Ivory lancarkan kad keistimewaan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Ivory lancarkan kad keistimewaan

SYARIKAT pemaju dari Pulau Pinang, Ivory Properties Group Bhd (Ivory) telah melancarkan program Kad Keistimewaan Ivory sebagai ganjaran untuk para pelabur dan pembeli setianya.

Ketua Pegawai Eksekutif Ivory, Datuk Low Eng Hock berkata kad tersebut yang menawarkan beberapa faedah terdapat dalam tiga kategori iaitu berlian, platinum dan emas.

"Kami mengiktiraf kesetiaan mereka yang setia membeli hartanah Ivory sejak dari 15 tahun lepas. Sekarang sudah sampai masa untuk kami memberi mereka diskaun dalam beberapa kategori," katanya selepas melancarkan Kad Keistimewaan Ivory di sini hari ini.

Katanya, pemegang kad berlian akan menerima ganjaran pelanggan setia iaitu diskaun antara dua hingga tiga peratus, bergantung kepada jenis projek dan mata pencadang sebanyak 1.5 peratus jika berjaya mempengaruhi keluaga dan rakan-rakan untuk membeli mana-mana projek hartanah Ivory.

Pemegang kad Platinum pula menikmati ganjaran pelanggan setia sebanyak satu peratus dan satu peratus lagi sebagai mata pencadang, manakala pemegang kad emas menikmati masing-masing diskaun dan mata sebanyak 0.5 peratus.

"Mereka yang mempunyai pembelian terkumpul hartanah Ivory sebanyak RM1 juta ke atas akan layak memohon kad emas. Mereka yang berbelanja RM2 juta akan mendapat kad platinum dan pembelian RM3 juta ke atas, melayakkan mereka untuk kad berlian," kata Eng Hock.

Katanya, keahlian juga mendapat rebet ke atas pelbagai gaya hidup, diskaun runcit dan keistimewaan lain daripada peruncit yang terlibat, bermula daripada hiburan, hotel, aksesori, gaya hidup dan rumah serta pembangunan peribadi. - Bernama

0 Komentar untuk " Ivory lancarkan kad keistimewaan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ