Beri tumpuan e-Dagang - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Beri tumpuan e-Dagang

HANYA 28 peratus daripada jumlah keseluruhan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia mempunyai laman web atau e-Dagang dalam perniagaan mereka.

Pengurus Kanan, Unit Latihan Eksport, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Nurdiana Abdullah berkata, jumlah tersebut amat sedikit berbanding negara maju lain.

“Kerana itu kami di Matrade memperkenalkan e-Dagang kepada mana-mana syarikat PKS yang berminat bagi menggalakkan mereka menggunakannya untuk memudahkan urusan perniagaan dan sekali gus mengembangkan perniagaan secara global.

“Ia juga bertujuan mendigitalkan ekonomi Malaysia selain meningkatkan produktiviti PKS dalam menggunakan teknologi sedia ada,” katanya ketika Program Sembang Niaga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Program Sembang Niaga anjuran Matrade ini dijalankan bersempena Sidang Kemuncak Halal Dunia 2015 dan Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2015 baru-baru ini.

Nurdiana turut melontarkan persoalan kepada peserta yang menyertai Sembang Niaga tersebut dengan bertanya mengapa syarikat PKS Malaysia tidak memberi tumpuan kepada penggunaan e-Dagang dalam perniagaan mereka.

Antara jawapan diberikan peserta yang terdiri daripada ahli perniagaan berkata, kekangan masa, kekurangan kos dan kakitangan merupakan antara faktor yang menjadi penghalang kepada penggunaan e-Dagang.

“Kami kekurangan kakitangan dan bila nak ambil pekerja baharu, ia memerlukan kos tambahan memandangkan kami berniaga dalam skala kecil di mana banyak kerja yang perlu diutamakan,” kata salah seorang peserta.

Pemilik laman web foodmarket.com.my pula menyarankan kerajaan terutamanya Matrade memberi tumpuan kepada generasi muda dalam meluaskan penggunaan e-Dagang dalam kalangan syarikat PKS.

“Saya sendiri pernah berurusan dengan agensi kerajaan yang mana individu yang menjalankan urusan dengan saya bersetuju untuk memasarkan produk secara atas talian (online), tetapi apabila sampai kepada pihak atasan yang sedikit berumur, mereka tidak setuju.

“Hanya generasi muda sahaja berminat dan mengambil kesempatan dalam menjalankan perniagaan secara online dan kita patut beri tumpuan kepada mereka yang merupakan pelapis masa hadapan dalam meluaskan penggunaan e-Dagang,” katanya.

Related Post

  • ELAK PENIPUAN DI INTERNET II "bawak je ke Tribunal Pengguna.. buka fail RM5.. saya dah buat.. saya kena tipu online RM1310.. beli gold.. dia kata …
  • Anak muda tempatan bangunkan aplikasi popular SIAPA sangka bermula dengan cakap-cakap, tiga anak muda tempatan memberanikan diri menubuhkan sebuah syarikat y…
  • Kutu online terus popular KULIM - Walaupun sudah banyak kes penipuan melibatkan permainan kutu dilaporkan namun, masih ramai masyarakat sanggup…
  • Beri tumpuan e-Dagang HANYA 28 peratus daripada jumlah keseluruhan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia mempunyai lama…
  • Dot ML dilancar di Malaysia MUNGKIN ramai sedia mengenali Freenom yang telah menawarkan domain .TK secara percuma kepada sesiapa yang inginkan na…
0 Komentar untuk " Beri tumpuan e-Dagang "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ