KOS sara hidup merujuk kepada sejumlah kos yang perlu ditanggung oleh seseorang individu atau pun sesebuah isi rumah untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal serta keperluan lain untuk kelangsungan dan keselesaan hidup.
Taraf hidup seseorang dikatakan merosot atau berkurangan sekiranya pendapatan yang diterima berada pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan kos sara hidup dan sebaliknya.
Kenaikan kos sara hidup ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada ekonomi isi rumah. Peningkatan kos sara hidup yang tidak selari dengan peningkatan pendapatan isi rumah sudah pastinya akan mengurangkan pendapatan boleh belanja isi rumah.
Pendapatan yang diterima sekadar cukup untuk memenuhi keperluan semasa keluarga terutama keperluan asas seperti makanan dan rumah.
Maka isi rumah tidak lagi mampu untuk membuat simpanan atau pelaburan seperti sebelum ini malahan mereka terpaksa berjimat-cermat. Ada juga yang terpaksa mengikat perut demi memastikan kelangsungan hidup diri dan keluarga.
Terdapat lima langkah menyediakan belanjawan keluarga.
1. Menganggarkan pendapatan keluarga
Keupayaan keluarga memenuhi keperluan perbelanjaan bergantung kepada jumlah pendapatan yang diterima.
Bagi mereka yang menerima pendapatan secara bulanan, pengurus kewangan keluarga (suami/isteri atau suami-isteri) pasti boleh menganggarkan jumlah wang yang ada yang boleh dibelanjakan bagi memenuhi keperluan keluarga. Panduan membuat anggaran pendapatan:
1. Ambil kira jumlah wang yang selalu diterima, jangan menganggarkan wang yang diterima sekali sekala seperti kerja lebih masa, dividen atau bonus.
2. Pastikan bayaran seperti cukai, caruman Perkeso, atau bayaran wajib lain telah ditolak terlebih dahulu.
3. Sebaiknya pastikan jumlah bayaran tetap seperti cukai pendapatan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibuat melalui potongan gaji
4. Anggarkan jumlah yang minimum
Jumlah pendapatan yang dianggarkan akan menjadi jumlah yang boleh dibelanjakan untuk bulan akan datang dan semasa menyediakan belanjawan, jumlah ini akan diagihkan untuk perbelanjaan tertentu.
2. Menentukan kategori perbelanjaan
Setiap keluarga mempunyai keperluan perbelanjaan yang unik dan berbeza. Keluarga perlu meneliti apakah perbelanjaan bulanan keluarga. Terdapat dua kategori perbelanjaan keluarga:
• Perbelanjaan tetap jumlahnya setiap bulan seperti sewa rumah, ansuran kereta, ansuran pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi.
• Perbelanjaan berubah seperti perbelanjaan makanan, pakaian, petrol dan utiliti (bil air, elektrik, telefon, internet). Jumlah perbelanjaan dalam kategori ini akan bergantung kepada cara gaya keluarga berbelanja dan daripada kategori perbelanjaan inilah keluarga boleh berusaha untuk berjimat dan mengurangkan perbelanjaan untuk membuat simpanan bagi mencapai matlamat.
3. Buat anggaran perbelanjaan sebulan
Berapa jumlah peruntukan dibuat bergantung kepada jumlah wang yang dimiliki dan juga corak perbelanjaan keluarga di masa lepas. Anggaran perbelanjaan boleh dibuat berpandukan corak perbelanjaan bulan sebelum ini.
Pastikan anggaran yang dibuat tidak melebihi jumlah pendapatan yang diterima. Pastikan bayaran tambahan sebanyak 6% diambil kira ke atas setiap item perbelanjaan yang dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
4. Merekodkan perbelanjaan
Perkara paling mencabar menyediakan belanjawan keluarga ialah sejauh mana keluarga dapat merekodkan semua perbelanjaan yang dibuat.
Ini penting kerana ia membolehkan keluarga menyemak sama ada apa yang dirancang dapat dilaksanakan atau sebaliknya. Beberapa perkara boleh dilakukan untuk membantu keluarga melaksanakan belanjawan antaranya:
• Rancang pembelian supaya anda tidak perlu ke kedai terlalu kerap. Semakin kerap anda ke kedai, semakin mencabar usaha untuk melaksanakan belanjawan.
• Sediakan senarai semak
dan pastikan beli apa yang ada dalam senarai.
• Beli barangan mengikut keperluan bukan mengikut kehendak
• Simpan resit pembelian supaya dapat diteliti ke mana wang dibelanjakan
Jangan kecewa sekiranya anda menghadapi masalah menyimpan rekod untuk bulan pertama anda menyediakan belanjawan. Perlu diingat bahawa untuk mengubah cara kita berbelanja mengambil masa dan perubahan perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mendatangkan tekanan kepada anda dan keluarga.
5. Menilai semula, buat penyesuaian
Rekod perbelanjaan perlu disemak pada akhir setiap bulan dan bandingkan dengan jumlah yang diperuntukkan untuk kategori tertentu.
Teliti semua cara anda berbelanja, kesesuaian peruntukan yang dibuat dan buat penyesuaian yang diperlukan. Sekiranya perbelanjaan yang dilakukan melebihi peruntukan, teliti semula peruntukan atau cara anda berbelanja.

0 Komentar untuk " 5 langkah sedia belanjawan keluarga "