RHB Banking Group bercadang meningkatkan pertumbuhan portfolionya dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan fokus kepada perbankan perniagaan komersial pada tahun ini.
Pengarah Urusan RHB Islamic Bank Bhd (RHB Islamic), Ibrahim Hassan berkata, sektor PKS merupakan komponen penting dalam pembangunan ekonomi negara dari segi perniagaan dan pekerjaan.
“PKS antara tonggak utama pembangunan ekonomi negara kerana mewakili 90 peratus daripada perniagaan di negara ini. Sektor itu menyediakan 60 peratus daripada jumlah guna tenaga dan menyumbang 32 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 19 peratus daripada eksport.
“Untuk PKS dan kumpulan perbankan perniagaan, kami menyasarkan pertumbuhan 15 peratus. Kami akan mengeluarkan produk baharu untuk meneliti keperluan PKS,” katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara RHB Islamic dengan Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC) di Kuala Lumpur, kelmarin.
Ibrahim berkata, pada tahun lalu, Kumpulan RHB mencatatkan pertumbuhan 17 peratus dalam pembiayaan dan menyasarkan 10 peratus pada tahun ini.
“Sasaran itu lebih rendah berbanding tahun lalu kerana keadaan lebih mencabar dan prospek ekonomi bergerak perlahan.
“Dalam pembiayaan Islam, kami mengharapkan ia masih berkembang. Tahun lalu, pembiayaan Islam mencatatkan pertumbuhan 37 peratus,” katanya.
Dari segi Islam, kita mengharapkan ia masih berkembang di usia 20-an, daripada 37 peratus pertumbuhan untuk pembiayaan Islam tahun lepas,” katanya.
Pada majlis itu, kerjasama yang dimeterai antara RHB Islamic dengan MTDC melibatkan pembiayaan eksklusif kepada PKS Bumiputera berasaskan teknologi di bawah skim Dana Pengembangan Perniagaan Bumiputera (BEF).

0 Komentar untuk " RHB fokus sektor PKS "