Peugeot perkenal tiga produk baharu - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Peugeot perkenal tiga produk baharu

NASIM Sdn Bhd (Nasim), Pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia akan memperkenalkan tiga model baharu Peugeot 308, 408 dan 508 ke pasaran tempatan tahun ini.

Pengenalan model dalam segmen C dan D itu bakal memperkukuhkan lagi profil produk Peugeot sekali gus menjadi penyumbang bagi mencapai sasaran jualan 6,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George berkata, bagi memperoleh matlamat itu, pihaknya akan meluaskan lagi capaian pasaran dan menambah rangkaian perkhidmatan selepas jualan.

“Tahun ini, Nasim akan membuka lima pusat 3S dan lima pusat 2S dengan memfokuskan pada bandar-bandar besar seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru,” katanya pada majlis pelancaran pusat pameran Peugeot di sini, semalam.

Setakat ini, pihak Nasim mempunyai 35 cawangan seluruh negara dan pembukaan pusat pameran di Petaling Jaya itu akan menjadi pusat perkhidmatan bagi pelanggan sekitar Lembah Klang dan kawasan berhampiran.

“Ia menjadi keutamaan kerana kira-kira 60 peratus sumbangan jualan adalah daripada Lembah Klang,” katanya.

Pusat pameran 1S (jualan) dengan pelaburan RM1 juta berkeluasan 7,560 kaki persegi turut menyediakan kemudahan lounge pelanggan, butik Peugeot dan WiFi.

0 Komentar untuk " Peugeot perkenal tiga produk baharu "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ