Harga hartanah akan menurun selepas GST? - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Harga hartanah akan menurun selepas GST?

KUALA LUMPUR - Pemaju hartanah bersepadu yang baru disenarai, MCT Bhd, mendapati ia menanggung kos pembinaan yang lebih rendah iaitu sebanyak 1.3 peratus hasil daripada impak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ini berbanding 2.6 peratus impak pasca GST yang dianggarkan oleh Persatuan Pemaju-pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (Rehda).

Rehda membuat pemerhatian itu selepas mengambil kira kos pembinaan, yang menyumbang 46 peratus daripada jumlah pembangunan.

Pengarah Eksekutif Bukan Bebas MCT yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Datuk Seri Tong Seech Wi berkata, pemaju bersepadu itu memiliki syarikat
pembinaan dalaman dan syarikat perdagangan selain pasukan reka bentuk, bagi meminimumkan impak GST.

"Dengan mengambil kira kesemua faktor ini, kami mungkin mengalami hanya separuh daripada impak 2.6 peratus GST yang diunjurkan bagi pemaju biasa, walaupun angka sebenar belum disahkan," katanya kepada pemberita selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini.

Pada 12.19 tengah hari, saham MCT didagangkan pada RM1.35 selepas dibuka pada RM1.43, dengan 10.04 juta saham bertukar tangan.

Tong juga berkata, pendekatan teknik modul pembinaan yang melibatkan elemen memudahkan pembinaan ke dalam modul standard, prafabrikasi dan pemasangan produk akhir, membantu syarikat mengurangkan kos.

Sementara itu, Pengarah Eksekutifnya, Lim Kok Boon berkata, harga saham MCT Bhd yang tinggi pada pembukaan menunjukkan pelabur dan pemegang saham yakin ke atas prospek syarikat berkenaan.

"Kehadiran pelabur utama kami yang berpangkalan di Filipina, Ayala Land Inc presiden dan ketua pegawai eksekutif, turut membuktikan pelabur melihat nilai
dalam syarikat ini," katanya.

Permodalan pasaran Ayala Land berjumlah kira-kira RM44 bilion. Dua syarikat itu dijangka menjana sinergi bagi meneroka pasaran tempatan.

MCT melaksanakan pengambilalihan berbalik ke atas GW Plastics Holdings Bhd (syarikat PN 17) dan melupuskan perniagaan pembungkusan filem plastiknya untuk
menumpukan ke atas segmen hartanah.

Setakat ini, nilai pembangunan kasar (GDV) projek semasa MCT, berjumlah RM2.26 bilion.

GDV projek akan datang dianggarkan RM6.72 bilion, tidak termasuk baki bank tanah seluas 119.787 hektar. - Bernama

0 Komentar untuk " Harga hartanah akan menurun selepas GST? "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ