Pulihkan hari kerja lapan jam! - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pulihkan hari kerja lapan jam!

SEHUBUNG dengan Hari Wanita Sedunia 2015, Parti Sosialis Malaysia (PSM) memberi tumpuan kepada masa kerja kaum pekerja di Malaysia dan kesannya ke atas keluarga.

Pekerja termasuk pekerja wanita terlibat di sektor kilang, pertanian, sektor perkhidmatan dan sektor-sektor lain bekerja selama 12 jam.

Wanita pula merupakan sebahagian besar dari tenaga buruh Malaysia dan dengan itu, memainkan peranan ekonomi yang penting. Dari membersihkan jalan raya kepada mendidik kanak-kanak, sumbangan wanita tidak dapat dinafikan.

Tetapi bagaimanakah kehidupan mereka sebagai ibu, ibu-mertua,anak, kakak, mak saudara, adik, cucu dan sebagainya? Bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga, ibu-ibu ini ada tanggungjawab. Bagitu juga dengan mereka yang belum kahwin.

Jumlah jam kerja selama 12 jam memberi penekanan sangat tinggi terhadap peranan mereka dan seterusnya, keluarga.

Unit keluarga adalah unit yang terkecil di masyarakat. Sakitnya unit ini sakitlah masyarakat. Bila ambil kira masa untuk perjalanan ke tempat kerja terutamanya dengan kesesakan lalu lintas serta masalah pengangkutan awam, seorang yang bekerja untuk 12 jam akan keluar dari rumah untuk sekurang-kurangnya 14 jam.

Hampir keseluruhan tugas-tugas domestik seperti masak, membersihkan rumah  dan penjagaan kanak-kanak adalah dipikup oleh kaum wanita. Kekurangan masa bersama keluarga membawa pada peningkatan dalam masalah sosial dalam masyarakat.

Kasih sayang ibu terjejas dengan bagitu banyak tugas yang menanti ibu apabila balik dari tempat kerja. Kanak-kanak yang memerlukan kasih sayang cari jalan lain untuk mengisi kesongan, tanpa pengawasan dan bimbingan dewasa.  Kos kepada masyarakat adalah sangat tinggi apabila masalah sosial melanda negara.

Untuk mengatasi masalah ini, masa kerja harus dijadikan lapan jam sehari dan lima hari seminggu dengan gaji yang wajar. Ini akan memberi peluang kepada  pekerja, iaitu pekerja wanita dan lelaki untuk memberi masa untuk bersama anak-anak dan ahli keluarga.

Pihak kerajaan harus mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak di kawasan-kawasan kediaman. Keselamatan kanak-kanak tidaklah terjejas banding dengan di  tinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa. Kanak-kanak juga ada peluang untuk membina hubungan yang sihat dengan kawan-kawan lain.

Diskriminasi dalam semua bentuk terhadap wanita harus dihentikan, dan kesamarataan gender serta persepsi positif terhadap wanita harus diberi  tekanan/keutamaan.

Kaum lelaki harus berganding bahu dengan wanita sebagai kaum pekerja untuk menuntut hari kerja lapan jam.

Selamat Hari Wanita Sedunia 2015!

Memulihkan hari kerja lapan jam!

Hentikan diskriminasi gender!

Veronica Anne Retnam, Meja Wanita, PSM.

0 Komentar untuk " Pulihkan hari kerja lapan jam! "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ