Malindo tawar harga tambang RM0 - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Malindo tawar harga tambang RM0

SYARIKAT penerbangan hibrid Malaysia, Malindo Air melancarkan promosi tambang asas RM0 untuk sektor domestik dan antarabangsa sempena ulang tahun keduanya pada 22 Mac ini.
 
“Tambang asas sifar itu untuk destinasi yang berlepas dari klia2 termasuk Bangkok, Bali, Bandung, Jakarta, Singapura, Langkawi, Kota Kinabalu dan Kuching.
 
“Promosi itu juga untuk penerbangan domestik dari Lapangan Terbang Subang ke Pulau Pinang, Langkawi, Kota Baharu, Johor Baharu, Alor Setar, Kuala Terengganu dan semua laluan lain dari lapangan terbang utama di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Di bawah promosi itu, hanya cukai lapangan terbang dan fi dikenakan bayaran.
 
Promosi sah sehingga 22 Mac 2015 bagi tempoh perjalanan dari sekarang hingga 22 Oktober 2015.
 
"Kami telah mencatat banyak kemajuan daripada beroperasi hanya dua buah Boeing 737 bagi sektor Kota Kinabalu dan Kuching pada Mac 2013, kepada 19 buah pesawat, terdiri daripada jet Boeing 737 dan pesawat turboprop ATR," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Chandran Rama Muthy.
 
Syarikat penerbangan itu melancarkan tiga sektor baharu pada bulan lepas, iaitu penerbangan tiga kali seminggu antara Ipoh dan Kota Baharu, penerbangan empat kali seminggu antara Johor Baharu dan Kerteh dan penerbangan tiga kali seminggu ke Vishakapatnam, India. - Bernama

0 Komentar untuk " Malindo tawar harga tambang RM0 "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ