PARA pelabur dan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia yang memiliki keupayaan mengeksport barangan, dipelawa menerokai pasaran halal Filipina yang masih baharu.
Sambil menyuarakan kekagumannya terhadap kejayaan Malaysia dalam industri halal, Penolong Setiausaha Jabatan Perdagangan dan Industri Filipina Dr Prudencio M Reyes Jr, menyifatkan pasaran halal di negaranya masih di peringkat awal.
Menurutnya, selaras kepesatan jaringan serta pergerakan antarabangsa ketika ini, ia turut mewujudkan permintaan besar bagi produk dan perkhidmatan halal di Filipina.
"Ada banyak peluang perniagaan di Filipina berdasarkan kedudukannya yang strategik selain menjadi pintu gerbang kepada Asia Barat serta negara lain.
"Malah, atas alasan inilah kami mahu mempelajarinya dari Malaysia. Jika boleh, kami juga menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai cara kolaborasi serta memperluaskan lagi pasaran halal di sini," katanya.
Mengulas lanjut, Reyes berkata selain segmen makanan dan minuman, para pelabur dan PKS juga dipelawa bekerjasama dalam bidang halal lain seperti farmaseutikal, perubatan berasaskan herba, ternakan ayam serta perkhidmatan sajian makanan dalam pesawat.
Ditanya mengenai inisiatif yang disediakan, beliau berkata kerajaan Filipina berhasrat mewujudkan sebuah kawasan khas dikenali Zon Pelabuhan Bebas bagi menempatkan bangunan, kelengkapan seperti jentera dan aset syarikat yang berminat.
Usaha itu yang hanya terhad kepada kegiatan berteraskan eksport, juga akan dikecualikan daripada sebarang cukai selagi syarikat berkenaan menjalankan perniagaan mereka di Filipina.
"Langkah kami ini bagi tujuan liberalisasi perdagangan dan syarikat itu mestilah ditempatkan di kawasan berkenaan," katanya.
Beliau turut menyifatkan langkah berkenaan memberi manfaat jangka panjang kepada semua pihak terlibat.
Setakat ini, katanya, tiga kawasan sudah dikenal pasti untuk dijadikan lokasi Zon Pelabuhan Bebas itu, termasuk Kepulauan Mindanao yang juga antara dua wilayah tumpuan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).
Reyes berada di Kuala Lumpur bulan lalu bagi menghadiri mesyuarat BIMP-EAGA yang turut dihadiri kira-kira 200 delegasi negara yang terlibat.
BIMP-EAGA yang dilancarkan pada 1994, merupakan inisiatif bagi merapatkan jurang pembangunan di empat negara anggotanya serta sekitar ASEAN. Ia bertumpukan wilayah terpencil dan belum dibangunkan manakala bagi Malaysia ia merangkumi Sabah, Sarawak dan Labuan. - Bernama

0 Komentar untuk " Usahawan Malaysia dipelawa teroka pasaran halal "