PETANG itu, perut saya terasa amat lapar. Maklumlah, saya hanya bersarapan roti canai kerana tiada selera. Sebaik sahaja tamat mesyuarat, saya bergerak ke sebuah restoran mamak di Seksyen 3, Shah Alam.
Tatkala memilih lauk, saya perasan ada seseorang yang merenung saya sambil menyuap makanan dengan matanya yang tidak berkelip. Saya tidak pedulikan kerana tidak mahu dikatakan perasan seandainya saya menjeling.
Sudah hampir separuh makanan tengahari saya habiskan, saya ditegur seseorang. ‘Awak Norden?’ Saya mendongak dan memandang lelaki yang menyapa saya.
Oh, dialah orang yang memandang saya tadi. Lantas saya mengangguk. ‘Kenal lagi tak? Aku… Berahim… Burn!’ Nama itu mengingatkan aku padanya. Kami bertukar senyuman lalu bersalaman.
Saya memandang wajahnya yang membulat. Terdetik di hati saya, apa yang sudah jadi padanya? Berahim Burn adalah rakan sekolah yang paling aktif.
Dia pelari jarak dekat, pelari jarak jauh, wakil sekolah dalam bolasepak, sepak takraw, ragbi, hoki, pendebat yang disegani, ketua pengawas, pelajar contoh, pak imam di asrama dan juga pelajar yang digilai oleh pelajar-pelajar perempuan.
Di universiti pun, Berahim Burn menyerlah dalam pelajaran dan aktiviti lasaknya. Saya sempat tinggal seasrama dengannya pada semester pertama.
Di hadapan saya kini ialah Berahim Burn yang berbeza. Misai dan janggutnya kusut masai. Rambutnya sudah jarang-jarang. Dagunya berlapis. Dia duduk tersandar sambil tersenyum.
Saya terjeling pada perutnya yang memboroi. Mungkin beratnya sudah melebihi 120 kilogram. Wah, ke mana pergi semua otot-ototnya?
Saya tidak sedar yang lamunan saya diperhatikannya. Berahim Burn tersenyum sumbing. Tanpa saya bertanya, dia bercerita tentang kisahnya.
Dia pernah bekerja dengan sebuah badan berkanun, bekerja di sektor swasta, NGO, bekerja sendiri dan kini hanya duduk rumah. Isterinya yang tatkala masih muda disuruhnya berhenti kerja untuk menjaga anak, kini menggantinya sebagai pencari rezeki.
Berahim Burn bercerita tentang zaman jahiliahnya. Dia mengimbau zaman berjudinya, zaman minum-minum, zaman berparti dan berpeleseran sehinggalah dia diserang gout dan radang paru-paru yang menoktahkan segala aktiviti buruknya.
Kini, dia sedang melangkah kembali ke arah cahaya. Saya tahu Berahim Burn tahu mencari jalan pulang. Tidak perlu saya memberinya nasihat tambahan untuk menoreh luka jiwanya yang sudah tinggal parut. Kami bersalaman kembali sebelum berpisah.
Namun hati saya sebak memikirkan bagaimana seorang rakan sekolah yang saya anggap akan jadi juara di sepanjang hayatnya boleh tersadung dan tersungkur di laluan kehidupan.
Saya teringat akan madah yang dipopularkan oleh Nelson Mandela, ‘I am the master of my fate and the captain of my destiny.’ Seseorang itu, (dengan izin ALLAH SWT) boleh memandu dirinya untuk memperoleh takdir yang terbaik kerana dia adalah nakhoda kepada matlamat hidupnya.
Semakin usia kita beranjak, kita mengumpul segala ilmu dan pengalaman untuk dijadikan teladan dan sempadan.
Semakin sehari, segala yang kita lalui itu membina karakter. Jika kita sudah cerdik, kita seharusnya semakin bijak. Pengalaman yang dihimpun sepatutnya semakin bergumpal menjadi semakin besar ~ character snowball.
Tidak bolehlah dengan segala yang mengajar kita dalam kehidupan itu menjadikan karektor kita semakin mengecil ~ eroded character.
Andainya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti sakit dan kecederaan, ia mungkin boleh menjadi alasan yang munasabah kerana hal-hal itu akan merencat pembinaan jatidiri.
Tetapi, seandainya tiada apa-apa yang terjadi kepada kita, sepertimana sebahagian besar dari kalangan kita, kita sepatutnya semakin bestari dalam menangani hidup ini.
Ramai sungguh tokoh-tokoh yang seharusnya menjadi contoh sebagai pembakar semangat, bagaimana mereka yang semakin berusia menjadi semakin berpandangan jauh, tenang dalam berfikir dan bertindak. Mereka tidak tumpul pemikiran dan daya imaginasi mereka konsisten jika tidak pun bertambah semakin mereka meningkat usia.
Yang perlu diasah senantiasa ialah usia mental, usia fizikal dan usia spiritual. Untuk usia mental, kita tidak boleh berhenti membaca walaupun sudah meningkat usia. Membaca mengaktifkan sel-sel otak dan mengurangkan risiko nyanyuk.
Usia fizikal perlu sentiasa diremajakan dengan pemakanan dan senaman yang terkawal. Begitu juga usia spiritual seharusnya ditambah dengan hal-hal yang membahagiakan jiwa khususnya dengan melakukan ibadah dan amalan baik.
Seandainya ketiga-tiganya tidak diasuh dan diasah, segala yang dianugerahkan di sepanjang jalan kehidupan itu akan hilang meninggalkan diri.
Maka jadilah kita manusia yang lemah, longlai dan lembik kerana segala yang kita peroleh dalam hidup ini tercicir entah di mana-mana. Jika begitulah keadaannya, tiada sesiapa pun yang boleh membantu melainkan diri sendiri.
*Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel-artikel sebelum ini.

0 Komentar untuk " Di mana dirimu yang tercicir? "