubungi Setiausaha Ketiga Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Mohamad Amin Wagiman yang memberi jaminan bahawa kesemua kakitangan kedutaan berada dalam keadaan selamat.
Menceritakan detik malapetaka itu, beliau dan empat kakitangan lain menyorok di bawah meja apabila bangunan empat tingkat yang menempatkan kedutaan itu bergegar kuat.
Beliau kemudian bergegas pulang dengan motosikal ke kuarters kediaman yang terletak kira-kira 5.0km dari situ. Beliau sangat lega melihatkan wajah isterinya, apatah lagi setelah melalui perjalanan pulang yang hanya di kelilingi kehancuran.
Malah, bangunan kedutaan Malaysia juga mengalami keretakan, namun kerosakan sebenar masih belum dipastikan.
Hari itu adalah Sabtu yang paling panjang bagi saya di mana saya terpaksa berjaga sehingga 3.00 pagi untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada pelbagai sumber mengenai berita terkini malapetaka tersebut. Setakat hari ini, lebih 3,000 orang terkorban dalam gempa bumi di Nepal.
Hari ini (Isnin) penulis akan pergi ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini untuk mengatur perjalanan ke Kathmandu bagi melaporkan keadaan terkini selepas malapetaka serta pelbagai usaha menyelamat di sana.
Sabtu 25 April akan kekal dalam ingatan penulis selamanya, kerana pada hari itu bukan sahaja tanah tempat penulis berpijak telah bergegar kuat, malah terselamat daripada penangan malapetaka gempa bumi terburuk di Nepal. - Bernama

0 Komentar untuk " Hari di mana bumi New Delhi bergegar "