APABILA kerajaan melaksanakan sistem atau dasar baharu, ramai tertanya-tanya dan ada yang mempertikaikannya.
Ada yang menerimanya kerana percaya ia sudah pasti dikaji dengan mendalam terutamanya kesan kepada rakyat. Begitu jugalah pada awalnya kita tertanya-tanya apa itu cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Walaupun kerajaan telah mengadakan sesi penerangan begitu lama melalui media cetak, elektronik, laman sosial serta penerangan terus kepada masyarakat, namun masih ada pihak tidak faham manfaat GST kepada rakyat.
Sistem percukaian ini adalah untuk membangunkan negara. Dalam sejarah Islam, sistem percukaian mula dilaksanakan pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab (633-644Masehi) bertujuan pembangunan negara Islam daripada pelbagai aspek.
Oleh itu, sistem percukaian sudah begitu lama dilaksanakan dan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.
GST merupakan satu sistem cukai komprehensif yang menggantikan sistem dua cukai sebelum ini iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Kadar GST lebih rendah iaitu enam peratus berbanding 10 peratus (SST) sebelum ini. Cukai ini kadangkala tidak disedari kerana tiada dalam bil atau resit belian.
Hingga kini, GST sudah diamalkan lebih 100 negara termasuk tujuh di Asean. Secara perbandingan, kadar GST di Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara Asean yang lain iaitu Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Thailand dan Vietnam sebanyak 10 peratus. Sementara Singapura adalah tujuh peratus.
Tidak semua pembelian barangan dan perkhidmatan dikenakan GST, sebaliknya beberapa barangan keperluan harian termasuk makanan keperluan asas, penggunaan air dan elektrik adalah sifar GST.
Selain itu, perkhidmatan pengangkutan, kesihatan, penjagaan anak dan bayaran tol pula dikecualikan GST. Walaupun GST dilaksanakan, terdapat pasaraya dan kedai mengambil promosi jualan murah dan menyerap GST dalam harga yang ditawarkan.
Pengguna perlu membeli dengan bijak kerana mempunyai pilihan dan hak untuk membuat keputusan. Jika ada pengguna mengambil kesempatan meletakkan harga secara melampau atau lebih daripada yang sepatutnya, pengguna perlu membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya tindakan boleh diambil.
Gunakan kuasa pengguna. Buatlah pilihan dengan membeli barangan di kedai-kedai yang tidak mengambil kesempatan dan menjual dengan harga yang mahal dengan alasan GST.
Kerajaan perlu memperhebatkan penguatkuasaan dan pemantauan berterusan terhadap GST bagi mengelakkan kekeliruan, penipuan dan peniaga yang mengambil kesempatan.
Tindakan tegas perlu dikenakan kepada peniaga yang tidak berdaftar mengambil kesempatan mengenakan GST.
Pengguna mempunyai kuasa untuk memboikot peniaga tertentu, tetapi untuk mendapatkan sokongan serentak bagi memulaukan peniaga, bukanlah kerja mudah.
Bagi membendung masalah ini, tindakan hukuman berat serta penguatkuasaan tegas dan berterusan perlu dilakukan. Jangan benarkan sebarang rayuan.
Kepada pesalah, tidak dibenarkan menggunakan budi bicara untuk meringan atau menghapuskan denda yang dikenakan. Peniaga yang cuba menyeleweng GST perlu dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010.
Malaysia perlu mencontohi penguatkuasaan yang dilaksanakan Singapura. Rakyat Singapura sudah biasa dengan peraturan ketat di negara itu. Justeru, mereka lebih berdisiplin dan akur kepada undang-undang.
Pelaksanaan GST mampu membawa kestabilan fiskal dalam kewangan negara dan keutuhan kepada pendapatan kerajaan selain memperbaiki kutipan hasil cukai daripada sebahagian besar golongan yang terlepas atau sengaja melepaskan diri dari membayar cukai.
Kerajaan menganggarkan kutipan daripada GST pada tahun ini ialah sebanyak RM23.2 bilion. Tetapi setelah penghapusan SST dan pengecualian beberapa barangan dan perkhidmatan GST, bakinya dianggarkan hanya RM5.6 bilion sahaja.
Daripada jumlah tersebut, RM4.9 bilion disalurkan kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bakinya, RM690 juta untuk tujuan lain. Jumlah kutipan hasil GST adalah amat kecil jika dibandingkan dengan Bajet 2015 iaitu sebanyak RM273.9 bilion.
Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjanjikan pada ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, hasil lebihan GST akan ditumpukan kepada pembangunan di luar bandar.
Bagi memastikan ketelusan dan mengelakkan ketirisan dalam penggunaan hasil kutipan GST, adalah penting ia digunakan bagi tujuan manfaat kepada rakyat secara berpanjangan dan bukan bersifat bantuan sementara. Satu Jawatankuasa Bebas yang memantau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) perlu dibentuk.
Jawatankuasa Bebas ini perlu memaklumkan pencapaian secara berkala kepada rakyat bagi mengelakkan tohmahan tidak berasas pada masa hadapan.
Pelaksanaan GST perlu dilihat memberi kesan baik kepada rakyat dan perlu dibuktikan setiap tahun secara berterusan.
Dalam konteks pembangunan usahawan dan ikhtisas negara, lebih ramai akan mendapat manfaat melalui pelbagai program dan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan secara telus. Pelaksanaan GST akan memberi manfaat dan meningkatkan kebajikan rakyat.
**DR MUHAMMAD ARIF B MOHD HASHIM
PENULIS ADALAH YANG DIPERTUA GABUNGAN IKHTISAS DAN USAHAWAN BUMIPUTRA ANAK SELANGOR (GIBS)

0 Komentar untuk " GST untuk kesejahteraan rakyat "