Trend perniagaan karavan makin diminati - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Trend perniagaan karavan makin diminati

BERDASARKAN tinjauan Sinar Harian, nampaknya pengguna hari ini tertarik dengan trend konsep perniagaan karavan yang dilihat lebih menarik untuk dikunjungi, sekali gus mendorong mereka membeli barang.

Bagi seorang juruteknik misalnya, Mohd Sarin Amin Ghazali, 32, selain gaya karavan yang unik membuatkannya tertarik untuk membeli, dia juga teruja dengan pergerakan karavan yang cepat.

“Peniaganya tidak perlu buka khemah kerana semua peralatan ada di dalam karavan untuk mereka memulakan operasi.

“Bagi saya, tahap kebersihan berniaga menggunakan karavan adalah lebih baik. Dari segi harga pula, ia sangat berpatutan dan atur letak senarai harga juga kelihatan menarik berbanding meletakkan harga barangan di bawah payung atau khemah,” katanya.

Menurutnya, konsep perniagaan karavan perlu dikembangkan pada masa akan datang dengan memperkemaskan sistem sedia ada.

Peniaga, Radin Azmi Radin Abd Rahman, 43, pula berkata, perniagaan karavan dilihat memudahkan pengguna untuk membeli kerana ia bersifat lebih terbuka.

“Pengguna boleh melihat tahap kebersihannya sendiri. Setakat ini, saya lihat kebersihan perniagaan karavan adalah baik terutama dari segi penyediaan makanan.

“Saya suka beli cendawan goreng daripada peniaga karavan di Pasar Tani Putrajaya kerana rasanya yang rangup dan enak, ditambah pula dengan penampilan karavan yang lebih menarik,” katanya.

Sementara itu, kakitangan kerajaan, Azira Yahya, 27, berkata, konsep perniagaan karavan yang unik membuatkannya tertarik untuk membeli, berbanding perniagaan yang menggunakan khemah atau kanopi.

“Walaupun bukan itu faktor utamanya, tetapi ia tetap menjadi tarikan pada saya. Selalunya, saya tertarik dengan karavan yang menjual makanan dan pasti akan membelinya.

“Kalau di Pasar Tani Putrajaya ini, saya suka beli cendawan goreng daripada peniaga karavan kerana rasanya yang lain daripada yang lain,” katanya.

Related Post

  • Aplikasi Saywa mudahkan pencarian rumah sewa KEPADA mereka yang sedang pening kepala untuk mencari rumah sewa, aplikasi terbaharu telefon pintar ‘Saywa’ ada jawap…
  • Nasi berlauk cuma RM2 KETIKA kebanyakan harga barangan meningkat, masih ada peniaga yang bermurah hati menjual makanan dengan harga murah. …
  • Mi segera yang seimbang KESIBUKAN bukannya alasan untuk kita terlepas pandang perkara-perkara dalam kehidupan seharian. Ini termasuk juga dar…
  • Qaseh Gold Premier sasar warga emas SYARIKAT Ana Edar Sdn Bhd menyasarkan jualan 10,000 botol produk baharu mereka iaitu Qaseh Gold Premier yang dipasark…
  • Penangan ‘Baby Mac’ SESIAPA sahaja pasti tertawan dengan kecomelan pastri mini Macaroons atau lebih dikenali dengan nama, Baby Mac yang m…
0 Komentar untuk " Trend perniagaan karavan makin diminati "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ