Cabaran dan tekanan ketika merantau di negara orang termasuk ketika menuntut ilmu memberikan pengalaman cukup berharga kepada setiap individu. Ia mampu menggali kemampuan potensi diri, menjadikan seseorang individu lebih berdisiplin dan sekali gus menjadikan individu itu lebih berjaya. Bagi Prof Madya Dr Abdul Manam Mohamad, 47, pengalaman menuntut ilmu di Kaherah, Mesir, adalah cukup memberi kesan dan bermakna dalam hidupnya. Anak kelahiran Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu, Terengganu ini mengakui pengalaman selama dua tahun belajar di negara berkenaan adalah paling mencabar dalam hidupnya. Beliau yang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang Pengajian IslamdanArab dalamtahun 1989 hingga 1991 mengakui kehadirannya di bumi anbia itu cukup memberikankejutanbudaya kepada dirinya. Kejutan budaya Menurutnya, sebaik menjejakkan kaki di Mesir, diamengalami kejutan budaya berikutan sistem pengajian di Universiti al-Azhar adalah menggunakan cara tradisional. Jika di Malaysia, sistem pembelajaranyang diamalkan adalah agak santai, di Mesir pula sebaliknya kerana cukup membebankan apabila pelajar perlu mengambil berbelas mata pelajaran selain kandungan sukatan pelajaran yang banyak. Bahkan, soalan peperiksaan yang keluar pula hampir meliputi keseluruhan buku yang dibaca menyebabkan setiap pelajar perlu menguasai ilmu dengan baik dan betul. "Apabila saya mula sampai di sana pada tahun 1989, saya merasakan bahawa buku yang ada pun susah hendak dihabiskan, apatah lagi hendak menguasai dan memahami sudah tentu tak cukup masa. "Bagaimanapun, yang susah rupanya ada jalan keluar, bila seseorang itu dalam keadaan tertekan, ia akan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalahnya," katanya. Abdul Manam berkata, jika belajar pada peringkat diploma di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) di Terengganu boleh dilakukan secara santai, tetapi di Mesir dia terpaksa menghabiskan sebahagian besar masa untuk mengkaji dan memahami pelajaran. Masa tidurnyahanya kira-kira empat jam sehari dan pernah menyambut Aidilfitri secara ala kadar dengan hanya menunaikan solat sunat hari raya sebelum kembali menelaah pelajaran kerana sedang dalam musim peperiksaan. Beliau juga menggunakan teknik belajar secara berkumpulan dengan setiap ahli perlu mempelajari sesuatu mata pelajaran sebelum membentangkan kepada rakan lain untuk meningkatkan pemahaman selain menjimatkan masa belajar. Belajar berkumpulan Pembelajaranyang padamulanya dirasakan berat dan tidak berdaya hendak ditempuh akhirnya dapat dilalui beliau dengan baik berkat keazamandan kesungguhan sehingga memperoleh kejayaan dalam peperiksaan. Walaupun berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan cukup membanggakan, beliau yang kini pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) tidak malu mengakui pernah gagal dalam dua mata pelajaran pada tahun pertamanya di Mesir. Ia ada pengalaman yang cukup berharga kepada dirinya danmenjadititiktolak untuk lebih berhati-hati dalam setiap perbuatannya bagi meneruskan kehidupan yang mendatang. Beliau berkata, pengalaman itu berpunca daripada sikap tidak teliti ketika menjawab soalan menyebabkan dirinya terlupa untuk menjawab soalan wajib hingga gagal dalam mata pelajaran Usul Fiqh. "Saya sebenarnya sudahmelakukan persediaan untuk menghadapi mata pelajaran berkenaan yang dianggap agak sukar itu tetapi kecuaian terlepas pandang hingga tidak menjawab soalan wajib menyebabkan saya gagal dalam mata pelajaran berkenaan. Ganggu tumpuan "Bila tersedar melakukan kesilapan itu, saya sering teringat-ingat akan kesalahan berkenaan... akibatnya, ia mengganggu penumpuan saya untuk menjawab kertas peperiksaan berikutnya iaitu mata pelajaran Sastera Arab. "Sikap tidak teliti dan rasa kesal yang gagal ditangani dengan baik itu mengundang padah menyebabkan saya akhirnya terpaksa melanjutkan tahun kedua pengajian dengan tambahan mengulang dua mata pelajaran berkenaan," katanya. Menyedari beban berat yang perlu ditanggungnya, Abdul Manam melipat gandakan usahanya berbanding orang lain hingga akhirnya berjaya menyelesaikan pelajarannya dalam masa ditetapkan. Bahkan, keputusan keseluruhan yang diperolehnya cukup membanggakan termasuk dua mata pelajaran yang terpaksa diulang semula itu. Selain kesukaran dalam menuntut ilmu, bapa kepada tujuh anak berkenaan turut mengakui kehidupan di Mesir ketika itu agak perit untuk dilalui kerana terpaksa mendapatkan bekalan makanan asas pada waktu malam. Mesir yang ditadbir kerajaan dengan menggunakan sistem sosialis pada masa itu bertindak mencatu makanan asas seperti beras, gandum dan minyak kepada setiap penduduk walaupun pada musim sejuk. Sabar karenah peniaga "Selain belajar, sebahagian masa kami pada waktu malam terpaksa dihabiskan untuk membeli makanan. Kami terpaksa ke kedai berhampiran rumah secara berkumpulan supaya dapat membeli makanan dalam kuantiti yang banyak. "Bagaimanapun, ada kala kamiterpaksa bersabar apabila berhadapan dengan sikap peniaga di Mesir yang sesuka hati menutup pintu kedai walaupun tiba giliran kami untuk membeli makanan selepas beratur panjang," katanya. Abdul Manam berkata, segala pengalaman yang diperoleh di Mesir kini dimanfaatkannya untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik. "Banyak kesilapan ketika melakukan sesuatu keputusan disebabkan sikap yang tidak teliti dan apabila tidak bersemangat, kita tidak boleh melakukan sesuatu dengan terbaik. "Selain itu, saya juga menyedari manusia memerlukan tekanan yang sepatutnya dalam hidup. Kalau tanpa tekanan, saya mungkin tak akan sekuat itu untuk belajar, bagaimanapun, tekanan yang terlalu kuat mungkin menyebabkan kita pula menjadi lemah semangat," katanya sambil tersenyum
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/50109
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/50109
0 Komentar untuk " Agama: Tekanan, cabaran mampu menggali kemampuan diri "