PERNAH meratapi nasib selepas pemergian suami tercinta akibat kemalangan jalan raya. Dek kerana sedih, perniagaan yang diusahakan nyaris hilang. Namun akhirnya wanita ini bangkit semula sebagai usahawan.
Mengimbas kisah hampir 18 tahun lalu, atas desakan hidup, Rosnani Ismail, 50, hanya dapat membuat dan menjual kuih di kedai makan sebuah kilang di Sungai Pinang, Klang.
Niatnya hanya mahu membantu suaminya, Hambali Zamzam menambah pendapatan keluarga walaupun ketika itu sarat mengandung.
“Ketika itu, saya hanya suri rumah yang menjaga tiga anak masih kecil. Suami pula bekerja di kilang, pendapatan memang tidak cukup. Saya tekad buka kedai makan untuk bantu suami, sebelum suami berhenti sama-sama membantu apabila melihat perniagaan kedai makan semakin maju.
“Pada 2005, minat saya dalam bidang bakeri dan pastri mendorong kami membuat roti secara kecil-kecilan dan menjualnya di kedai makan kami. Alhamdulillah, sambutannya menggalakkan,” katanya.
Tiada siapa menyangka, kedai makan Rosnani akhirnya terpaksa ditutup kerana kilang tersebut menutup operasinya. Mereka sekeluarga hilang punca pendapatan dalam sekelip mata.
Namun, mengingatkan potensi jualan rotinya, Rosnani dan Hambali nekad menjual roti hasil air tangan mereka dan membuka syarikat Roses Bakery & Cookies Enterprise.
“Bermula dari rumah dengan modal RM2,500, kami beli ketuhar dan mesin pengadun yang biasanya digunakan di rumah. Kami tak mampu hendak beli mesin industri.
“Mula-mula, kami hasilkan 20 hingga 30 roti sehari dan jual di kedai makan orang lain dan juga kawan-kawan. Pada hujung 2006, saya mula buat permohonan berniaga di pasar tani. Bila permohonan saya berjaya, kami mula jual roti, kek dan biskut di Pasar Tani Kota Kemuning,” katanya.
Oleh kerana sambutan menggalakkan, Rosnani mendapatkan bantuan agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk mengembangkan perniagaan mereka pada 2007.
Dia kini memiliki bengkel untuk mengeluarkan produk sendiri di Kapar, Klang. Pada 2011, Roses Bakery & Cookies Enterprise telah ditukar namanya kepada Al-Hani Bakery & Frozen Food Enterprise untuk mengkomersialkan produk roti, kek, biskut dan makanan sejuk beku ke seluruh negara.
Kini produk keluaran Al-Hani Bakery & Frozen Food boleh didapati di Pasar Tani Kota Kemuning, Sungai Kapar Indah dan Subang Jaya, selain di kedai makan dan sekolah di sekitar Klang serta di Singapura.
Nyaris hilang perniagaan
Oktober 2011 merupakan detik hitam yang tidak dapat dilupakan Rosnani apabila suaminya, Hambali meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan mereka sekeluarga.
Ketika itu, perniagaan mereka sedang berada di puncak, namun akibat kehilangan suami tercinta, Rosnani patah semangat dan tidak mahu meneruskannya.
Rohani nyaris hilang punca pendapatan gara-gara peristiwa hitam itu yang membuatkannya fobia untuk memandu, sekali gus menyukarkannya berulang-alik menghantar bekalan roti ke kedai, sekolah dan pasar tani.
“Kami lima beranak termasuk tiga anak ketika itu dalam perjalanan ke kenduri kahwin anak rakan kami di Pulau Indah, Klang. Kereta kami bertembung dengan kenderaan lain.
"Mujur salah seorang lagi anak saya tiada kerana belajar di Terengganu. Akibat kemalangan itu, tulang tengkuk saya retak. Empat bulan saya tidak berniaga kerana terasa kehilangan suami dan trauma untuk memandu kereta.
"Sebelum ini, suamilah yang hantar bekalan roti kepada pelanggan. Tapi bila dia tiada, tiada siapa yang bantu saya lagi,” katanya.
Memikirkan anak-anaknya yang masih lagi belajar, Rosnani cekalkan hati untuk meneruskan kesinambungan perniagaan bersama arwah suaminya.
Nasibnya begitu baik kerana anak sulungnya, Norsazianty Hambali tamat pengajian dan membantunya berniaga.
“Masa itu, saya berniaga cukup-cukup makan dan sekadar bagi dapur kami berasap kerana masih bersedih. Kak Long (panggilan untuk Norsazianty) banyak bantu saya dan dia jugalah yang memandu kereta menghantar bekalan roti kepada pelanggan,” katanya.
Namun, Rosnani diuji lagi apabila Kak Long berkahwin tahun lalu dan menetap bersama suaminya, membuatkan Rosnani hilang tempat bergantung harap.
“Selepas Kak Long kahwin, saya fikir, tiada siapa lagi hendak hantar bekalan sebab tiga anak yang lain masih belajar. Memikirkan mereka, tiga bulan kemudian, saya nekad cuba memandu kereta sendiri. Pertama kali setelah lama tak pegang stereng kereta, air mata saya mencurah-curah. Saya rasa macam semua kereta hendak langgar saya.
“Sekarang, saya sudah mampu mengupah pemandu untuk hantar bekalan jualan ke pasar tani untuk berniaga. Hanya kedai makan dan sekolah, saya sendiri masih hantar bekalan ke sana,” katanya.
Bangkit dari kesedihan
Sekalipun diselubungi kesedihan, Rosnani bangkit semula dan mengeluarkan produk baharu, sos nanas berlada menerusi jenama My Hani.
“Produk ini mendapat kerjasama Lembaga Nanas dan dilancarkan sebulan sebelum Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2014 di Serdang, November lalu.
“Untuk produk sos nanas ini, saya juga bekerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi),” katanya.
Buat masa ini, katanya, pengeluaran sos nanasnya secara kecil-kecilan.
“Impian saya, saya mahu besarkan bengkel untuk buat sos nanas dan makanan sejuk beku dalam skala yang besar. Saya akan buat pengubahsuaian di kawasan berhampiran bengkel saya sekarang ini untuk buat kilang mini.
“Saya juga akan fokus kepada pembuatan biskut raya sepanjang masa. Ketika ini, biskut raya akan dijual pada musim perayaan dan jika ada tempahan pelanggan,” katanya.

0 Komentar untuk " Rosnani bangkit dari kesedihan "