Petronas: Paling berpengaruh - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Petronas: Paling berpengaruh

PETRONAS, ringkasan nama bagi Petroliam Nasional Berhad, adalah syarikat minyak dan gas Malaysia ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Syarikat ini  mendapat hak keseluruhan terhadap sumber minyak dan gas di Malaysia.

Fortune Global 500 meletakkan Petronas sebagai  syarikat ke-95 terbesar di dunia pada  2008 dan ke-80 terbesar pada 2009. Ia meletakkan Petronas sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan paling banyak keuntungan di Asia.

Sejak diperbadankan, Petronas sudah membesar menjadi syarikat minyak dan gas dengan kepentingan perniagaan dalam 31 negara. Sehingga akhir  Mac 2005, Kumpulan Petronas mengandungi 103 anak syarikat, 19 syarikat milik sebahagiannya dan 57 syarikat bersekutu.

Majalah Financial Times mengenal pasti Petronas sebagai satu daripada 'seven sisters' yang baharu iaitu syarikat pengeluar minyak terbesar dunia. Selain itu Petronas juga adalah syarikat minyak dan gas milik kerajaan yang paling berpengaruh di luar Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Sejarah Petronas bermula 1 Oktober 1974, iaitu setelah termaktubnya Akta Kemajuan Petroleum. Individu yang bertanggungjawab mengasaskan Petronas (ketika itu) Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah  terpengaruh dengan kejayaan syarikat minyak milik Indonesia iaitu Pertamina.

Sebelum 1974, operasi petroleum di Malaysia dijalankan syarikat minyak multinasional menerusi sistem konsesi untuk mencari gali petroleum di perairan Sarawak, Sabah dan Terengganu.

Antara syarikat cari gali minyak yang memegang konsesi ialah Shell dan ExxonMobil. Kilang penapisan minyak Shell di Port Dickson dibuka pada 1962.

Sejarah minyak di Malaysia bermula dalam abad ke-19. Rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak menyedari wujudnya serapan minyak atau ‘minyak tanah’ di setengah tempat terutamanya di sekitar Kampung Miri.

Julai 1882, Residen British di Baram mencatatkan adanya penemuan minyak. Pada 1909, syarikat minyak Anglo-Saxon iaitu syarikat asal kepada syarikat Sarawak Shell Berhad diberi hak mengeksploitasi sumber petroleum di Sarawak.

Pada Ogos 1910, minyak dijumpai di Kampung Miri.  Pada 1941 hingga 1945, telaga minyak Miri rosak teruk. Pengeluaran gagal dijalankan dan terpaksa ditutup pada Oktober 1972 sehingga ke hari ini.

Pada 1968, telaga minyak luar pantai yang pertama, West Lutong memulakan pengeluaran. 4,000 tong minyak sehari dikeluarkan.

Awal Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin akan dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas berkuat kuasa 1 April 2015 sehingga 31 Mac 2018.

Beliau akan menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang tamat kontrak perkhidmatannya 9 Februari tetapi perkhidmatannya disambung dari 10 Februari  2015 sehingga 31 Mac 2015.

Najib berkata, kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Shamsul Azhar di atas sumbangan beliau kepada Petronas sejak memegang jawatan tersebut pada 2010.

0 Komentar untuk " Petronas: Paling berpengaruh "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ