MEMINATI sukan adalah lumrah. Jika kita bersukan sejak kecil, dan gemar menonton sukan ketika dewasa, maka mengikuti sukan di TV adalah sesuatu yang tidak dapat tidak.
Sering ia mengulik kita sehingga tidur, malah sering pula ia ‘menonton’ kita ketika tidur. Ini tidak memperkecilkan sukan di akhbar.
Saya teringat seorang rakan sekelas yang cemerlang dalam sukan. Kami mengharungi pendidikan di sekolah Inggeris, mula-mula Abdullah School dan kemudiannya Sultan Abu Bakar School, Kuantan.
Justeru mempunyai rakan sekelas yang terdiri daripada orang Cina, India, Sikh malah Inggeris (anak pegawai kerajaan dan eksekutif lombong timah/ladang getah) adalah biasa. Ada di antara mereka yang cemerlang dalam bola, badminton, hoki dan kriket tetapi segalanya pupus begitu saja apabila tamat bersekolah.
Semasa menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen, suatu hari saya menerima panggilan daripada seorang kawan yang tidak pernah saya jumpai selama 30 tahun, sejak tamat LCE atau SRP. Dia ingin berjumpa saya.
Saya mendapat tahu dia bertugas sebagai seorang jurutaip (rasa-rasanya, kini jawatan ini sudah tiada) di sebuah jabatan kerajaan. Dia ialah Ruhi (bukan nama sebenar).
Lantas menjelma dalam kepala saya kehebatan Ruhi sebagai juara pecut, pemain bola, hoki, kriket dan badminton. Dalam kesemuanya, Ruhi mewakili sekolah.
Kecemerlangan di peringkat sekolah melimpah ke peringkat negeri. Malangnya, dia kandas LCE. Disebabkan kekandasan berat, dia tidak dibenarkan mengulang, lalu terkeluarlah dia dari alam sekolah.
Tanpa menganggap enteng kerja yang dilakukannya sebagai sumber rezeki, hati saya seolah-olah berkata bahawa tugas yang paling kena dengan Ruhi ialah tugas luaran, menjadi penyelia ladang atau lombong, ataupun juruteknik muda dalam pelbagai bentuk projek dalam JKR.
Wajarlah dianggap bahawa seorang yang begitu lasak dan tangkas tidak harmoni dengan kerja duduk dan menaip yang memerlukan tidak sampai satu peratus daripada kemampuan fizikalnya.
Bagaimana sekiranya Ruhi berada di Tingkat Tiga kini?
Untuk itu, hakikat bahawa jarang seseorang direstui OO (otak dan otot), harus diterima. Ruhi direstui O yang kedua. Ibu bapa boleh tahu seseorang anaknya mempunyai mana satu OO itu.
Jika O kedua itu jelas mengatasi O pertama melalui prestasi di sekolah, lebih baik cepat-cepat dibuat keputusan agar anaknya itu bertumpu kepada sukan yang dia paling berbakat. Kelulusan menengah sudah cukup, seperti kebanyakan pemain jutawan bola EPL, La Liga, Lique 1, Serie A dan Bundesliga; ataupun ramai pemain tenis, termasuk Federer dan Nadal; dan golf, termasuk Tiger Woods, Adam Scott, Kaymer dan Rory McIlroy.
Lihatlah dunia sebagai sebuah kampung. Dari sut Siberia di Russia, Maria Sharapova dihantar ke Florida pada awal belasan tahun untuk dilatih sebagai pemain tenis. Pada usia 17, dia menjadi juara Grand Slam dengan hadiah 1 juta dolar. Kini dia, bersama Federer, ialah ahli sukan termahal di dunia.
Justeru, beranikan diri untuk menghantar anak-anak berbakat ke mana saja. Mungkin sebelum rakannya lulus universiti, dia sudah menjadi seorang jutawan. Itulah dia rezeki. Namun jangan lupa: yang bulat tidak datang bergolek; yang pipih tidak datang melayang!
Jika memilih badminton, kita tentu kagum Lee Chong Wei berpendapatan 25.5 juta dolar, diikuti Lin Dan, 17 juta; Saina Nehwal, 8 juta; Taufik Hidayat, 5 juta; dan Chen Long, 4.5 juta.
Seratus pemain tenis teratas mendapat tidak kurang 300,000 dolar setahun, ditambah dengan bayaran penajaan produk.
Tidak diketahui berapa banyak pendapatan Nichol Davids, juara no. 1 squash dunia dari Malaysia, tetapi banyak pihak percaya ia sudah mencecah 10 juta dolar atau RM36 juta. Nichol tidak mungkin habiskan sebahagian besar waktunya menjelajah dunia dengan belanja sendiri jika ganjaran hanya ‘kacang’.
Jarang orang Malaysia lebih tinggi dari enam kaki (1.8m). Justeru memilih sukan yang tidak memerlukan badan besar, seperti bola, badminton, tenis dan squash, adalah pilihan yang baik.
Pele dan Maradano, dua pemain bola terbaik dalam sejarah dunia, masing-masing 5 kaki 8 inci (1.7m) dan 5 kaki 6 inci (1.6m). Pemain tenis Jepun, Kei Nishikori, kini no. 4 di dunia, ialah 5 kaki 10 inci (1.78m).
Negara yang gah kerana sukan adalah lebih baik dari negara yang menghancurkan negara lain. Itu sebabnya Dubai (UAE) dan Doha (Qatar) berlumba-lumba menganjurkan sukan besar, tenis dan golf, dengan hadiah-hadiah lumayan yang menarik pemain-pemain besar dunia.
Publisiti berleluasa yang tercetus daripada penganjuran itu menggerlap imej masing-masing dan menjadi mesra kepada dunia.
* Tan Sri Adam A. Kadir mantan Presiden Senat

0 Komentar untuk " Rezeki dari sukan, bukan akademik "