PERKARA paling memberikan kepuasan kepada seorang pendidik adalah apabila pelajar didikannya menunjukkan semangat dan minat untuk belajar.
Alangkah gembiranya guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah, Kuala Lumpur apabila melihat pelajar mereka bersemangat beratur panjang di luar makmal komputer menunggu sesi belajar selepas Aplikasi Google untuk Pendidikan (Google Apps for Education) dan Frog VLE diperkenalkan.
Ini menunjukkan betapa dalamnya minat pelajar dengan kaedah pembelajaran yang diperkenalkan.
Penggunaan platform pembelajaran maya Frog VLE (Virtual Learning Environment) di sekolah-sekolah adalah sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk merapatkan jurang digital antara pelajar kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pembelajaran berteraskan Internet yang berkualiti.
Inilah inisiatif Kementerian Pendidikan untuk menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang berjaya melengkapkan semua sekolah di seluruh negara dengan akses Internet mudah alih 4G dan platform pembelajaran maya, Frog VLE bertaraf dunia.
Frog VLE bukan sahaja berupaya memberikan akses kepada sumber atau bahan-bahan pembelajaran yang pelbagai (termasuk penggunaan Aplikasi Google) tetapi juga aplikasi produktif yang lain seperti emel, forum, kalendar dan sistem pengurusan tugasan.
Memandangkan sistem tersebut turut berasaskan Cloud, ia dapat diakses dari mana-mana lokasi selagi adanya sambungan Internet. Ini menjadikannya mudah digunakan para pelajar, guru dan ibu bapa di mana-mana sahaja, biarpun di luar kawasan sekolah.
Bagi penyelaras Frog VLE di sekolah itu, Normie Azura Abdul Jamil, perjalanan penggunaan Frog VLE bermula dengan agak perlahan apabila sistem tersebut hanya diperkenalkan pada Januari tahun ini.
“Biarpun begitu, pelajar-pelajar kami menunjukkan keterujaan yang tidak terhingga dalam menggunakan Frog VLE sebaik sahaja ia dilaksanakan. Para pelajar lebih reseptif, kerana kebanyakan mereka berpendapat cara pembelajaran ini adalah terbaik setakat ini. Ini terbukti apabila, mereka sanggup beratur panjang di depan pintu makmal komputer semata-mata untuk menggunakan Frog VLE dan Aplikasi Google untuk belajar.
“Para pelajar sangat menghargai kaedah pembelajaran seperti ini dan mereka menggunakannya dengan baik, terutama sekali dalam penggunaan Google Drawing. Ini terbukti apabila saya memberikan tugasan dengan menggunakan aplikasi itu, mereka berjaya menghasilkan sesuatu yang menakjubkan melaluinya," katanya.
Rekod penggunaan Frog VLE yang ditunjukkan oleh SMK Raja Abdullah pada bulan lalu memberangsangkan apabila berjaya mencapai kedudukan ke-14 bagi sekolah-sekolah di kawasan Wilayah Persekutuan, manakala kategori sekolah menengah mereka berjaya mencatat kedudukan ke-5 terbaik .
Normie mempunyai cara tersendiri dalam usaha memperkenalkan Frog VLE dan Aplikasi Google kepada pelajarnya. Sebagai contoh, cara beliau mengalakkan anak-anak muridnya menggunakan Aplikasi Google ialah dengan menghantar tugasan berupa pautan Google Docs kepada mereka dan juga kepada guru-guru lain.
“Apabila mereka bertanya apakah sebenarnya pautan yang saya hantarkan, baru saya jelaskan manfaat-manfaat yang datang bersama penggunaan Google Docs. Saya percaya cara ini lebih berkesan berbanding mengadakan seminar kerana hanya melalui pengalaman praktikal dan initiatif diri sendiri baru seseorang yang belum pernah guna aplikasi tersebut betul-betul mengingati cara menggunakannya.
“Peningkatan paling ketara dilihat daripada penggunaan teknologi untuk mengajar ialah pelajar kini mendapati ia lebih mudah untuk menyiapkan dan menghantar tugasan mengikut masa ditetapkan. Penggunaan komputer untuk belajar menjadikan mereka lebih bersemangat menyelesaikan tugasan kerana mereka benar-benar seronok melakukannya dan tidak perlu dipaksa,” jelasnya.
Bagi pelajar Tingkatan Empat, Airon Iqbal Muhammad Yamin, 16, dia merasakan kaedah pembelajaran baharu itu banyak membantunya, terutama sekali dalam menyiapkan kerja-kerja sekolah. Ia juga menjadikan proses pengkongsian dokumen dan diskusi antara rakan-rakan sekelasnya lebih mudah.
Selain itu, guru-guru juga merasakan ianya kini lebih mudah untuk mengumpul data dan berkongsi rekod disiplin pelajar melalui pengunaan Aplikasi Google. Pendaftaran ko-kurikulum juga dapat dilakukan dengan lebih tersusun.
SMK Raja Abdullah merancang mengurangkan beban guru dengan membenarkan pelajar memasukkan sendiri data peribadi ke dalam sistem pengurusan sekolah secara dalam talian.
“Penggunaan Aplikasi Google dan Frog VLE telah membantu memudahkan urusan-urusan merekod serta aktiviti pencarian maklumat dalam rekod-rekod ko-kurikulum dan disiplin kami. Yang pentingnya, para guru tahu dan faham cara yang betul untuk mengakses sumber-sumber yang ada,’’ kata Wan Mohd Wan Yusof, Pengetua SMK Raja Abdullah.
Pada masa sama, beliau berpendapat bahawa proses pembelajaran dan penyampaian Frog VLE ini adalah satu cabaran tetapi tetap menyeronokkan kerana melaluinya perkongsian maklumat antara guru-guru dapat mengeratkan silaturahim.
“Menjelang Julai ini, kita menjangkakan kesemua lebih 1,500 pelajar di sekolah ini tahu cara mengakses Frog VLE dengan betul, atau sekurang-kurangnya mahir guna Google Docs tanpa bimbingan,”katanya.

0 Komentar untuk " Pembelajaran berasaskan teknologi Cloud "