PELIK tetapi benar. Sedar tak dalam banyak hal, ramai di kalangan kita lebih suka memendam rasa, mengambil sikap ‘tidak apa’ dalam menghadapi apa sahaja masalah?
Kalau kena pada diri kita, kita serahkan pada takdir sahaja dan tanggung derita sendiri-sendiri, kalau kena pada orang lain kita buat-buat tak nampak, sedangkan kita boleh berusaha mengelakkannya.
Cuba lihat sikap kita apabila naik bas. Biasanya tidak seorang pun menegur drebar apabila dia memandu macam pelesit.
Apabila terbabas atau kemalangan, baru yang cedera mengerang dan yang lain membuat laporan polis. Jangan marah kalau saya kata saya syak entah-entah ada yang balik begitu sahaja kerana malas nak buat aduan.
Sebab itu seboleh-bolehnya saya tidak mahu naik bas, lebih-lebih lagi malam, kerana laluan gelap dan drebar boleh mengantuk.
Kalau naik bas ekspres, saya kerap cari jalan bersembang dengan pemandu dan menceritakan pengalaman saya dengan pemandu pelesit. Saya percaya dia faham yang tersirat, iaitu dia jangan cuba pandu laju.
Begitu juga dengan harga barang, makanan dan bayaran perkhidmatan. Kita tahu mahal, tetapi kita serahkan juga leher kita.
Kalau ada orang kena ragut, ramai dalam kalangan kita terpacak sahaja menonton, walaupun kita dalam keadaan yang boleh bertindak menyelamatkan mangsa.
Mari kita ubah sikap itu. Ia tidak menguntungkan kita dan merugikan orang.
Hari ini, hari pertama cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan, dan beberapa hari seterusnya, mari kita masuk pasar raya, kedai, farmasi dan sebagainya, periksa harga barang dan bayaran. Apakah mereka patuh dengan peraturan?
Kalau mereka langgar peraturan, cuba menangguk di air keruh, jangan tangguh, terus adu pada pihak berkuasa. Buangkan perkataan ‘tidak apa’ daripada album fikiran kita.
Kelmarin, kerajaan sekali lagi memberi jaminan bahawa mereka tidak bertujuan membebankan rakyat dengan GST.
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ia bagi menambahkan hasil negara dan untuk kebaikan rakyat.
Janji kerajaan memang bagus, tetapi baik juga kita periksa sebab banyak perkara kurang jelas atau tidak dapat disahkan, apa lagi dengan berlegarnya bermacam cerita fakta dan auta berkaitan kedudukan harga barang dengan wujudnya GST.
Ada yang betul, ada yang auta, ada yang sinis, ada yang sindir dan ada berbaur fitnah.
Kali ini pengguna mesti serius. Jangan ambil sikap tidak apa macam dahulu. Tidak guna marah dan merungut barang naik harga, tapi tidak buat aduan, tidak main peranan berkesan, bahkan tolong majukan lagi perniagaan pihak yang naikkan harga.
Kita jangan lagi bersikap apati apabila berhadapan dengan kenaikan harga barang, bahkan pandang ringan apa sahaja perkara tidak baik yang berlaku di hadapan mata kita.
Kalau begitulah sikap kita, sampai bila pun kita tidak dapat tolong pihak berkuasa menangani masalah peniaga, pengguna dan harga melampau, bahkan secara sedar atau tidak ia bebankan diri kita sendiri.
Jika kita biarkan keadaan berlaku demikian, jangan salahkan peniaga, pihak berkuasa atau kerajaan. Salahkan diri kita sendiri sebab kita tidak bertindak bijak dan secara berkesan.
Sementara itu, sekalung bunga wajar kita berikan kepada beberapa pengusaha pasar raya yang sanggup menyerap GST untuk kepentingan pengguna. Peniaga seperti ini patut terus disokong pengguna dan harus dicontohi oleh lebih ramai peniaga.
Antara barang yang rapat dengan kita yang dikatakan naik harga ialah telefon bimbit kerana kerajaan memansuhkan cukainya sebelum ini. Jadi kalau harga sebuah telefon bimbit RM500 ia akan jadi RM530 sekarang sebab kena tambah 6 peratus.
Untuk tambah kredit, anda bayar kadar sedia ada, iaitu 6 peratus yang sudah pun dikenakan di bawah cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Harga perabot patut turun sewajarnya kerana sebelum ini cukai di bawah SST adalah 15 peratus. Sekarang cuma 6 peratus.
Juga kita dimaklumkan barang-barang asas dan hampir 4,000 jenis ubat utama tidak kena GST. Maka patutnya ia kekal dengan harga lama. Kita gembira jika banyak lagi barang dikekalkan harga, kalau pun tidak turun.
Jadi marilah kita terus menjadi pengguna yang bijak, berjimat. Jangan sekali-kali jadi pengguna yang suka ikut nafsu.
Kita bukan sahaja perlu jauhkan diri daripada peniaga yang suka mengaut untung secara haram, bahkan laporkan kegiatan tamak mereka itu kepada pihak berkuasa.

0 Komentar untuk " GST: Mari kita lihat apa yang naik! "