Perlu bijak rancang kewangan keluarga - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Perlu bijak rancang kewangan keluarga

KEHILANGAN suami akibat serangan jantung lima tahun lalu, membuatkan kehidupan Devi (bukan nama sebenar), 47, dan tiga anaknya hilang tempat bergantung sekelip mata.

Tiada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga selepas itu.

Semakin hari, sokongan wang dan kualiti hidup mereka sekeluarga semakin merosot menyebabkan Devi terpaksa tekun bekerja tanpa mengira masa di kilang pembuatan dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

Walaupun pendapatan Devi sedikit, namun beliau bijak membahagikan wang untuk perbelanjaan harian mereka sekeluarga.

Jumlah pendapatan itu hanya cukup untuk memenuhi keperluan  anak-anaknya sahaja.

Sejak kematian suaminya, Devi sekeluarga belum pernah lagi memiliki pakaian baharu kerana mereka tidak mampu untuk membelinya.

Namun, tiada siapa menyangka, kilang tempat Devi bekerja terpaksa ditutup menyebabkan beliau akhirnya hilang punca pendapatan secara tiba-tiba.

Lebih parah lagi, saudara-maranya juga tidak dapat memberikan bantuan kerana masing-masing punya masalah sendiri.

Berbulan-bulan lamanya Devi berusaha mencari pekerjaan lain bagi menampung kehidupan mereka anak-beranak, namun usahanya masih belum berhasil. Disebabkan itu, Devi gagal menjelaskan bayaran balik pinjaman perumahan bagi bulan berkenaan.

Akhirnya, Devi bekerja sebagai tukang cuci yang hanya mendapat upah suku daripada gajinya sebelum ini. Anak lelakinya yang baru sahaja tamat persekolahan turut bekerja bagi meringankan beban ibunya.

Kini pendapatan bulanan sekeluarga sebanyak RM1,500 melegakan sedikit beban Devi, walaupun pada hakikatnya ia masih lagi tidak mencukupi.

Sebaik sahaja kehidupannya kembali normal, Devi sekali lagi diuji dengan berita mengenai lelongan kediamannya. Tambah mengejutkan, tarikh lelongan telah pun ditetapkan.

Keadaan bertambah teruk apabila Devi tidak tahu cara untuk mendapatkan bantuan bagi memperoleh wang untuk menghentikan lelongan itu.

Setelah menyuarakan masalah tersebut kepada seorang rakan, Devi telah disyorkan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Devi kelihatan sedih ketika bertemu AKPK kerana hampir kehilangan  satu-satunya rumah miliknya dan beliau kelihatan bingung memikirkan masa depan ketiga-tiga anaknya yang masih mengharapkan sokongan kewangan daripadanya.

Bagaimanapun, selepas kaunselor AKPK memaklumkan, mereka berunding dengan pihak institusi perbankan terlibat, dan keadaan Devi kembali tenang.

Dalam masa beberapa hari, AKPK berjaya berunding dengan pihak institusi perbankan dan lelongan tersebut juga berjaya ditangguhkan.

Justeru, jumlah pinjaman perumahan Devi juga disusun semula mengikut pelan pembayaran balik yang lebih berpatutan.

Walaupun Devi menyedari bahawa beliau perlu bekerja keras untuk memenuhi komitmen tersebut, namun Devi yakin kembali berada di landasan kewangan yang betul.

0 Komentar untuk " Perlu bijak rancang kewangan keluarga "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ